Profile
Jefry berpeluk tubuh sambil merenung papan kenyataan yang ada di hadapannya itu.
Kes yang disiasatnya sekarang ini agak rumit kerana melibatkan beberapa orang kenamaan.
Ronan Alford. Jutawan kota dan tokoh korporat yang terkenal di seluruh dunia. Rangkaian perniagannya terdapat di serata dunia. Minyak. Pelancongan. Perhotelan. Hartanah. Barang kemas. Syarikat penerbangan. Dan dia memiliki sebuah pusat pelabuhan serta dua buah kapal persiaran. Dia umpama jelmaan dewa kekayaan.
Roger Alford. Dia adalah anak lelaki Ronan. Bakal memiliki semua kekayaan itu dan merupakan rakan kongsi utama Ronan.
Antonio Valdes. Setakat ini identiti Antoino disahkan sebagai bapa angkat kepada Giorgia Forest. Walaupun tidak memiliki rangkaian perniagaan seperti Ronan Alford, Antonio juga merupakan seorang jutawan. Dia melabur di beberapa perusahaan dan saham bertaraf antarabangsa. Dia turut mengusahakan lebih dari sepuluh buah ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan haiwan ternakan. Selain itu dia amat sukakan kuda.
Gwenevere Denilsen. Anak perempuan kepada Marcelus dan Malaika Denilsen. Dia mengasaskan beberapa pusat kebajikan serta sebuah hospital. Selain itu dia amat terkenal di dalam bidang hiburan sebagai seorang selebriti dan ikon fesyen. Dia mempunyai rangkaian fesyennya sendiri yang diberi jenama Gwenz Creation dan sebuah agensi modeling iaitu Gwenz Productions. Dia dan adik lelakinya Jadrian berkongsi saham perusahaan barang kemas keluarganya yang berpangkalan di Dubai, Saudi Arabia.
Puteri Akasia. Anak tunggal kepada Putera Henry. Mengusahakan rangkaian hotel yang diberi nama sempena namanya, Hotel Akasia. Selain itu, Puteri Akasia turut memiliki sebuah pulau yang dijadikan tempat pelancongan bertaraf tujuh bintang. Nilai sebenar aset puteri raja itu tidak pernah didedahkan atas sebab keselamatan. Dan dia juga belum berkahwin.
Brawn Hillis. Seorang pelakon yang pernah memenangi beberapa anugerah. Dia juga amat aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Entah di mana silapnya, Brawn mula terjebak dalam kancah dadah. Ditangkap beberapa kali. Selepas menjalani hukuman terakhirnya, Brawn menghilang dari dunia hiburan.
Carly Dibson. Seorang selebriti yang obses dengan pembedahan plastik. Dia telah beberapa kali membedah mukanya di Korea Selatan, sehingga wajah terkininya menyerupai wajah remaja lelaki berusia 16 tahun dan struktur wajahnya pula cantik seperti remaja perempuan. Dia tidak mempunyai sejarah jenayah ataupun masalah disiplin di tempat kerja. Dia tidak perlu risaukan kehidupannya memandangkan ibubapanya mengusahakan perniagaan perabot dan hartanah.
Giselle Godry. Dia seorang gadis yang cantik dan gemarkan perhatian. Malang bagi dia, dia terperangkap dalam cinta pura-pura Brawn. Apabila disahkan hamil dan ditinggalkan pula oleh Brawn, pewaris harta kekayaan Landon Godry itu menjadi penghuni pusat rawatan pesakit mental. Setelah pulih dan dibenarkan keluar dari pusat rawatan tersebut, dia mula menganggu Giorgia kemudian cuba melanggar lari Giorgia namun akhirnya dia sendiri yang telah menjadi mangsa nahas jalan raya tersebut.
Akhir sekali, Giorgia Forest. Dia merupakan anak kandung kepada pasangan Brawn dan Giselle. Dia diserahkan sendiri oleh Giselle kepada Brawn ketika dia masih bayi. Tambah malang lagi, Brawn pula meninggalkannya ketika dia masih bersekolah. Sejak dari hari itu, dia dijaga oleh Antonio yang kemudian menjadikannya sebagai anak angkat.
Dia bekerja sebagai pereka fesyen khas untuk kanak-kanak di Gwenz Creations.
Bercinta dengan Roger Alford dan akan melangsungkan pertunangan tidak lama lagi.
Jefry menggaru kepalanya yang tidak gatal tapi pening. Ronan, Gwen dan Puteri Akasia boleh dikecualikan dari senarai suspek. Termasuk Giselle Godry yang sudah meninggal dunia.
Antonio boleh didakwa sekiranya dia didapati mempunyai motif. Begitu juga dengan Brawn dan Roger.
Tumpuannya terarah kepada Carly Dibson. Menurut siasatan, Carly menetap selama sepuluh tahun dia luar negara dan hanya muncul semula beberpa bulan yang lepas.
Kes langgar lari yang melibatkan Giorgia dan Giselle sudah ditutup. Kematian Giselle amat dikesali kerana banyak maklumat sepatutnya boleh diperolehi dari wanita tersebut. Tapi apakan daya, hayatnya tidak panjang.
Kes asal yang melibatkan orang-orang kenamaan ini ialah ugutan dan mesej layang terhadap Giorgia. Manakala kes terbaru yang dilaporkan kepadanya ialah, Carly telah menyerang Antonio di kediaman Puteri Akasia.
Walaupun tidak bekerja secara langsung dengan mereka, Antonio telah mengupah seseorang untuk melaporkan terus kepada pihak polis, tentang apa sahaja yang berlaku kepada mereka semua. Dan tentulah ianya tidak diketahui oleh sesiapa sahaja termasuk Ronan, kawan karibnya sendiri.
Pintu pejabatnya tiba-tiba dibuka. Sam, orang perantaraannya dengan Tony menyerbu masuk.
"Tuan?"
"Kenapa?" Jefry bertanya.
"Kami baru mendapat panggilan dari seorang gadis yang bernama Kayra. Dia mengatakan Carly Dibson telah menculik Giorgia dan mengurung mereka berdua di rumah Kayra di Elite Street."
"Hantar anggota kita ke sana dengan segera. Bagaimana dengan Tony, dia ada call kau?"
"Dia berada di hospital tuan. Dia cedera ditikam oleh Carly ketika mereka bergelut di kediaman Tony awal pagi tadi."
"Kenapa kita tidak mendapat panggilan kecemasan?"
"Sebab selalunya Tony yang akan menghubungi kita, tuan. Biasanya dalam kebanyakan kes culik, si pelaku pasti akan memberi amaran supaya tidak melibatkan pihak polis. Saya rasa, perkara yang sama telah berlaku dalam kes ini. Sebab itulah kita tidak mendapat panggilan dari rakan-rakan Tony."
"Bagaimana kau tahu Tony berada di hospital pula?"
"Adik saya bekerja sebagai jururawat di sana. Dia terdengar perbualan ahli keluarga Giorgia lalu dia menghubungi saya."
"Bagus. Asalkan Tony sudah selamat, kita boleh selamatkan Giorgia dan gadis itu tanpa sebarang masalah. Mari kita pergi sekarang juga."
* * *
Brak! Pintu menuju ke bilik bawah tanah di pecahkan oleh pihak polis. Kayra menangis sambil menggigil ketika didatangi oleh pasukan penyelamat.
"Mangsa ditemui dalam keadaan stabil tuan."
Jefry menghembuskan nafas lega. Giorgia dipapah oleh anggota keselamatan menuju ke luar rumah.
"Tuan, tuan kena cari ibu dan bapa saya. Carly mengugut akan membunuh mereka sekiranya saya cuba menghubungi polis. Saya tidak mahu terlibat lagi dengan dia tuan. Dia akan bunuh saya."
"Bertenang, Kayra. Awak sudah selamat. Siapa dia tu kepada awak?"
"Dia tu.. teman lelaki saya."
Jefry dan Sam berpandangan.
"Baiklah. Awak perlu ikut kami ke balai untuk memberi keterangan. Kita akan menghubungi ibubapa awak sekarang dan meminta mereka menjemput awak di balai. Bagaimana?"
Kayra mengangguk laju. Asalkan ibubapanya selamat, dia rela walau diminta bermalam di dalam lokap sekalipun.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Gia
Ficción GeneralTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...