Wild day
Gia p.o.v
Seminggu sudah berlalu. Bulan febuari menjelang kini. Sedikit sebanyak aku sudah mampu menyesuaikan diri di tempat baru ini.
Aku membelek-belek bungkusan mee halus di atas rak. Niat nak beli beberapa bungkus.
Setelah itu aku ke bahagian makanan basah. Jam menunjukkan 9 malam. Pasar raya ini akan ditutup sejam lagi.
Aku menoleh ke kiri kanan sebelum menyeberang jalan menuju ke kereta ku yang aku letakkan di hadapan kedai 7eleven.
Baru sahaja aku hendak melangkah masuk, sepasang remaja melanggarku. Bau alkohol semerbak menusuk hidungku.
"Opps... sorry cik. Kawan saya ni terlebih alkohol dalam badan."
Aku mengangguk sahaja, seraya memberikan laluan kepada mereka.
"Hans?"
Entah kenapa ringan saja mulutku menyebut nama itu apabila mereka membelakangiku.
"Ya? Awak kenal dengan dia ke?"
Kayra? Dan Hans?
Mulutku terlopong.
"Hello.. awak kenal ke dengan kawan saya ni?"
"Err.. nama dia Hans ke? Kalau bukan saya silap oranglah agaknya."
"Nama dia memang Hans. Abang, do you know this girl?"
Hans mengangkat muka.
"Gia..."
Dia bersuara perlahan.
"Hans.. kenapa sampai macam ni kau mabuk ni? Err.. cik, boleh saya tahu cik ni siapa?"
"Saya ni sepupu dia, Gia. Kami nak beli bekalan. Korang sembanglah dulu, aku nak ke dalam kejap."
Kayra menyerahkan Hans kepadaku.
"Sorrylah Gia, aku tak sangka kau akan nampak aku dalam keadaan macam ni. Tapi jangan risau, Kayra dan kawan-kawan yang lain pasti akan jaga aku."
"Kau pasti ke? Kalau tak aku hantar kau balik sekarang."
"Gia, Kayra tu sepupu aku. Lagipun, rumah aku jauh dari sini. Kau tak ingat ke kita sekarang ni ada kat KK."
"Oh ya.. Kayra tinggal kat mana?"
"City Alley. Kau nak join kami ke?"
"Tak kot. Esok aku mula kerja kat tempat baru."
"Oh.. kau ada jumpa Roger kat sini?"
"Tak ada. Kenapa?"
"Jangan risaulah, esok-esok kau jumpalah dia tu. Tapi, jangan sampai Kayra tahu. Diaorang tu pasangan kekasih."
"Kau ni.. kau jangan minum lagi boleh tak?"
"Mana boleh, duit aku kot Kayra pakai tu. Rugi aku kalau tak ikut minum."
"Aku ganti duit kau. Kau jangan minum lagi, okay."
"Sweet sweet Gia. But I don't need your money. Terima kasihlah sebab risaukan aku, okay."
"Well, abang jom balik. Thanks sebab tengok-tengokkan dia. Jom abang."
"Jaga dia baik-baik tau."
Aku sempat melaung. Hans melambai ke arahku dengan penuh kepayahan.
Roger tahu ke pasal Kayra dan Hans ni? Ahh... bukan urusan aku.
* * *

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...