Another goodbye
Seminggu kemudian
Gia memegang erat payungnya agar tidak terbang dibawa angin. Hujan lebat tiba-tiba turun selepas selesai upacara pengebumian Doktor Luciano.
Air matanya sudah kering. Beberapa hari yang lalu, satu keputusan ujian DNA telah membuktikan dia memang anak kandung Doktor Luciano dan Doktor Trisa. Marisa memeluknya dengan erat sekali.
Buat pertama kali dia merasakan kasih sayang yang sebenar dari insan yang bergelar keluarganya sendiri.
Marisa tidak putus-putus menzahirkan kekesalannya di atas apa yang berlaku. Selain turut mengaku terlalu bodoh kerana jatuh cinta terhadap Brawn.
Gia hanya menikmati saat-saat penting itu tanpa cuba mencelah. Di akhir perjumpaan itu, Doktor Luciano telah menyerahkan sebuah rumah kepada Gia sebagai tanda kewajiban seorang ayah. Dan kini, hanya rumah itulah yang menjadi kenang-kenangan terhadap Doktor Luciano.
"Gia..?"
Marisa datang kemudian memeluk bahunya.
"Marilah kita pulang sayang. Esok kita datang lagi, ya? Nanti kamu sakit."
Gia akhirnya akur. Senyuman Marisa membuatkan dia bertambah terpaut dengan wanita itu.
* * *
Kepulangan mereka disambut oleh Roger dan Tony. Puteri Akasia, Gwen dan Ronan kelihatan sedang berbual dengan tetamu yang masih berada di rumah peninggalan Doktor Luciano kepada Gia itu.
"Roger, kamu bawalah Gia ke dalam. Pujuk dia supaya makan walaupun sedikit."
"Baiklah mak cik."
Tony menepuk perlahan bahu anak gadisnya itu.
"Makan tau, jangan berlapar."
Gia mengangguk namun teresak apabila mengenangkan pengorbanan Tony untuknya selama ini.
"Pop.. jangan tinggalkan saya.."
Tangisannya pecah mendayu-dayu. Tony lantas membawanya duduk sambil memujuknya.
Puteri Akasia dan Gwen berpandangan melihat situasi itu. Marisa menjadi panik apabila Gia tiba-tiba menangis hingga dia ikut menangis sambil memeluk Gia.
"Sudahlah tu Gia. Nanti kamu sakit.. janganlah menangis lagi.."
Marisa membelai rambut Gia dengan penuh kasih sayang.
Melihat keadaan itu, Puteri Akasia mengeluh halus. Gwen segera memandang sepupunya itu.
"Kau jangan nak cemburu pula. Esok-esok, pulihlah keadaan ini. Okay. Kesian dengan Gia."
"Aku okaylah. Cuma aku perlu uruskan sesuatu. Pasal Carly."
"Kau nak pergi sekarang ke?"
Puteri Akasia mengangguk. Gwen memegang lengan Puteri Akasia dan mengisyaratkan kepada Ronan untuk mengalihkan perhatian Tony untuk seketika. Mestilah, tidak adil untuk Kash!
Tony mengangkat kepala apabila bahunya dipegang. Ronan memberi isyarat ikut-aku kepadanya.
"Naik ke atas ya, Gia. Kash nak balik, aku pergi jumpa dia sekejap, okay?"
"Okay, kirim salam dengan dia."
"Okay. Berehat tau. Jumpa esok."
Gia mengangguk. Dia melambai ke arah Puteri Akasia sebelum berlalu naik ke biliknya bersama-sama dengan Roger dan Marisa.
"Tolong tengok-tengokkan Gia, ya Roger. Mak cik turun ke bawah dulu. Tetamu masih ramai lagi..."
"Iya mak cik. Saya akan jaga dia."
"Roger, jangan apa-apakan Gia.."
"Baik mak cik. Saya janji saya hanya akan jaga dia. Saya tak akan buat benda lain."
Marisa mengukir senyuman. Budak-budak, mana boleh nak percaya sangat.
* * *
"Kenapa kau tak tidur lagi?"
Roger bertanya apabila Gia duduk bersimpuh di atas katil selepas Marisa menutup pintu.
"Aku tak ngantuklah. Penat sikit je."
"Dah tu kau nak buat apa? Kalau mak cik Marisa naik siap kau."
"Alaa... nanti aku jawablah. Aku masih terfikir dengan semua yang telah berlaku kepada aku. Kalau kau, kau masih nak kahwin dengan aku ke lepas kau tahu semua ni?"
"Kenapa pula tak nak? Benda dah jadi, biarkan berlalu. Lagipun kau masih Giorgia yang aku kenal sejak dulu lagi. Si nakal yang pura-pura baik."
Gia tersenyum kecil. Dia mencapai sebiji bantal dan melemparkannya ke arah Roger.
"Betullah tu. Sekarang ni barulah aku rasa lega sangat. Bukan sebab semua masalah sudah selesai tapi sebab aku dah tahu keluarga kandung aku yang sebenar-benarnya."
"Aku pun rasa begitu juga. Mak dan bapa kandung kau memang orang baik-baik. Padan sangat dengan keperibadian kau ni. Walaupun mereka dah tak ada, sekurang-kurangnya kau masih ada seorang mak cik."
"Hmm.. jangan lupakan Pop. Dia itu bapa angkat aku yang terutama. Aku takkan mengaku sesiapa lagi sebagai bapa aku kecuali dia."
"Iyalah. Jadi apa rancangan kau selepas ni?"
"Teruskan kehidupan seperti biasalah. Kerja dengan Gwen. Takkan aku nak lari dari sini pula."
"Macam mana dengan Brawn dan Giselle? Kau tak nak berjumpa dengan mereka ke?"
"Tak kot. Mereka tiada kena mengena dengan aku, okay. Giselle culik aku, masa aku masih bayi lagi. Kalau dia jaga aku, besarkan aku, yelah aku terhutang budi dengan dia. Ini tidak, sudahlah dia culik aku, dia buang pula aku ke tangan orang lain. Nasib baik hidup, kalau mati, sia-sia kan?"
"Hai... mulut kau, kalau sudah mula bercakap, menangis para hakim mendengarnya."
"Betullah apa aku cakap. Brawn tu pula, tinggalkan aku kononnya nak cari kekasih dia itu. Tapi apa dia buat? Bunuh orang. Curi identiti orang lain. Dan hidup macam tiada apa yang berlaku. Syukur sangat dia bukan bapa aku."
"Okay. Okay. Sudah. Jangan pedulikan penipu-penipu tu lagi. Tapi kan mereka ada kaitan dengan Gwen dan Puteri Akasia. Kita kenalah beri sokongan kepada bestfriend kau tu. Jangan nak jadi kacang lupakan kulit pula."
"Jangan risau. Aku akan beri keterangan yang akan membuatkan penipu-penipu tu hidup bahagia di dalam penjara buat selama-lamanya. Bangga sangat jadi penjenayah. Yang lelaki bunuh mak aku. Yang perempuan pula bunuh bapa aku. Kalau ikutkan hati, aku nak panggang pasangan bermuka plastik tu. Baru puas hati aku."
Roger menggeleng perlahan.
"Hoi.. kau tu tengah berkabung. Jangan fikir nak bunuh orang, boleh tak. Hormatlah sikit dengan Doktor Luciano dan Doktor Trisa."
"Aku tak sengajalah. Emosi sikit. Aku laparlah pula. Ambilkan aku makanan, boleh?"
"Pula. Siapa suruh membebel, dah tau kau tu asyik lapar. Tunggu sini, kau nak makan apa?"
"Pizza?"
"Jangan nak mengada. Siapa yang makan pizza ketika berkabung?"
"Bergurau pun salah. Cepatlah, aku lapar ni."
Roger tertawa kecil. Lega hatinya apabila Gia sudah mula membebel begitu. Itu tandanya dia semakin pulih.
Kalau dah pulih, bolehlah kahwin!
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...