All is lie
48 jam berlalu...
Doktor Luciano memeriksa laporan terkini Giselle. Wanita separuh abad itu terbaring dan masih tidak sedarkan diri sejak dua hari yang lalu. Segala-galanya sudah dia lakukan untuk menamatkan kisah hidup Giselle Godry. Surat mati, khabar palsu dan kubur palsu semuanya sudah ada. Bagi dunia luar, Giselle sudah mati dilanggar lori, tapi hakikatnya Giselle masih hidup. Dia tidak akan membiarkan Giselle mati dengan begitu mudah setelah apa yang dia dan Brawn lakukan.
Kalau Brawn boleh membedah mukanya untuk menyembunyikan diri, dia pula membedah muka Giselle untuk membalas dendam terhadap lelaki durjana itu. Ini bukan setakat hutang wang tapi juga hutang nyawa. Brawn menyangkakan jenayahnya sudah berkubur bersama-sama dengan kematian Doktor Trisa, tapi lelaki itu tidak tahu. Dia dan Doktor Trisa adalah pasangan kekasih. Mereka bakal berkahwin tapi Brawn memusnahkan segala-galanya. Brawn telah membunuh Doktor Trisa sebab hanya Doktor Trisa yang tahu dia telah mencuri identiti seseorang. Identiti yang Brawn gunakan untuk hidup senang sehingga ke hari ini.
Brawn akan menerima hukuman terhadap perbuatannya. Penjahat tidak akan hidup bebas.
"Bangun Giselle. Aku nak kau siapkan kerja yang kau dah mulakan. Oh nanti.. kau bukan lagi Giselle Godry. Sekarang ini, nama kau ialah Marisa Barnet. Kau ialah bekas teman wanita Brawn Hillis. Kau datang ke sini untuk menuntut janji. Bangun Marisa. Bangun...!!"
Doktor Luciano tertawa bagaikan orang tidak siuman. Wajah Giselle yang sudah dibedah menjadi orang lain dipandang dengan perasaan jijik.
Giselle kini sudah menjadi alat untuk membalas dendamnya terhadap Brawn. Giselle sudah bertukar identiti. Dia kini dikenali sebagai Marisa Barnet, adik kepada Doktor Trisa, teman wanitanya yang sudah mati. Marisa akan menjadi punca kemusnahan Brawn dan sesiapa saja yang berani menghalang kemahuannya.
Doktor Luciano mencapai ubat yang bakal disuntikkan ke dalam badan Giselle. Ubat itu merupakan sejenis dadah yang berfungis untuk mempercepatkan kadar penyembuhan luka dan kecederaan Giselle. Dadah itu juga akan menjadi 'makanan' utama Giselle selepas ini demi menjadi identiti barunya, Marisa.
* * *
Gia berpeluk tubuh. Tetamu yang datang tanpa diundang itu benar-benar membuatkan emosinya terganggu. Tapi apakan daya. Lambat laun dia akan berjumpa juga dengan orang itu. Lebih baik selesaikannya sekarang.
"Cik, minuman dah siap."
"Baik. Letakkan di atas meja tu. Sekarang tinggalkan kami."
Pembantu rumah itu mengangguk, akur dengan arahan Gia. Pintu dibiarkan terbuka atas perintah Tony dan Ronan. Mereka berkampung di ruang tamu bersama-sama dengan Kayra. Manakala Gia dan Carly bakal berhitung di ruang rehat, bersebelahan dengan ruang tamu tersebut.
"Duduk. Sekarang mula bercakap."
Gia memejamkan mata, enggan memandang Carly.
"Gia, janganlah macam ini. Please."
Gia menggeleng.
"Cakap."
Carly mengeluh halus.
"Okay. Ayah..."
"Jangan panggil diri kau sebagai ayah.. aku tidak sudi berayahkan muka itu dan kau bukan ayah aku lagi selepas kau tinggalkan tanggunjawab kau itu kepada orang lain."
"Okay. Saya minta maaf, Gia. Maafkan saya, okay. Saya bersalah sebab tinggalkan kau. Saya mengaku saya tinggalkan kau sebab saya tidak mampu menggalas tanggungjawab itu. Saya mengaku, saya belum bersedia menjadi seorang ayah ketika kau ditinggalkan di hadapan rumah kami. Sebab itu saya lari tinggalkan kau kepada Tony. Maafkan saya."
![](https://img.wattpad.com/cover/118485346-288-k837302.jpg)
YOU ARE READING
Dear, Gia
Ficción GeneralTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...