Family matter
Gia p.o.v
Mujurlah aku sudah sampai di perkarangan apartmen ketika hujan turun dengan lebatnya.
Selepas meletakkan kereta di lot khas untuk aku, aku berlari-lari anak menuju ke lobi. Baru saja aku hendak masuk ke dalam lif, namaku di panggil.
Aku terpegun di tempatku berdiri apabila melihat Carly menghampiriku.
"Cik Giorgia. Maafkan saya sebab menganggu, saya cuma hendak berbual dengan cik, sekejap saja."
Aku melilaukan pandangan ke sekitar lobi. Anderw dan Bruce, pengawal keselamatan yang bertugas berada di pintu masuk. Lebih baik aku berbual dengan dia ini di lobi saja.
"Ada apa? Encik Carly Dibson, betul kan?"
"Ya. Kita pernah berjumpa di Hotel Akasia."
"Ya. Saya ingat. Ada apa yang saya boleh bantu?"
Carly mengeluh halus. Dia merenungku dengan pandangan boleh-kita-berbual-di-tempat-lain?
Aku menggeleng kecil.
"Encik Dibson, saya punya masalah mempercayai orang yang baru dikenali. Jadi, kalau encik nak cakap apa-apa, cakaplah di sini saja."
"Okay. Boleh kita berjumpa lagi selepas ini? Lain hari maksudnya?"
"Awak sentiasa di alu-alukan untuk berjumpa dengan saya di pejabat Encik Carly. Maafkan saya, tapi saya perlu pergi."
"Nanti, Gia. Boleh saya minta nombor telefon awak?"
Aku menggeleng kemudian berlari masuk ke dalam lif.
Air mataku keluar tanpa henti-henti sebaik saja aku selamat masuk ke dalam apartment ku.
Oh Tuhan... aku tahu lambat laun aku pasti akan bersua muka dengan Carly, tapi aku tidak pernah menjangkakan yang aku akan merasa takut kepadanya.
Bagaimana kalau teori Roger itu terbukti benar dan Carly adalah Brawn. Ayah aku yang meninggalkan aku bertahun dahulu.
Mungkin dia datang pada aku sebab dia tahu aku ini anak dia. Apa yang dia mahukan? Kemaafan? Atau membina semula keluarga kami?
Kepalaku tiba-tiba menjadi sangat berat. Berdenyut-denyut dan seperti dipalu-palu menggunakan tukul besi.
Hebat. Dugaan ini sangat hebat hingga mampu membuatkan aku terbaring di tengah-tengah ruang tamu, tanpa merasa lapar atau hendak mandi.
Apa yang perlu aku buat sekarang? Perlukah aku menyerah begitu saja setelah sekian lama aku bertahan sendirian? Sedangkan sekarang aku dikelilingi oleh orang-orang yang kisahkan kehadiran aku.
Roger. Kami akan berkahwin dan mempunyai anak seterusnya keluarga kami sendiri. Tegakah aku meninggalkan dia disebabkan Carly?
Gwen, Lily dan Ronan. Mereka melayanku seperti ahli keluarga. Mereka memberikan aku perasaan berkeluarga. Memberikan aku kehidupan yang lebih baik. Bagaimana mungkin aku boleh menyinggung perasaan mereka gara-gara Carly?
Pop. Orang yang telah menjaga aku dengan ikhlas. Mengajar aku erti kehidupan bersendirian. Aku mahukan peluang untuk berbakti pada dia.
Jadi aku tidak boleh menyerah sekarang. Tidak pada Carly dan tidak pada Brawn atau sesiapa sahaja.
Brawn dan Giselle telah meninggalkan aku demi kepentingan mereka sendiri. Mereka membiarkan aku menempuhi hidup ini sebagai anak yatim piatu sejak bayi dan biarlah keadaan itu berkekalan. Aku tidak rela menerima kehadiran mereka sekiranya ia hanya membuatkan aku sengsara begini.
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...