Connection
"Gia?"
Gwen bersuara. Gia mengangkat muka tanpa menjawab panggilan Gwen. Roger dan Ronan berpandangan.
"Kau pernah berjumpa dengan Carly Dibson ke sebelum ni?"
"Tak. Kenapa?"
"Betul tidak? Mungkin kau pernah berjumpa dengan dia masa zaman sekolah kamu dulu."
"Hmm.. tiadalah aunty. Cuma saya ada perasaan pelik terhadap dia tu."
"Menarik ni. Sebab Carly kata, dia pernah berjumpa dengan kau masa zaman sekolah kau dulu. Di rumah kami, katanya."
Gia menggeleng laju.
"Silap orang tu. Tiada aunty, betul."
"Bukankah Carly baru saja balik ke sini? Bertahun dia duduk di luar negara. Macam mana pula dia boleh berjumpa dengan Gia, lebih-lebih lagi masa Gia masih bersekolah."
Roger mengangguk, bersetuju dengan kata-kata ayahnya.
"Habis tu kenapa dia mengaku kenal dengan Gia?"
"Kalau Kayra tahu pasal ni, masalah lagi."
Roger memandang Gia.
"Apa yang pelik pasal Carly menurut kau?"
"Mata dia tu. Aku kenal dengan mata dia tu. Muka dia memang aku tidak kenal dan aku juga tidak pernah berjumpa dengan dia. Tapi mata dia, pandangan dia seolah-olah sangat familiar dengan aku. Entahlah, ia menakutkan."
"Kau kenal dengan biji mata Carly?" Roger bertanya tidak puas hati.
Ha ha ha
Ronan, Gwen dan Gia ketawa terbahak-bahak.
"Kelakar ke?"
"Tak. Betullah soalan kau tu. Cuma lucu bila kau tanya straight macam tu. Ada ke biji mata. Tapi, betul juga Gia. Takkan mata dia saja yang kau kenal?"
"Tapi tulah. Mata dia tu buat aku seram sejuk. Mata tu macam pernah dekat dengan aku dulu."
"Brawn."
"Apa kau cakap? Brawn?"
"Ya. Brawn. Aku tidak pasti kenapa aku boleh sebut nama Brawn sekarang ini, tapi cuba korang fikir. Brawn seorang artis dan menyepikan diri seolah-olah hilang dari radar. Carly pula, tinggal di luar negara bertahun-tahun lamanya dan aktif membuat pembedahan muka. Jangan salahkan aku bila aku mula terfikir, bahawa Carly dan Brawn tu adalah orang yang sama."
Mereka terdiam. Agak lama.
"Aku kena tanya Kash pasal ni."
"Tak boleh sayang. Bukan sekarang."
"Habis tu kalau betul Carly tu Brawn, maknanya dia tu bapa Gia, kan?"
"Yelah. Tapi itu teori je. Bukan betul pun."
"Pasal ni, biar aku yang uruskan. Jangan lupa 1.5 juta tu belum selesai lagi."
"Aku rasa, Carly pasti akan cari jalan untuk menghampiri Gia. Awak tak nampak sayang, muka dia masa dia bertanya pasal Gia. Berminat sungguh macam tak ada orang lain dalam dunia ni."
"Biarlah dia datang. Kalau betul dia tu Brawn, bagus juga."
"Kau nak upah bodyguard tak?"
"Ayah, tak perlu. Dia ada lesen senjata api dan ada silat."
"Iya?"
"Aku kenalah mempertahankan diri-sendiri, kan? Ayah tiada. Mak tiada. Itu sajalah pilihan yang aku ada."
Gwen mengangguk kecil.
"Kau ada simpan pistol?" Ronan bertanya. Gia menggeleng.
"Tak sempat nak beli. Lagipun payah nak dapat kalau orang bujang macam aku. Kalau aku orang kaya lain ceritalah."
"Okay. Macam nilah. Pasal Carly, kita upah orang untuk memerhatikan kau dari jarak jauh. Sebab bukan Carly saja yang berminat dengan kau. Orang misteri itu pun sama."
"Aku rimaslah dengan keadaan ni. Sebab itulah aku tidak pernah berfikir hendak mencari Brawn. Susah payah. Buang masa dan memeningkan kepala."
"Sabarlah. Kita kena selesaikan masalah ini sekarang. Aku tidak mahu perkara ini berlarutan sehingga kita dah berkahwin nanti."
"Betul tu Gia. Sekarang ni tak apalah, kamu belum ada anak. Cuba fikirkan kalau perkara ni menganggu kamu sampai kamu dah ada anak nanti. Lagi susah."
Gia mengangguk kecil. Betul.
Ringggg....!!!
Telefon bimbit Gwen menerima panggilan.
"Aku kena jawab ni."
* * *
Martha memerhatikan gelagat Giselle sejak tadi. Selepas bercakap dengan seseorang di telefonnya, Giselle jadi tidak tentu arah. Berdiri duduk. Ke sana ke mari. Merengus. Mengeluh.
"Elle, duduk. Minum air dan makan ubat."
"Aku tak sakitlah."
"Kalau ya pun, duduk. Rimaslah aku tengok kau macam tu. Kau bercakap dengan siapa tadi?"
"Gwen."
"Adik kau tu?"
"Aku. Tiada. Adik. Berapa kali aku kena ingatkan kau, dia bukan adik aku. Kau faham tak?"
Martha mengangguk.
"Yelah. Apa yang kamu bualkan?"
"Pasal anak aku. Dia kata orang yang dia jumpa hari tu bukan anak aku. Dia dah silap orang."
"Jadi?"
"Jadi, dia tak berguna. Dia tak dapat tolong aku dalam hal ni."
"Nak susah apa, kau tunjukkan saja gambar anak kau tu pada dia, minta tolong dia carikan. Kan senang?"
"Senang saja kau cakap, kan? Hei, kau tahu tak dia tu dah kahwin dengan Ronan Alford? Hah.. aku tak tahulah macam mana lagi aku nak paksa hati aku ni untuk suka pada dia. Dia dah tahu Ronan dan Brwan tu kawan baik, dia kahwin juga. Macam tiada jantan lain di dunia ni."
Martha mengerutkan muka.
"Gwen berkahwin dengan Ronan, kawan baik Brawn? Biar betul kau ni?"
"Apa yang tidak betulnya? Kau ingat aku duduk dalam rumah sakit jiwa tu, aku tak tahu apa-apalah? Hei.. bukan kau seorang sajalah informer aku."
"Oh.. jadi apa rancangan kau sekarang?"
"Aku akan berjumpa dengan Brawn. Aku nak minta balik duit aku yang dia dah kebas. Aku nak ajar cukup-cukup jantan tak guna tu."
"Kau tahu mana dia sekarang ni?"
Giselle mencampakkan sebuah majalah di hadapan Martha.
"Apa kena-mengena majalah ini dengan Brawn?"
"Itulah Brawn. Jantan bermuka perempuan itulah yang dah rompak aku. Dia ingat, bila dia bedah muka dia, bolehlah dia lepas? Bodoh."
"Ini? Ini kau kata Brawn? Tapi nama dia Carly Dibson, Elle. Bukan calang-calang orang dia ni. Kau tak takut ke?"
"Nak takut apa? Kalau dia ada pistol aku pun ada. Lainlah kalau dia berubah jadi dewa ke malaikat ke. Selagi dia bergelar manusia, boleh mati kalau kau bunuh, aku tak hairanlah."
Martha menelan liur. Dendam orang gila memang menakutkan.
"Kau ada bukti ke yang Carly ni Brawn? Nanti kau masuk lokap Elle."
"Aku tak cakap kalau aku tak ada bukti. Luciano ada semua rekod kejahanaman Brawn ni. Aku cuma nak tunggu masa je untuk kerjakan dia."
"Kenapa tidak sekarang?"
"Aku nak pastikan dulu, sama ada dia tahu mana anak aku atau tidak. Lepas tu barulah aku akan uruskan dia."
Martha mengangguk kecil. Kesian kau Brawn. Kau tidak patut meninggalkan jejak, kau tengok sekarang, ada orang gila bakal membalas dendam terhadap kau.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...