Life begin (2)
Aku tidak sangka ini penamat hayat kau, Elle.
Kau sebenarnya baik cuma silap membuat perancangan.
Kalaulah kau tidak libatkan orang lain dalam masalah kau, kau tentunya masih hidup lagi.
Kau tipu aku dan semua orang. Bukan sekali malah berkali-kali.
Kau culik anak orang lain dan seksa dia.
Kau berpura-pura menjadi pesakit mental.
Kau palsukan kematian kau.
Kau curi identiti orang lain.
Entahlah Elle. Mungkin inilah hukuman yang paling setimpal dengan semua perbuatan kau itu.
Kau tidak sepatutnya membunuh Doktor Luciano. Dia sudah banyak membantu kau selama ini.
Walaupun begitu, aku bersyukur sebab Gia bukan anak kau. Terbukti dia bukan anak kau. Mana mungkin dia yang sebaik itu anak kau. Aku janji, kali ini jika ada sesiapa yang berani mengapa-apakan dia, aku sendiri akan berperang demi dia. Aku sayangkan Gia.
Selamat tinggal Giselle. Tenanglah kau di sana.
Gwen mengenakan semula cermin mata hitamnya. Tanah perkuburan yang sunyi sepi itu di tinggalkan tanpa perasaan bersalah.
Giselle sudah mati. Benar-benar mati.
Tidak sempat bertaubat mahupun meminta maaf dengan Gia.
Nasib baik dia tidak sempat menjejaki wanita itu dan mempelawanya tinggal bersama. Jika tidak, entah apa lagi yang akan berlaku.
Syukurlah semuanya sudah selesai.
Bebannya sudah tiada. Kalau dulu, dia sentiasa bersengkang mata mengenangkan situasi Giselle di rumah sakit jiwa. Dia merasa tidak berguna sebab gagal menjaga Giselle dengan baik. Sedangkan rupanya, Giselle hanya berpura-pura menjadi gila.
Terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh Giselle.
Namun biarlah semuanya terus dilupakan. Biarlah semuanya ikut terkubur.
Dia perlu teruskan hidup demi keluarganya.
Demi Ronan. Roger. Dan Gillian.
* * *
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...