13

49 4 0
                                    

Dear, Gia

maafkan saya kerana tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu. Terdapat perkara serius yang lebih penting daripada nama dan siapa saya. 20 tahun yang lalu, perkara paling teruk telah berlaku dalam hidup saya. Saya kehilangan arah tuju masa depan saya dan juga keyakinan diri saya. walau bagai manapun, saya tidak sesalkan perkara itu lagi. saya anggap saya sedang dihukum atas kesalahan yang telah saya lakukan. cuma, saya berharap satu hari nanti, saya berpeluang hendak berjumpa dengan kamu dan meminta maaf. saya mahu bertemu dengan kamu, tapi saya tahu saya tidak layak. saya juga tidak mahu menganggu kehidupan kamu. cukuplah saya tahu kamu membesar dan menjadi anak gadis yang berani berdikari. maafkan saya sekali lagi.. saya cuba untuk mencipta wajah kamu di minda saya.. terdapat banyak rupa yang saya bayangkan.. tapi saya pasti.. tiada satu pun di antara rupa itu yang dapat menggambarkan kamu yang sebenarnya.. kamu pasti cantik.. rambut kamu merah perang bersinar sinar apabila disuluh cahaya mentari.. senyuman kamu bisa menawan hati yang sedang berduka..

Gia, saya tahu saya tidak layak berkata begini.. tapi janganlah benci pada ayah kamu.. dia orang yang baik cuma sedikit gopoh.. maafkanlah dia.. saya bukan seorang ibu yang baik.. dan keputusan saya menjauhkan kamu dari saya nampaknya telah memakan diri saya sendiri..

Maafkan saya buat kesekian kalinya..

Giselle Godry

Gia merenung kertas A4 itu berkali-kali. Sedaya-upaya menerima setiap bait kata-kata yang tertulis di dalam surat itu.

Tiada alamat. Tiada tarikh. Tiada setem. Namun pengirimnya adalah Giselle Forest. Ibu kandungnya yang selama ini tidak ada khabar beritanya.

Gia duduk diam di atas sofa. Dia berpeluk tubuh sambil menggoyangkan lututnya tanpa rentak.

Apa aku nak buat ni? Takkan aku kena buat sidang media? Atau ambil cuti kecemasan? Tapi aku tidak demam. Membeli belah? Gila. Jangan membazir duit demi kemahuan. Keperluan seperti makanan lebih penting. Habis tu, apa yang perlu aku lakukan?

Kringggg...!!!!! Kring....!!!

"Oh.. mak.. mak... mak.."

"Gila betullah. Hello?!" Gia berdehem beberapa kali untuk membetulkan nada suaranya.

"Hello, Gia. Aku ni."

"Aku? Siapa aku?"

"Gia, aku. Roger. Kau ada di mana sekarang?"

"Errhh.. di.. di rumah. Kenapa? Kau dah balik ke?"

"Dah. Kau buka pintu, aku ada di depan rumah kau ni?"

"Kau ada di sini...?"

"Iya.. cepatlah."

Biar betul mamat ni? Kata nak outstation dua hari. Ini baru sehari dah balik.

"Gia! Kau dengar ke tak ni?"

"Ha.. ah.. dengar. Dengar. Kejap."

Gia menyambar surat Giselle dan menyimpannya di dalam beg kerjanya. Baju panasnya diusai ala kadar, barulah dia membuka pintu.

"Kau ni dah kenapa? Kau bawa orang lain masuk ke dalam ya?"

"Tak. Mana ada. Aku.. aku dalam.. kamar mandi masa kau telefon tu. Iya."

"Kau okay tak ni? Pucat je aku tengok. Betul kau tak sakit?"

"Tak. Betul aku okay. Cuma aku berjaga sepanjang malam. Lakaran untuk Summer Edition kena hantar esok. Tiada kompromi lagi."

"Susah betullah. Kau seorang je ke fashion designer untuk budak-budak di tempat tu? Kenapa banyak sangat kerja kau ni?"

"Tak banyak sebenarnya. Dah siap, cuma ada masalah sikit. Sebab tu kena buat balik."

"Masalah apa? Cuba kau cerita dengan aku."

"Err.. err.."

Gia memejamkan matanya berkali-kali. Adegan Kayra mengoyakkan kertas lakarannya berputar semula di fikirannya, bagaikan ulang tayang dalam filem seram.

Ugutan Karya. Amaran Kayra. Surat layang tentang wang yang tidak diketahui alamatnya. Dan surat mengejut dari Giselle.

Gia tiba-tiba rebah di hadapan Roger.

"Gia!"

* * *

Roger menyambut kedatangan Tony dengan perasaan serba salah. Mesti Tony mempersalahkannya kerana tidak pasal-pasal, Gia dimasukkan ke kecemasan.

"Kenapa dengan Gia, Roger?"

"Maafkan saya, uncle. Salah saya agaknya. Begini, saya datang ke rumahnya sebaik saja saya tiba dari tempat kerja. Lepas tu, saya menyoalnya tentang macam-macam perkara."

"Dan dia pengsan?"

"Ya. Dia ada cakap, dia berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan kerjanya yang perlu dihantar esok hari. Saya tidak tahu pula sampai begini jadinya."

"Tidak apalah. Bukan salah kamu. Dulu masa di tempat kerja lamanya itu lagi teruk. Kadang tidak makan, tidak tidur usah cerita. Jangan risau sangatlah. Kejap lagi, baiklah dia tu."

"Macam mana saya tidak risau uncle, saya tidak pernah nampak dia pengsan begitu. Kalau ayah dan Gwen tahu mereka mesti marahkan saya."

"Ahh.. jangan risau. Aku ada. Kau dah beritahu mereka pasal ni?"

"Belum. Nanti kecoh jadinya."

"Eloklah tu. Sudahlah. Lebih baik sekarang, kita tunggu apa kata doktor."

"Okay."

"Sudahlah. Mari kita tunggu di sana."

Roger akur dengan kata-kata Tony. Sesekali dia menoleh ke arah pintu masuk ke ruangan kecemasan.

Dia sepatutnya tahu, Gia sakit. Wajahnya yang pucat itu jelas memberitahu segala-galanya. Tapi dia sibuk bertanyakan soalan bodoh.

Roger terisak. Tony segera menoleh ke arahnya.

"Kau tak apa-apa, Roger?"

"Gia, uncle. Saya sepatutnya tahu yang dia tidak sihat."

"Kau ni jantan ke jantina? Sudahlah Roger. Pengsan saja kan? Bukannya beranak. Kau ni, melebih-lebihlah."

"Saya risau uncle. Apa kata uncle nasihatkan dia supaya berhenti bekerja. Saya boleh tanggung dia uncle."

"Amboi.. kau ingat kau kaya.. aku nak bagi macam tu aje anak aku pada kau, haa..? Kau ni siapa? Bapa dia? Laki dia? Ingat sikit.. kau tu teman lelaki pun bukan. Jangan nak pancing orang suka hati dengan wang ringgit kau."

"Sorry uncle. Saya cuma risaukan dia."

"Itulah kau. Lain kali, nak risau buat cara orang lelaki. Tenang. Jangan gelabah. Kalau Gia nampak kau macam ni, mahu di rejeknya kau. Aku pun tak fahamlah."

"Tolonglah uncle. Saya tidak mahu jadi apa-apa dengan dia."

"Kau ingat kau seorang saja yang risaukan dia? Habis aku ni? Aku datang dari jauh sebab anak aku masuk hospital. Kau fikir bagaimana perasaan aku?"

Roger tidak menjawab. Isakannya beransur reda. Tony menepuk perlahan bahu anak muda itu.

"Sudahlah. Malu dengan jururawat, dengan doktor tu semua."

Roger tersenyum.

"Sorry uncle. Saya teremosi pula."

"Tahu."

"Ahli keluarga Giorgia Forest?"

"Kami doktor."

"Okay, Cik Forest sudah sedarkan diri. Dan dia dibenarkan pulang. Nasihatkan dia agar berehat secukupnya dan jangan lupa makan makanan yang sihat."

"Baik doktor."

"Arah sini."

Roger dan Tony bergegas mengekori doktor wanita itu untuk membawa Gia balik ke rumah.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now