Deal between the bachelors
Tony berpeluk tubuh sambil merenung gadis bangsawan itu. Lantak kaulah! Bangsawan ke bangsa-bangsa ke, anak aku dalam bahaya!
"Ehem... maaf kalau saya dah mengganggu awak. Saya cuma terfikir, kita perlu berbincang. Seperti orang dewasa dan.. orang yang sayangkan Gia."
Tony mengangguk kecil apabila Puteri Akasia menyebut tentang orang dewasa dan Gia.
"Saya hargai usaha awak dan keprihatinan awak dalam hal ini, Puteri Akasia. Saya pasti, awak sudah tahu banyak tentang Gia, memandangkan awak dan Gwenevere adalah rakan baik."
Puteri Akasia mengangguk kecil. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-kata Tony, bukan sebab dia malu tapi situasinya berbeza. Dia berurusan dengan ramai rakan lelaki yang punya pelbagai perwatakan, tapi Tony bukan rakan lama, rakan sekerja atau saudaranya.
"Awak sudah berkahwin?"
Uhuk!!! Tony segera menghulurkan tisu ke arah gadis itu.
"Kenapa awak tanya soalan yang menyimpang ni? Terkejut saya."
"Saya tidak mahu menimbulkan masalah yang lain, Puteri Akasia. Saya ke sini untuk menyelesaikan masalah anak saya. Jadi saya perlu membataskan pergerakan dan pergaulan saya untuk mengelakkan masalah berbangkit."
"Okay. Okay. Saya belum berkahwin dan masih solo. Awak janganlah buat saya serba salah dalam hal ini. Tiada siapa yang akan menyalahkan awak hanya sebab kita duduk di meja yang sama di dalam cafe ini."
"Mustahil. Awak bukan rakyat biasa, Puteri Akasia. Awak punya kuasa untuk menyembunyikan hal peribadi awak."
"Sebab saya bukan rakyat biasalah saya masih membujang sampai sekarang. Dengar sini Encik Antonio Valdes, bukan awak saja yang punya masalah dengan orang baru. Jadi, biar saya tegaskan sekali lagi, saya belum berkahwin dan tidak ada rancangan untuk berkahwin. Boleh faham?"
Tony mengangguk laju kemudian mengangkat tangan, tanda menyerah kalah.
"Kita perlu bekerjasama, Encik Valdes. Saya tidak mahu bakal menantu saya berdepan dengan ancaman bahaya setiap masa. "
Tony tidak menjawab. Dia merenung Puteri Akasia dengan seribu satu persoalan.
"Kenapa? Ada yang tidak kena ke dengan muka saya?"
Tony menggeleng.
"Habis tu?"
"Saya tidak pernah berbual dengan orang lain tentang Gia. Pelik rasanya bila awak risaukan dia pada hal awak baru kenal dengan dia."
"Oh.. ingatkan kenapa tadi. Saya dan Gia dah jadi kawan, awak tahu. Awak saja yang masih baru di sini."
Tony mengangguk. Puteri Akasia mengerutkan mukanya.
"Awak ni memang suka mengangguk dan menggeleng ke?"
"Erh.. saya tidak tahu bagaimana hendak berbual dengan orang baru, lebih-lebih lagi dengan awak."
"Tony, saya tidak perlukan perhatian yang khusus. Saya lebih suka suasana yang tidak formal. Err.. mungkin kita boleh jadi kawan? Macam awak dan Gwen dan Ronan?"
"Entahlah. Boleh ke?"
Puteri Akasia ketawa dengan kedunguan Tony. Tony tersengih apabila menyedari kelakuannya. Seperti budak yang tidak matang!
"Hendak berkawan tidak perlukan peraturan, Tony. Tapi kalau awak tidak sudi, tak apa. Cuma saya berharap kita boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini."
"Okay. Kita akan lakukannya."
Puteri Akasia mengukir senyuman.
"Macam tulah."
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...