6

54 5 0
                                    

Pain

Roger p.o.v

Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang.

Aku perlukan bantuan. Aku tidak boleh biarkan Gia terus-menerus marah dengan aku.

Lantas aku menghubungi Mila. Dia sudah berkahwin jadi buah fikirannya sudah pasti lebih bernas dari Jeny dan Alia.

Aku menunggu kedatangan girl gang itu di rumah pak cik Tony, jiran Gia yang kami sangkakan ayah Gia.

Selepas sepuluh minit berlalu, kedengaran bunyi hon dari halaman rumah.

"Mana dia?"

Mila bertanya. Baru saja aku hendak menjawab, Jeny dan Alia muncul membuatkan aku kelu.

"You just did a big mess with us, bad boy."

Jeny bersuara. Mila berpeluk tubuh. Alia memandangku seperti selalu.

Pak cik Tony akhirnya muncul dari dalam rumahnya.

"Kenapa ni? Apa yang dah berlaku Mila?"

"Gia bergaduh dengan Roger."

"Okay, itu sesuatu yang luar biasa. Gia biasanya tidak akan marah sekiranya dia tidak ditipu. Kau pasti sudah menipu dia, betul tak Roger?"

Aku diam. Jadi betullah aku sudah membuatkan Gia marah dan mungkin juga benci pada aku.

"Apa yang kau fikirkan, Roger? Kau masih nak buli dia selepas lima tahun kau tinggalkan kami? Aku sangka kau dah berubah."

"Jeny aku tidak berniat hendak menyakiti perasaan Gia. Aku cuma takut hendak berterus terang. Aku takut dia akan sakit hati kalau aku bercakap benar."

"Dan kau kira kau dah melakukan perkara yang betul? Kita dah lama bersahabat, Roger. Pernah kau dengar kata-kata ini, kebenaran sentiasa menyakitkan. Tapi lebih baik dari kau terus menipu. Dan kau kata kau ni jantan, tapi bercakap jujur pun kau takut."

Alia memang pandai menghina dan menyakitkan hati. Tapi kali ini apa yang dia katakan benar belaka.

"Aku seboleh-bolehnya tidak mahu masuk campur dalam urusan kau dengan Gia. Tapi aku tidak akan biarkan kalau kau terus mempermainkan Gia. Roger, selama ini pernah tak kau pandang Gia sebagai seorang gadis? Bukan bahan ejekan kau? Dia punya perasaan seperti kami, Roger. Dia juga erti jemu dan bosan. Kau tidak pernah terfikir ke dia mungkin sudah bosan dengan perangai bohsia kau ni."

Aku terdiam.

"Kalau kau tidak boleh menghormati Gia sebagai seorang gadis, kau janganlah berpura-pura baik dengan dia lagi. Dia begitu setia dengan persahabatan kita, tapi kau sentiasa menjadikan dia sebagai bahan gurauan kau. Aku tidak tahulah, Roger. Sama ada kau ni punya hati dan perasaan atau pun tidak."

"Mila, aku tidak sengaja. Okay. Aku sayangkan persahabatan kita, dengan Gia. Aku hendak melindungi dia, sebab itu aku tidak mahu dia sakit hati."

"Tapi bukan dengan berbohong, Roger. Menipu itu perbuatan pengkhianat. Kalau kau tidak berani berterus-terang dengan Gia, jangan kau berani gelarkan kami ini sahabat kau lagi."

"Tapi Mila..."

"Kau baliklah Roger. Fikirkan apa yang sudah aku katakan tadi. Kalau kau mahu terus menipu pada Gia, lupakan saja persahabatan kita."

Aku tidak mampu membela diri. Girl gang ini memang dahsyat.

"Uncle Tony, jangan benarkan dia berjumpa dengan Gia selagi dia tidak berani hendak mengaku kesalahannya."

"Iya Mila, aku akan uruskan perkara ini. Kau janganlah risau. Tapi kau telefonlah Gia. Suruh dia makan, okay?"

"Okay uncle. Jumpa lagi."

Dear, GiaWhere stories live. Discover now