27

28 3 0
                                    

Antonio Valdes

"Terima kasihlah sebab benarkan aku tinggal di vila kau ni. Jimat sikit duit aku."

Ronan mengangguk.

"Kau tinggalah sementara waktu di sini. Nanti aku pinjamkan kereta untuk kegunaan kau."

"Okay. Bagaimana dengan Gia? Kau dah tahu Carly datang ke apartmentnya kemarin?"

Ronan mengerutkan muka.

"Tak ada pula. Tak boleh jadilah macam ni. Nanti aku bawa dia tinggal di rumah aku. Macam mana, kau benarkan tak?"

"Ketatkan kawalan di rumah kau tu. Pasangkan cctv di semua pejuru. Kau sendiri tahu orang jahat ni suka menceroboh."

"Aku tengah pasanglah tu. Kalau susah sangat, kita semua pindah masuk je ke istana, senang cerita."

"Senang saja kau cakap. Aku risaukan Gia. Carly datang berjumpa dengan dia, Giselle mengirim surat. Esok lusa entah siapa lagi yang datang mencari dia."

"Aku nak cakap sesuatu ni, tapi aku harap kau boleh bertenang."

"Apa dia? Cakaplah."

"Kami ada teori bahawa Carly dan Brawn tu orang yang sama."

"Apa kau kata? Tapi macam mana?"

"Entahlah, tapi menurut Gia dia seakan-akan biasa dengan pandangan mata Carly. Carly pula sudah beberapa kali berjumpa dengan Gwen dan Puteri Akasia, dia bertanyakan tentang Gia. Yang pastinya dia memang mencurigakan."

"Aku hendak berjumpa dengan mamat ni. Berani sungguh dia ganggu anak aku."

"Sabar. Gwen dan Puteri Akasia telah mengatur satu rancangan untuk memancing keluar Carly dan tujuannya ke atas Gia. Kita tunggu sajalah."

"Aku tidak mahu kehilangan Gia, Ronan. Aku tidak mahu Brawn ataupun Giselle merampas dia dari aku."

"Itu kita fikirkan kemudian. Gia sudah cukup dewasa untuk membuat pilihan. Dan aku percaya dia sentiasa berpihak pada kau. Janganlah serabutkan fikiran kau tentang ni."

Tony mengangguk laju. Walaupun begitu, hatinya berkata sebaliknya.

* * *

Tony melihat imejnya di hadapan cermin. Tidaklah tua sangat. Ronan dan Roger masing-masing sibuk membelek telefon. Entah apa yang penting sangat dengan telefon itu, dia tidak tahu.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Tony tersengih melihat nama pembantunya di skrin telefon.

"Siapa tu?" Ronan bertanya.

"PA aku. Sekejaplah. Hello, ye Dora. Ada apa?"

Ronan menggeleng perlahan. Pasal ladang dialah tu!

"Korang berdua saja?"

Puteri Akasia menegur sebaik saja dia tiba bersama dengan Gwen dan Gia.

"Tony pergi jawab call. Lily mana?" Ronan mengecup pipi isterinya.

"Dengan mama. Aku rasa bagus juga kalau kau tinggalkan Lily di rumah sementara waktu, Ronan. Risau aku kalau dia tinggal dengan pengasuh lebih-lebih lagi masa sekarang ni." Puteri Akasia menjawab.

Ronan memandang Gwen.

"Nanti aku fikirkan. Jadi apa yang penting sangat tu?"

Puteri Akasia mengerling ke arah Gia. Gwen memandang Roger.

"Kenapa ni?" Ronan bertanya.

"Semua dah sampai rupanya. Maaflah ada panggilan tadi."

Tony muncul menyelamatkan keadaan.

"Gia, kau tak apa-apa?" Dia segera duduk di samping anak gadisnya itu.

"Saya okay, Pop. Kenalkan ini Puteri Akasia. Kash, inilah Tony, bapa angkat aku."

"Hello."

"Hai."

Janggal sungguh.

"Okay. Okay. Sekarang cakap, apa yang penting sangat, sampai kita kena bermesyuarat ni?"

"Bertenang boleh tak? Sudah tentulah ini pasal Gia. Cuma aku ada terfikirkan sesuatu bila melibatkan Gia dan Brawn."

"Apa dia?" Tony mencelah. Terasa sebal dengan kata-kata Puteri Akasia.

"Pop, dengar dulu, okay."

Puteri Akasia memandang Tony.

"Kita akan tarik Brawn ke muka umum. Dan untuk melakukan itu, kita perlukan kerjasama kau dan Gia."

"Kenapa kita perlu buat semua itu? Apa faedahnya kalau kita dapat temukan Brawn dengan Gia?"

Udara tiba-tiba menjadi tegang. Nampak sangat Tony tidak setuju dengan rancangan itu.

"Pop, kita perlu buktikan teori tentang Carly dan Brawn ni. Lepas tu barulah kita teruskan dengan rancangan yang lain."

Tony tidak menjawab. Air mukanya tegang.

"Pop, kita kena lakukan ini. Saya tidak mahu semua ancaman ini berterusan atau saya tidak akan berkahwin selagi semuanya tidak berakhir."

Tony menggeleng laju.

"Kita akan mengakhiri semua ini. Aku tidak akan benarkan sesiapa pun mengancam keselamatan kau dan Roger. Kau akan berkahwin dan mempunyai anak. Brawn ataupun sesiapa sahaja tidak akan mampu menghalangnya selagi aku masih hidup."

Gia melentokkan kepalanya ke bahu Tony.

"Jadi ini rancangannya."

Puteri Akasia dan Gwen bergilir-gilir menerangkan pelan membawa Brawn ke muka umum.

* * *

Bakal mengakhiri zaman bujang dengan pereka fesyen, Roger Alford perkenalkan bakal tunang.

Bijak. Tony tersenyum nipis sambil memandang gambar Roger dan Gia di muka depan surat khabar tersebut.

Artikel sepanjang satu muka surat itu dibaca dengan tekun. Dia mahu memastikan isi kandungan artikel itu cukup hebat untuk menjerat Brawn dan mungkin juga Giselle.

"Saya bersyukur sebab Roger dapat menerima saya seadanya. Dia tahu saya ialah anak yatim piatu dan dijaga oleh bapa angkat saya sejak bayi lagi. Malah hubungan di antara mereka juga rapat, kerana kami memang saling mengenali sejak zaman sekolah lagi."

Tony menggeleng kecil. Yatim piatu? Takkanlah sampai begitu sekali. Kalau bukan kerana diancam bahaya, Tony tidak akan pernah setuju Gia digelar sebagai anak yatim piatu. Dia telah menjaga Gia sejak bayi lagi. Kasih sayangnya lebih hebat dari perhatian sementara Brawn kepada Gia.

Brawn ataupun Giselle harus merasa malu untuk mengaku ibu dan bapa Gia. Kenyataannya, mereka telah membuang Gia.

Giselle langsung tidak pernah sekalipun bertanyakan khabar Gia sejak meninggalkan Gia di hadapan pintu rumahnya. Brawn pula, dia kata dia kisahkan Gia. Sayangkan Gia. Dia kata, dia akan mencari Giselle dan menyatukan semula keluarganya. Tapi apa yang terjadi?

Pada mulanya Brawn akan pergi sehari dan balik semula. Selepas itu, pergi selama dua hari dan balik lagi. Lama-kelamaan, sebulan, dua bulan dan akhir sekali Brawn pergi dan tidak pernah kembali lagi.

Licik sungguh perancangan masa depan Brawn. Sanggup dia tinggalkan Gia tanpa khabar berita. Kalau ya pun dia mengabadikan diri untuk mencari Giselle, apa salahnya berulang-alik dari kota ke rumahnya. Kalau ya pun dia sudah mendapat kerja baru, bawalah Gia tinggal bersama. Gia itu anak dia, bukan kain baju yang boleh ditinggal-tinggalkan.

Perkara yang paling mengecewakannya ialah, dia mengetahui Brwan masih hidup malah kembali aktif di dalam dunia glamour. Bangsat sungguh!

Gia dilupakannya sekali gus. Sekarang, macam-macam hal terjadi gara-gara pasangan haram itulah. Gia yang tidak berdosa itu yang menjadi mangsa. 

Syukur, Gia sangat kuat. Nasib juga menyebelahi kehidupannya. Bertemu jodoh dengan Roger yang budiman. Kalau tidak, entah apa lagi yang terjadi kepada gadis itu.

"Hello, boleh saya duduk di sini?"

Tony mengangkat muka. Dia terpegun melihat orang yang tidak disangka-sangka itu.

Puteri Akasia!

Dear, GiaWhere stories live. Discover now