40

35 4 0
                                    

I am nothing like you

"Anak aku dan Trisa? Betul ke apa yang kau cakap ini Giselle?"

Giselle dan Brawn berpandangan sesama mereka aapabila melihat Doktor Luciano muncul dari belakang kabin tersebut.

"Giselle, kau sudah berjanji akan memberitahu apa-apa saja yang aku mahu. Tolonglah, duit tu aku serahkan semuanya kepada kau."

"Duit? Duit apa ni?" Brawn mencelah. Giselle menoleh sekilas ke arah Brawn kemudian memandang Doktor Luciano.

"Iya Brawn, duit. Budak tu akan bagi aku duit. Sekarang, duduk Luciano. Mana budak tu, sepatutnya dia ada di sini kan?"

Doktor Luciano mengerling ke arah pistol yang dipegang kemas oleh Giselle. Tepat sekali dugaannya.

"Aku dah dapat duit tu. Tak perlulah dia ada di sini lagi. Sekarang ni aku nak tahu, betul ke apa yang kau cakapkan tadi tu?"

Giselle mengeluh halus. Hendak berbohong pun sudah tiada gunanya lagi. Lantas dia mengangguk perlahan.

"Tapi bagaimana, Giselle? Kenapa kau sanggup buat semua ini kepada kami?"

"Sebab anak aku mati, Luciano. Aku perlukan seseorang untuk diserahkan kepada Brawn. Janganlah sedih sangat. Anak kau hidup kan? Bakal berkahwin dengan anak orang kaya lagi, apa kau nak risau?"

Doktor Luciano menggeleng perlahan.

"Kau culik anak aku Giselle. Selama ini aku ingatkan bayi yang aku kebumikan itu ialah anak aku."

"Oh.. pasal itu, terima kasih sebab sudah menguruskan pengebumian anak aku dengan baik sekali. Macam yang aku cakap tadi, tiada apa yang hendak disesalkan lagi. Sekarang mana duit tu?"

"Nanti. Aku masih tidak faham, Giselle, mana anak kita?"

"Aku tiada anak dengan jantan tidak berguna macam kau. Kau ingat, kalau bayi itu hidup, aku hendak serahkan kepada kau? Jangan bermimpi Brawn. Kau tidak akan pernah tahu kehadiran anak itu kalaulah dia masih hidup."

"Tapi kenapa kau buat macam ni?"

"Sebab kau rompak aku lepas tu kau tinggalkan aku. Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja? Bukan itu saja. Anak aku mati dan kau pula hidup bebas macam orang tidak berdosa? Sekarang tunggu nasib kau. Aku akan serahkan kau kepada pihak polis."

"Tapi..."

"Sekali lagi kau buka mulut, aku tembak kau."

Brawn mengangguk laju. Dia masih sayangkan nyawanya. Dia perlukan duit itu dan melarikan diri.

Doktor Luciano kelihatan sedang meratapi nasibnya. Giselle tiba-tiba menepuk permukaan meja.

"Okay, Luciano sekarang, mana duit tu? Rasanya apa yang aku beritahu tu sudah cukup untuk kau serahkan semua duit tu kepada aku."

"Aku tiada duit tu. Gia dah bawa balik semuanya."

"Apa kau cakap? Kau tiada duit tu? Kau nak mati?"

"Tembak sajalah aku ini, Giselle. Aku berharap kau dengan kekasih kau itu mereput di dalam penjara."

Giselle merengus kencang. Dia menghampiri Doktor Luciano dan menampar doktor itu berulang kali.

"Cakap sekarang. Mana budak itu dan duit tu! Aku kira sampai tiga.. satu.. dua.."

Melihat situasi tegang di antara Giselle dan Doktor Luciano, Brawn cuba melarikan diri namun Bang...!! Dia jatuh tersungkur di atas tanah. Darah pekat mula membasahi baju yang dipakainya.

"Siapa cakap kau akan terlepas dari sini, Brawn? Kau yang paksa aku tembak kau. Jadi jangan salahkan aku."

Doktor Luciano menundukkan kepalanya. Badannya mengiggil melihat Brawn yang tidak berdaya. Giselle menendang perut Brawn tanpa belas kasihan.

Dear, GiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang