Brawn or Carly
Gia memandang ke luar tingkap. Hujan yang lebat itu seakan-akan menggambarkan perasaannya sekarang ini.
Mujurlah dia tidak mati akibat dirempuh oleh kereta Giselle. Syukur dia masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupannya.
Bagaimana pun malang bagi Giselle. Dia tidak terselamat dalam nahas yang menimpanya.
Betul tu. Giselle Godry sudah mati.
Gia merengus halus. Kepalanya tiba-tiba terasa pening. Dia mengesat air matanya. Tiada sebabnya aku memikirkan dia lagi. Bukan aku yang langgar kereta dia. Baguslah dia sudah mati. Kalau tidak entah apa lagi yang dia akan buat lepas ni. Entah siapa lagi yang akan menjadi mangsanya. Lebih bagus lagi, aku tidak perlu membunuh.
Gia memejamkan matanya. Bukan aku yang menyingkirkan mereka dari hidup aku. Bukan aku yang melarikan diri dari mereka. Bukan aku yang mengabaikan mereka.
"Gia?"
Gia mengetap bibir.
"Kenapa kau datang ke sini?" Gia merasakan dadanya menjadi sempit membuatkan nafasnya tersekat di kerongkongannya.
Carly meletakkan jambangan bunga yang dibawanya di atas meja.
"Maafkan aku, Gia."
"Siapa kau? Apa kau nak dari aku?"
"Gia, ini aku. A.. ayah kau."
Gia tiba-tiba duduk di atas katil. Dia memandang Carly.
"Apa kau cakap? Kau ini ayah aku? Maafkan aku Encik Dibson, tapi aku ni anak yatim piatu. Mak bapa aku sudah mati. Jadi jangan mengarut di sini dan silakan pergi."
Carly menghampiri Gia namun Gia melompat turun dari katilnya dan menjauhi Carly.
"Gia, janganlah macam ni. Naik balik ke katil tu. Okay, ayah ni. Ayah minta maaf Gia. Mari sayang."
Gia memegang kepalanya sambil menggeleng laju.
"Kau bukan ayah aku. Ayah aku sudah mati. Kau bukan ayah aku."
"Ayah masih hidup Gia. Ini ayah, Gia. Tolonglah percaya."
Carly melutut di hadapan Gia sambil mendepakan tangannya. Gia menggeleng lagi.
"Tidak. Tidak. Kau bukan ayah aku. Kau bukan ayah aku. Kau! Bukan! Ayah! Aku! Toloooonnnggggg......!!!!! Toooolooongg...!!!"
Gia menjerit bagaikan kerasukan. Carly jadi kelam kabut jadinya. Dia menerpa ke arah Gia namun Gia menendangnya dengan kuat sehingga dia terpelanting ke pintu wad.
"Kau..! Bukan ayah aku...!!!" Gia berteriak lagi.
Brak! Pintu ditolak dengan kuat dari luar. Tony dan Roger menyerbu masuk. Doktor dan jururawat turut bergegas masuk ke dalam wad tersebut.
Carly berdiri hampir di dinding sambil memegang perutnya.
"Gia. Sudah sayang. Kami sudah datang. Roger, serahkan orang itu kepada polis. Berani sungguh dia cuba mencederakan Gia."
Tony memeluk Gia. Dia membawa anak gadis itu ke katil.
"Pop... pop..." Gia menangis semahu-mahunya.
"Kau nak ke mana?" Roger menangkap pergelangan tangan Carly apabila Carly cuba melarikan diri.
"Lepaskan aku."
"Jangan harap. Aku akan pastikan kau mereput di dalam penjara." Roger mencengkam leher kemeja Carly kemudian menolak lelaki itu ke dinding.
"Di mana penceroboh itu, doktor?" pengawal keselamatan yang bertugas telah pun tiba.
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...