45

53 3 0
                                    

Start over

Tiga bulan kemudian

Roger membunyikan hon di hadapan pejabat Tony. Kedatangannya di situ sengaja tidak diberitahu. Dia melilaukan pandangan ke sana sini. Kawasan ladang yang luas itu mendamaikan perasaannya.

Gia, Tony dan Puteri Akasia tidak kelihatan di mana-mana. Takkanlah bercuti?

"Iya encik, cari siapa?"

"Encik Antonio ada?"

"Mereka tiada ada di sini, encik. Hari ini mereka melawat ladang buah. Esok baru mereka akan balik ke sini."

"Laa.. ye ke?"

"Betul encik. Err.. maaf kalau saya bertanya, encik ini siapa?"

"Oh.. nama saya Roger Alford. Saya datang ni hendak berjumpa dengan Gia."

"Roger? Bakal suami Cik Gia?"

Roger mengangguk sambil tersenyum malu.

"Handsomenya. Erh.. maaf encik. Tapi kenapa encik tak call dulu kalau nak datang? Kan dah terlepas?"

"Tulah salah saya juga. Tak apalah. Terima kasih ya. Jumpa lagi."

"Jumpa lagi. Ladang buah tu dekat sajalah encik. Sebelah daerah je. Tak sampai dua jam memandu. Kalau encik bertolak sekarang, jam 10 nanti sampailah."

"Okay. Terima kasih!"

Roger menggeleng kecil. Merasa kesal dengan kecuaiannya. Aku sepatutnya call dulu baru datang!

* * *

"Dia dah tahu kita di sini. Semua dah siap kan?"

"Dah. Biarlah dia datang. Nak bagi kejutan konon. Ambil kau kejutan."

Gia tersenyum kecil. Dia baru saja menerima panggilan dari Dona, mengatakan Roger ada singgah di ladang sayur untuk mencarinya.

"Harap-harap tak hujan. Kalau tidak, lambatlah dia nak sampai."

Gia mendongak ke atas. Langit membiru dan hanya dihiasi tompok-tompok awan putih.

"Janganlah minta-minta. Nanti tak jalan majlis ni."

Gwen mencelah.

"Ba.. ba... ba.. ba..."

Gillian menarik-narik lengan baju ibunya itu.

"Asyik baba je awak sebut sayang. Sebutlah mama lagi."

Gwen mengangkat anak kecilnya itu.

"Sabarlah. Tak lama lagi dia sebutlah tu."

Puteri Akasia muncul sambil mengunyah burger sebesar tapak tangannya.

"Amboi.. kau asyik makan dari tadi. Kau dah lupa diet ekstrem kau tu?"

Puteri Akasia mengerling Tony dengan ekor mata.

"Aku nak makan benda ni dah lama. Biarlah aku makan."

"Betullah tu. Kurus sangat biar berisi sikit."

Ha ha ha

Gwen ketawa besar mendengar komen Tony.

"Kurus ke?"

Puteri Akasia menelek badannya sendiri.

"Taklah. Asal sihat, kurus ke tembam ke, tak ada bezanya."

"Kau dengar tu?"

Puteri Akasia mendabik dada mendengar kata-kata Tony. Terasa bangga dengan pembelaan Tony terhadapnya.

"Dengarlah, aku bukannya tuli lagi."

Gwen menggeleng kecil. Macam tidak pernah bercinta. Asyik nak mengada-ngada. Jadi gemuk macam tong dram baru padan muka!

"Aku nak ke lapangan sekejap, boleh?"

Suara Gia kedengaran.

"Nak buat apa?"

"Aku nak tengok benih bunga yang aku semai hari tu. Sambil tunggu Roger, boleh tak?"

"Bawa telefon kau tu. Jangan pergi jauh sangat."

"Uncle Ronan kan ada di hujung tu juga."

"Iyalah."

Gia menyarung jeket tebalnya. Selepas memakai kasut, dia berjalan perlahan-lahan menyusuri lorong pejalan kaki sambil menikmati pemandangan kegemarannya.

Hijau. Cantik. Dan mendamaikan. Tiada apa yang lebih disyukurinya selain kehidupannya sekarang ini.

Dia punya Antonio dan Puteri Akasia. Pasangan sejoli yang dalam diam menyulam kasih.

Ronan, Gwenevere dan Gillian. Bakal mentuanya yang sangat pemurah dan penyayang.

Roger. Bakal suami yang dicintainya sejak dulu lagi.

Dan akhir sekali, Marisa Barnet. Ibu saudaranya tempat menumpang kasih seorang ibu.

Gia tersenyum sendirian melihat tunas-tunas hijau mula kelihatan di atas batas.

Tidak lama lagi, tanah lapang itu akan menjadi sebuah lapangan yang penuh dengan pelbagai jenis bunga-bungaan.

Gia mengangkat muka. Angin sepoi-sepoi bahasa membawa bunyi deruan kereta menandakan ada tetamu bakal tiba tidak lama lagi.

Gia bingkas berdiri. Dia berpeluk tubuh sambil memakukan pandangan ke pagar utama yang terletak kira-kira seratus meter dari tempat dia berdiri.

Bibirnya mengukir senyuman. Sebuah kereta mewah melucur laju memasuki kawasan ladang tersebut.

Gia melihat jam di telefonnya.

"Amboi.. dia bawa kereta terbang ke apa ni? Laju sangat."

Roger menghentikan keretanya di hadapan Gia.

"Huuuh... akhirnya, sampai juga."

Dia bersuara.

"Ya. Selamat datang cinta."

Roger mengulum senyuman.

Ayah, aku nak kahwin!






                      ~ * T A M A T * ~
    

Dear, GiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang