37

27 3 0
                                    

Ugly day

Gia memandang dua buah beg yang berisi wang kertas berjumlah 1.5 juta setiap satu.

Inilah hari yang menentukan segala-galanya. Semuanya sudah diaturkan. Dia sendiri akan menghantar wang itu kepada pemanggil misteri yang menganggu kehidupannya hingga kacau bilau jadinya.

Bagi mereka, wang itu tiada gunanya. Tujuan utama mereka ialah untuk membongkarkan identiti pemanggil tersebut.

Ronan dan Antonio menepuk bahu Gia, memberikan kata-kata semangat yang tidak mampu diluahkan.

"Jangan risau, kami akan menguruskan segala-galanya. Awak hanya perlu memberikan arahan kepada orang itu."

"Saya faham, tuan. Saya bergerak dulu."

* * *

Gia keluar bersendirian. Benar-benar bersendirian. Dia menaiki sebuah teksi dan memberikan arah menuju ke luar bandar. Dia hanya perlu menunggu panggilan orang itu untuk melaksanakan rancangan mereka.

Setelah teksi yang dinaikinya bergerak selama sepuluh minit, telefonnya berdering menerima panggilan.

Gia melepaskan nafas panjang dan menyambut panggilan tersebut.

"Hello."

"Hello Cik Forest, apa khabar?"

"Aku sedang menuju ke tempat perjumpaan kita bersama dengan duit sebanyak 3 juta. Kau perlu tiba mengikut masa yang aku tetapkan atau pun kau tidak akan mendapat apa-apa pun."

"Nanti. Apa maksudnya Cik Forest?"

"Maksudnya, kau beritahu semua tentang Brawn Hillis kepada aku dan aku berikan kau duit yang kau mahukan."

"Oh.. itu sangat mudah Cik Forest. Kita perlu bertemu di mana?"

"Lima minit dari sekarang kau akan menghubungi aku semula. Sekarang mula bergerak menuju ke luar bandar melalui lebuhraya lama. Ingat, datang seorang diri."

Tit! Gia memutuskan talian. Puas hatinya. Keadaan sudah bertukar. Dia tidak akan tunduk kepada orang yang mengugutnya secara sembunyi-sembunyi.

"Gia, ada banyak kereta mula masuk melalui lebuhraya lama itu. Dapatkan ciri-ciri utama kereta orang itu untuk memudahkan kami mengesannya."

"Okay." Suara Jefry kedengaran melalui handsfree yang dipakainya.

Lima minit kemudian.

"Hello, Cik Forest?"

"Bagus. Di kilometer 25, berhenti untuk mengisi minyak."

"Tapi minyak kereta saya.."

"Kau perlu ikut arahan aku atau aku bakar wang kau. Isi minyak di pam 3 dan bayar di kaunter 3. Bayar untuk 33 liter."

"Tapi cik..."

"Selepas itu, keluar dari stesen minyak itu, berhenti di bahu jalan selama lima minit dan call aku."

Tit!

"Bagus, anggota saya sudah bersedia menunggu di luar stesen minyak itu. Awak teruskan perjalanan, Gia."

Gia menutup pintu teksi, dan mengarahkan pemandu tersebut untuk meneruskan perjalanan.

Lima minit kemudian.

"Cik Forest?"

"Sekarang ini, aku nak kau tinggalkan semua barang-barang yang ada di boot kereta kau. Ambil gambar, send, dan teruskan perjalanan. Lima minit lepas tu, call aku."

"Wow.. macam mana kau boleh terfikir semua tu?"

"Safety first, encik pegawai. Lagipun anggota polis bolehlah bawa barang-barang itu ke balai."

"Macam mana kalau dia berputus asa dan enggan melakukan arahan awak, Gia?"

"3 juta bukannya sedikit jika dibandingkan dengan informasi tentang Brawn yang tidak berguna itu. Dia akan marah juga, tapi dia tidak akan mampu menolak wang sebanyak itu. Percayalah."

"Okay. Dah hampir lima minit ni. Anggota saya dah angkat barang-barang itu ke balai untuk diperiksa. Dan Gia, saya baru dimaklumkan tentang orang itu."

"Apa dia?"

"Menurut Gwenevere, dia seorang doktor. Namanya Luciano Pele."

"Gwen kenal dengan orang itu?"

"Dia dapat cam melalui gambar yang diambil oleh anggota saya. Entah apa kaitan doktor itu dengan Brawn tapi satu yang pasti, kita tidak silap orang."

"Okay. Dia dah call ni. Hello?"

"Apa lagi Cik Forest? Cik sedang memerhatikan saya ke? Bagaimana cik tahu tentang stesen minyak itu?"

"Sebab aku baru saja lalu di stesen minyak itu encik tupai, okay, tidak jauh dari tempat kau berada sekarang ini, ada sebuah mini market. Singgah di sana untuk membeli pakaian baru. Bayar sebanyak 200 ringgit kepada cashier dan teruskan perjalanan."

Tit.

"Tuan inspektor, tolong pastikan sama ada orang itu ada membawa rakannya bersama-sama atau pun senjata api. Saya tidak boleh bersabar lagi."

"Bertenang Gia. Selepas ini arahkan dia untuk menyalin pakaiannya dan pergi ke tempat perjumpaan kalian dengan menaiki teksi. Anggota polis telah mula mengekorinya sejak tadi. Jangan risau dan teruskan rancangan awal kita."

"Okay."

Gia terpaksa mengalah. Demi sebuah kebenaran yang melibatkan ramai orang, dia akan bersabar. Namun dia agak terkejut apabila mengetahui identiti pemanggil misteri yang menganggunya itu. Seorang doktor. Kenappa dia tergamak melakukan perkara seperti itu?

"Hello Cik Forest?"

"Ini ialah perbualan terakhir kita di telefon. Salin pakaian kau dengan pakaian yang baru kau beli di mini market itu tadi. Lepas tu aku nak kau ke tempat perjumpaan kita dengan teksi."

"Tapi.."

"Aku akan tunggu kedatangan kau. Jangan lambat."

Tit.

"Bagus. Kami akan mengawasi dia dari jarak dekat bermula dari sekarang. Awak teruskan perjalanan. Unit bantuan telah bersedia di tempat itu. Semuanya berada dalam keadaan terkawal. Kita akan selesaikan perkara ini Gia."

"Saya tahu tuan. Jumpa nanti."

Gia melepaskan keluhan panjang.

Siapakah gerangannya Doktor Luciano Pele ini? Bagaimanakah dia boleh mengenali Brawn? Dan bagaimanakah dia mengetahui tentang 'anak' Brawn?

* * *

Doktor Luciano menghubungi Marisa. Dia perlukan bantuan setelah terperangkap dalam helah Gia. Dia tidak dapat melepaskan diri lagi. Keadaan sepatutnya berpihak kepadanya. Namun dia cuai. Dia tidak punya tebusan. Dia hanya ada maklumat tentang Brawn dan sekiranya Gia hendak berubah fikiran, dia ibarat baru saja membunuh diri.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now