12

44 5 0
                                    

Feel sorry

Roger p.o.v

Sudah beberapa kali aku cuba menghubungi Gia tapi dia tidak membalas balik sms atau memanggil ku semula. Perlukah aku menghubungi Gwen?

"Kenapa dengan kau ni, Roger?"

"Gia. Dari semalam dia tak angkat call. Sms pun tak balas."

"Pelik. Kau dah tanya Gwen?"

"Belum."

"Pergilah tanya. Mesyuarat ni pun dah nak habis. Lepas ni kita baliklah."

"Okay."

Aku meminta diri ke bilik air sambil cuba menghubungi Gwen. Ahhh... sudah! Ke mana saja mereka berdua ini? Takkan dua-dua sekali berpakat tidak mahu mengangkat telefon.

Harapan terakhir, Neena.

"Hello, selamat pagi. Boleh saya bantu?"

"Neena, saya ni Roger."

"Oh.. encik. Ada apa encik?"

"Gia ada di pejabat tak? Gwen?"

"Puan Gwen ada temujanji dengan klien di luar, encik. Cik Gia, dia kata dia nak balik sekejap lepas Kay.. ooo... tak.. err..."

"Neena, kenapa dengan Gia? Dia ada di mana?"

"Cik Gia balik ke rumah bapa dia, encik."

"Kenapa? Apa yang berlaku pada dia?"

"Err..."

"Neena, lebih baik awak berterus terang dengan saya sekarang atau bila saya balik nanti saya cek cctv dan pecat awak."

"Err.. Kayra serang Cik Gia di pejabat encik."

"Kan senang begitu. Awak tahu kenapa dia balik ke rumah bapa dia?"

"Itu saya tidak tahu encik. Dia hanya cakap ada kecemasan."

"Terima kasih Neena."

Kayra dan hal kecemasan. Nampaknya aku perlu berhitung dengan Kayra secepat yang mungkin. Dia sudah berani melangkaui batas.

Aku rasa aku tahu hal kecemasan itu tentang apa. Mesti dia diganggu lagi oleh orang misteri itu.

Aku mesti tanya ayah tentang Brawn. Kalau tidak Gia akan terus diganggu oleh orang misteri itu.

* * *

"Kau dah dapat hubungi Gia?"

Aku menggeleng.

"Apa agaknya masalah dia? Dia tak cerita apa-apa dengan kau ke?"

"Sebenarnya ada."

"Dah tu kenapa kau tak buat apa-apa?"

"Gia terima pesanan layang, ayah."

"Teruk tu. Pasal apa?"

"Bapa dia, Brawn."

"Brawn kau cakap?"

"Ya ayah. Ada orang yang tidak dikenali mengancam Gia berkenaan dengan Brawn. Ayah tahu kan Brawn tinggalkan Gia sejak bertahun dulu?"

Ayah tidak segera menjawab. Aku memandangnya kejap.

"Kalau ayah tahu sesuatu pasal Brawn, beritahu dengan saya atau Gia, ayah. Kesian dia."

"Aku dah lama tak berhubung dengan Brawn, Roger. Dan manalah aku tahu Gia akan ditimpa masalah seperti ini."

"Seriously? Ayah, itu Gia. Kawan baik saya. Kita kena bantu dia."

"Ayah tahu, tapi ayah sendiri tidak tahu di mana nak cari Brawn."

"Hmm.. tak apalah. Nanti saya tanya Gwen, dia pasti dapat cari jalan."

"Suka hati kaulah."

Ayah menyembunyikan sesuatu. Dia jarang berkelakuan janggal seperti sekarang ini. Apa agaknya rahsia di antara ayah dan Brwan?

* * *

Di suatu tempat yang lain....

Kayra meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Wajah dan lagak Gia masih segar di fikirannya.

Dia menghempaskan buku limanya ke atas meja.

"Kayra? Kenapa ni?"

Perbuatannya itu mengundang perhatian ibunya, Kaitlen.

"Ibu tahu tak, saya baru kena warning dengan Puan Gwen gara-gara seorang staf baru ni."

"Salah faham kot? Janganlah ambil hati sangat."

"Ibu ni dah kenapa? Ibu nak sebelahkan siapa? Saya atau orang lain?"

"Ibu tak cakap siapa-siapa pun. Lagi pula siapa yang tidak kenal dengan perangai kamu tu. Ingat sikit, Kayra. Kamu tu selebriti, silap sikit naya kamu dikerjakan oleh pihak media."

"Peninglah ibu ni. Sikit-sikit media. Nak mengugut saja kerjanya. Bukan nak pujuk orang."

"Bukan kamu saja yang ada masalah, Kayra. kamu tu bukannya remaja lagi. Jangan asyik nak berseronok saja."

"Ibu, saya masih muda lagi. Ada kerjaya. Sementara belum kahwin, inilah masanya saya nak berseronok."

"Jangan ikutkan sangat kemahuan kamu tu. Haa.. lupa ibu nak cakap, Carly ada telefon tadi. Dia kata telefon kamu off. Dia nak jemput kamu makan malam nanti, di Hotel Akasia."

"Carly telefon? Kenapa ibu tak cakap awal-awal. Mana ada baju nak pakai ni. Masalah betullah. Nak keluar kejaplah."

"Nanti dulu, Kayra."

"Apa lagi ibu?"

"Kamu serius ke dengan Carly tu?"

"Ibu, Carly tu calon lelaki idaman. Gila kalau saya tolak dia begitu saja."

"Bagaimana dengan Roger?"

Kayra terdiam seketika. Dia mengeluh halus kemudian memandang ibunya.

"Roger tu putera impian, ibu. Tapi ibu tahu hubungan kami macam mana, kan? Lebih-lebih lagi kekasih Roger masa zaman sekolah dulu dah pindah ke sini."

"Kalau macam tu, biarkanlah Roger tu. Lagipun, Tuan Ronan nampaknya sudah ada pilihan untuk dijadikan menantu. Agaknya gadis yang kamu cakapkan itulah orangnya."

"Habis tu saya ni apa, ibu? Selama ini saya berkawan dengan Roger tiada makna langsung pada mereka lah ya?"

"Setakat berkawan, Kayra. Lagipun, betul ke kamu cintakan Roger? Bersilih ganti teman lelaki kamu ibu tengok."

"Ini bukan soal cinta ibu."

"Habis tu soal apa? Kayra, ibu tidak mahu sampai ada skandal mengatakan kami menjadikan kau sebagai cagaran bisnes dengan Tuan Ronan."

"Oh.. jadi betul ke saya ni cagaran, supaya ibu dan ayah senang mendapat pinjaman wang dari Tuan Ronan? Kalau begitu kita sama saja ibu. Semuanya sebab wang."

"God! Kayra, mulai dari hari ini ibu tidak mahu kamu menganggu Roger lagi. Ingat itu."

"Kalau tidak apa? Ibu, saya masih ada urusan yang belum selesai dengan Roger. Kalau semua sudah beres, saya akan undur diri. Okay. Sekarang saya nak pergi beli baju baru."

"Nanti. Kayra! Kayra!"

Jahanam! S**l! Semuanya disebabkan perempuan tu! Datang entah dari mana, menganggu hidup orang lain, kau tunggu. Aku tidak akan benarkan kau hidup dengan aman selepas kau rampas Roger dari aku.

* * *

Dear, GiaWhere stories live. Discover now