Good news vs bad news
Ronan tersenyum lebar sambil mendakap Gia. Sudah lama dia berhasrat hendak bertemu dengan gadis itu, akhirnya hari ini bersua juga.
"Duduklah, Gia."
"Terima kasih, uncle."
"Kamu apa khabar? Bagaimana dengan kerja kamu, suka? Kalau tak, saya boleh minta Gwen tukarkan kamu ke bahagian lain."
"Oh.. semuanya baik uncle. Pasal kerja tu, saya tak reti nak buat benda lain uncle. Melukis sajalah yang saya pandai."
"Kamu ni terlalu merendah diri. Padahal kamulah yang banyak membantu Roger masa bersekolah dulu."
Gia tersipu-sipu malu. Roger dan Gwen tidak kelihatan
"Gia, maafkan saya kalau saya bertanya."
"Apa dia uncle?"
"Apa khabar Tony sekarang? Lama benar tidak bertemu dengan dia."
"Dia sihat, uncle. Sibuk dengan urusan di ladangnya."
"Dia dah kahwin?"
Ha ha ha
Gia segera menutup mulut. Terlepas pula ketawa jantan.
"Err.. belum, uncle tahu tak kenapa dia tak kahwin lagi?"
Ronan mengurut dagunya sambil cuba mengingati sesuatu.
"Rasanya dia pernah jatuh cinta, tapi wanita yang dicintainya tu berkahwin dengan orang lain. Sebab itulah, mungkin."
Gia ternganga. Sadis pula kisah percintaan Pop.
"Bagaimana dengan Brawn? Kamu pernah dengar khabar berita dari dia?"
Gia mengeluh halus. Dia tahu Ronan pasti akan bertanya tentang Brawn. Cuma apalah sangat yang dia tahu. Hubungannya dengan Brawn tidaklah seakrab mana. Sewaktu kecil dulu pun, Brawn selalu keluar, dan dia ditinggalkan di bawah jagaan Tony. Sehinggalah Brawn mengambil keputusan untuk meninggalkannya ketika dia berusia 15 tahun.
Gia menggeleng perlahan.
"Tidak ada uncle. Sejak dia tinggalkan saya, saya tidak pernah dengar khabar dari dia lagi."
"Kamu hendak berjumpa dengan dia?"
"Entahlah. Kalau kami berjumpa sekalipun, entah apa yang akan berlaku. Saya tidak mahu terbeban dengan masalah yang berada di luar kawalan saya, uncle. Dia sudah membuat keputusan untuk berjauhan dengan saya. Jadi tiada sebabnya saya perlu menyusahkan diri untuk mendekati dia lagi. Saya punya kerjaya yang cukup untuk menyara hidup saya. Dan, saya ada Pop, Roger serta rakan-rakan saya untuk menumpang kasih. Rasanya tiada apa lagi yang saya perlukan."
Ronan merenung Gia dalam-dalam. Keikhlasan anak gadis itu benar-benar menambat hatinya.
"Baiklah. Kalau kamu dan Roger bersetuju, bulan depan kita akan melangsungkan perkahwinan kamu. Tunang-tunang ni tak payah. Kalau hendak pakai cincin lebih-lebih, saya belikan tiga untuk kamu. Bagaimana?"
Gia ternganga lagi.
"Tapi uncle... err... itu.. itu..."
"Kenapa? Kamu tidak suka? Atau lambat sangat?"
"Tak. Uncle.. ianya terlalu mendadak. Baru semalam.. saya dan Roger.."
"Saya tahu. Itu bukan soalnya. Aii.. mana pula budak ni. Roger! Luana.. mana Roger dah pergi?!"
"Maaf tuan besar, tuan muda dan puan besar ada di ruang makan."
"Apa yang mereka buat di ruang makan? Panggil mereka ke sini."

YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...