25

40 3 0
                                    

Stranger

Gwen berdiri tegak di hadapan pintu besar dan mewah itu sejak lima minit yang lalu.

Aku ada benda penting nak bincang dengan kau. Datang ke alamat ini. Seorang diri.

Hatinya berbunga-bunga menerima pesanan ringkas dari Giselle. Akhirnya, Giselle sudi berjumpa dengannya itupun selepas seminggu dia keluar dari hospital.

"Puan Gwen?" Gwen sedikit terkejut apabila dia dipanggil secara tiba-tiba oleh seorang wanita.

"Nama saya Martha. Saya yang menjaga Giselle di sini. Mari ikut saya, dia menunggu puan di taman belakang."

"Oh.. baiklah. Apa khabar dia sekarang? Dia sah sihat, betul tak?"

"Puan tanyalah dengan dia sendiri."

"Baiklah. Terima kasih sebab menjaga dia, Martha."

"Sama-sama. Silakan puan, dia ada di sana."

"Okay."

Gwen tersenyum girang sambil mengatur langkah mendapatkan Giselle.

"Hai kak!"

Gwen memeluk Giselle dari belakang kemudian tertawa riang.

"Lepaskan aku." Giselle menepis tangan Gwen, membuatkan Gwen terkejut.

"Erh.. kakak apa khabar?"

"Panggil aku Giselle. Aku tiada adik. Kau faham?"

Gwen semakin tidak sedap hati.

"Okay."

Barulah Giselle mengukir senyuman, itupun senyuman yang agak menakutkan.

"Duduklah, Gwenevere. Terima kasih sebab sudi datang."

"Mestilah saya akan datang. Ka.. erh.. awak apa khabar?"

"Macam nilah. Sihat. Aku tidak pernah sakit pun."

"Apa maksud awak?"

"Maksudnya, aku duduk di hospital tu sebab aku sengaja nak beri masa kepada Brawn untuk mengumpul duit."

"Kumpul duit? Dia nak bawa awak tinggal bersama ke?"

"Kau gila? Siapa yang mahu tinggal dengan dia? Dia dah rompak aku, kau tahu tak? Kau tahu kenapa aku bagi anak aku pada jantan tak guna tu? Sebab aku nak susahkan dia. Aku nak dia terbeban. Tapi, kalau sudah namanya setan, setanlah juga. Tergamak dia tinggalkan anak itu pada orang lain. Kau tahu mana anak tu sekarang?"

"Maaf, tapi saya tidak tahu."

"Kau memang tiada guna. Sudahlah kau berkahwin dengan Ronan, kawan baik jantan tu, lepas tu benda kecil macam tu pun kau boleh terlepas pandang?"

"Kalau awak serahkan anak itu pada saya kan senang? Taklah susah awak nak cari dia."

"Aku cari dia bukan sebab aku nakkan dia balik. Aku cuma nak tanya, kalau-kalau Brawn ada tinggalkan harta karun untuk bayar hutang dia pada aku."

Gwen terpegun. Jadi itu tujuannya?

"Kenapa kau diam?" Giselle segera bertanya.

"Errhh..."

"Kau tak setuju dengan aku? Dengar sini Gwenevere. Aku tidak berminat hendak berbaik-baik dengan anak itu. Aku dah buang dia sejak dia lahir, sebab aku tahu dia hanya akan menyusahkan aku. Lainlah kalau Brawn tidak tinggalkan aku, mungkin aku akan pelihara dia. Kau jangan salahkan aku atas apa yang sudah terjadi."

Gwen gagal menjawab. Sungguh tidak sangka, Giselle tergamak meluahkan kata-kata itu di hadapannya. Giselle seolah-olah menyindirnya secara tidak langsung.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now