14

45 4 0
                                    

The right choice

Roger terjaga apabila telefonnya menerima panggilan.

"Hello, ayah?"

"Kamu ada di mana, Roger?"

"Di rumah Gia. Kenapa ayah?"

"Kamu tak ke pejabat?"

"Errhh.. kejap lagi."

"Baiklah kalau macam tu."

"Okay, jumpa nanti."

Roger menguap panjang namun terlompat dari sofa apabila teringatkan sesuatu. Gia. Lutut Tony ditepuk beberapa kali sehingga orang tua itu terjaga.

"Uncle, dah pagi ni."

"Oh.. Gia mana?"

"Di dalam bilik dialah kot?"

"Kamu panggilkan dia? Biar saya sediakan sarapan."

Roger berkira-kira hendak ke bilik Gia, namun akhirnya mengambil keputusan untuk menelefon sahaja gadis itu.

"Dia tak angkat telefonlah, uncle."

"Yang kau tak pergi.. kejap. Roger, tak usah. Dia dah pergi ke tempat kerjalah."

Tony menghulurkan sehelai kertas kepada Roger.

"Sarapan pun dia dah buat. Kita yang lewat bangun ni."

"Aishh... sakit-sakit pun nak pergi kerja juga?"

"Itulah dia. Giorgia. Anak aku, kebanggaan aku. Kau tunggu apa lagi, kau tak kerja ke?"

"Kerja. Uncle okay kan tinggal seorang di sini?"

"Haii.. haruslah okay. Tempat ni selesa apa? Jangan risaulah. Tahulah aku telefon kau atau Gia, kalau ada apa-apa, okay?"

"Kalau macam tu, baiklah. Saya pergi dulu uncle."

"Iya. Kau tak nak sarapan dulu?"

"Tak. Dah lambat ni!"

"Mandi pun tidak. Apalah budak-budak zaman sekarang ni."

Tony terkekeh mengenangkan telatah Roger. Dia mencapai secawan kopi lantas mengitari ruang tamu kecil Gia.

Gambarnya bersama dengan Gia ketika majlis graduasi tamat sekolah menengah membuatkan Tony tersenyum.

"Anak kau dah besar, Brawn."

Katanya perlahan seraya duduk di atas sofa. Dia tersenyum lagi ketika membelek koleksi vcd Gia. Kalau bukan cerita hantu, cerita komedi.

Dia menggeleng perlahan sambil meletakkan cawannya di atas meja. Ketika hendak mencapai alat kawalan tv, pandangannya tersasar pada sekeping gambar. Gambar Gia bersama dengan Gwen ketika mula-mula bekerja di Gwenz Creations.

"Gwenevere Denilsen."

Dia bergumam perlahan sambil melepaskan keluhan panjang. Dia mencapai cawannya dan membawanya ke sinki.

Selepas menuliskan pesanan di atas sehelai kertas, Tony melekatkannya di pintu peti sejuk.

Dia mengemaskan pakaian dan rambutnya, setelah itu dia meninggalkan apartment Gia.

Bukan sekarang masanya untuk aku bersua muka dengan Gwenevere.

* * *

Central Town

Roger berlari-lari anak menuju ke lobi. Fikirannya tidak lari dari memikirkan Gia.

'Aku ada di cafe'.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now