5

46 7 0
                                    

What to believe

Gia  p.o.v

Sudah dua minggu berlalu. Roger kini kembali meninggalkan kami, tapi kali ini dia berjanji akan selalu datang melawat.

Aku merenung telefon kepunyaan Roger yang kini menjadi milikku. Dia hendak membelikan yang baru untukku, tapi aku menolak. Penyelesaiannya, dia membeli telefon baru untuknya dan aku menggunakan telefon lamanya.

Aku tersenyum.

Memang janggal bila mengenangkan situasi di antara kami.

Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa yang berlaku di rumah Hans dua minggu yang lalu.

Kami diterjah oleh seorang gadis yang cantik. Menurut Hans, gadis itu bernama Kayra. Sepupunya dan juga bekerja sebagai artis dan seorang peragawati. Patutlah cantik.

Tapi bukan itu yang menjadi masalahnya. Aku masih ingat lagi, jika bercerita pasal perempuan, Hans dan Roger lah nombor satu.

Tapi tempoh hari, Roger langsung tidak menunjukkan minat terhadap cerita Hans. Mungkin dia sudah punya teman wanita yang lain, sebab itulah dia tidak tertarik hati.

Mungkin juga.

Baru saja aku hendak ke tandas, telefon ku menerima panggilan.

Boss calling.....

"Hello."

"Gia, kau kat mana ni?"

"Di rumahlah. Kenapa?"

"Kau boleh datang ke pejabat tak sekarang?"

"Sekarang? Alaa.. boss, aku kan off day hari ni? Kena datang juga ke?"

"Iya, Gia. Datang. Ada client nak berjumpa dengan semua designer kat pejabat kita ni. Kau datang tau."

"Okaylah, setengah jam lagi aku sampai."

Apa punya sibuklah. Mana aku nak relex, di situ juga ada klien nak jumpa. Designer di ofis tu kan berlambak, cari aku kenapa?

Dengan segala rasa tidak puas hati, aku bersiap ala kadar.

Masalahnya, kalau tidak ikut perintah, duit tidak masuk. Bila tiada duit, tiadalah makan. Nasib. Nasib.

                               * * *

"Itu pun dia, desinger terakhir yang kami ada. Cepat ke sini, Gia."

"Sorrylah, aku lambat."

Klien yang dimaksudkan oleh boss aku ialah seorang lelaki berperwatakan lembut namun sangatlah bersopan santun.

"Semua dah ada ke?"

Dia bertanya. Boss aku mengangguk.

"Baiklah, nama saya ialah Riviera, boleh panggil saya Vera. Saya datang ke bandar ini sejak dua hari yang lalu semata-mata hendak mencari seorang fashion designer yang layak untuk bekerja dengan majikan saya."

"Kalau begitu, awak interviewlah mereka semua ini."

"Itu sudah tentu. Tapi saya tidak mahu membuang masa bersoal jawab dengan anda semua. Saya punya cara saya sendiri yang lebih adil dan saksama. Baiklah, kita mulakan sekarang."

Vera meletakkan sebuah jam loceng di atas meja dan mengedarkan kertas A4 kepada semua calon yang terlibat.

"Sebagai seorang designer, anda pasti memiliki bakat, identiti dan seni yang tersendiri. Apa yang saya mahu anda lakukan ialah, siapkan lima jenis lakaran beserta dengan huraiannya sekali dalam masa satu jam. Masa anda bermula dari sekarang."

Dear, GiaWhere stories live. Discover now