20

41 4 0
                                    

Party

Gia mengukir senyuman, semanis mungkin. Dia adalah pakar dalam menyembunyikan kesedihan menggunakan senyuman manis.

Party harijadi Baby Lily diadakan di Hotel Akasia. Selepas berbual dari hati ke hati dengan Gwen tempoh hari, barulah dia tahu Gwen mempunyai pertalian saudara dengan Puteri Akasia. Tidak hairanlah, mereka berdua kerap meluangkan masa bersama. Setiap majlis keraian yang dianjurkan oleh Gwen juga diadakan di Hotel Akasia, hotel kepunyaan Puteri Akasia. Kaya sungguh!

Ayahnya, Marcelus Denilsen merupakan saudara sepupu dengan Putera Henry, ayahanda kepada Puteri Akasia.

Gia dilanda keresahan yang hebat. Dia tidak pernah berada dalam lingkungan orang-orang kenamaan.

Setiap hari dia hanya berperang dengan pensil dan kertas kerjanya. Malam ini pula, kehidupannya seolah-olah memasuki satu fasa yang baru.

Fasa bersua muka dengan orang kenamaan. Entah bagaimana suasananya.

"Cik, kita dah sampai. Tuan Roger ada di lobi hotel untuk menunggu ketibaan cik."

"Erh.. Roby, boleh tak kita pergi bersama?"

Pemandu yang bernama Roby itu tertawa.

"Cik, itu tidak mungkin akan berlaku. Jangan risau, pengawal keselamatan ada di mana-mana. Cik pasti akan selamat."

"Baiklah, terima kasih."

"Cik boleh menghubungi Tuan Roger sekiranya cik masih merasa was-was. Kita boleh tunggu Tuan Roger di sini."

"Ya, kamu betul. Saya akan call dia. Kita akan tunggu dia di sini."

Selepas menunggu kira-kira lima minit, Roger muncul membuatkan Gia tersenyum lega.

"Kau tak apa-apa?"

"Tak. Okay ni. Terima kasih Roby."

"Sama-sama cik."

Roger memeluk bahu kekasihnya itu menuju ke lobi hotel.

"Ramai orang tak?" Gia bertanya.

"Ramailah juga. Kau tahulah bila Gwen dan Puteri Akasia membuat party, mahu dijemputnya semua rakyat jelata."

"Err.. ada.. ada puteri di sini?"

"Jangan risau sangatlah. Puteri Akasia tu sebaya dengan Gwen. Sepupu dia, lebih tepat. Tidak sombong dan dah lama nak berjumpa dengan kau."

"Ke.. kenapa pula?"

"Dia asyik bertanya bila aku nak kahwin. Selalu nak suruh Gwen bawa bakal menantu. Hari ni barulah dapat tunaikan hajat dia tu."

"Oh.. Kayra tak pernah berjumpa dengan puteri tu ke?"

"Kenapa pula?"

"Kayra kan..."

"Tak ada maknanya. Oh ya.. Kayra ada di dalam dengan teman lelaki dia. Kalau tidak silap lelaki tu seorang pelakon, namanya Carly Dibson."

Gia terpaku. Lengan Roger dipaut erat.

"Jangan risau, kau boleh duduk dengan Gwen kalau kau mahu. Di sana Kayra tak boleh apa-apakan kau. Lagipun, Puteri Akasia memang pantang kalau ada orang membuat kacau di majlis anjurannya."

"Okay. Kau.. kau nak duduk di mana pula?"

"Aku kena berjumpa dengan rakan-rakan yang datang, sayang."

Gia mengukir senyuman.

"Okay. Aku akan duduk dengan Gwen."

"Semuanya akan baik-baik saja." Gia mengangguk perlahan. Perasaannya berbunga-bunga apabila Roger mengucup dahinya.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now