38

25 3 0
                                    

The truth

Marisa a.k.a Giselle merengus kencang. Berapa punya bodohlah!

"Aku nak kau bawa Brawn ke tempat ni. Kalau kau gagal kita takkan dapat duit tu. Kau faham tak?"

"Kerja senang, kau sabar sajalah. Yang kau menggelabah ni kenapa?"

"Aku tidak boleh lari lagi, Marisa. Giorgia dah perangkap aku."

"Bodohlah kau ni. Senang macam tu je dia perangkap kau? Kau di mana sekarang?"

"Aku ada di tandas awam kilometer 55 dekat highway lama ni. Kau jangan tak datang pula."

"Yelah."

Marisa mematikan talian seraya membentuk semula senyuman di wajahnya.

"Kenapa tu? Ada yang tidak kena ke?"

"Err.. okay je, cuma ada kawan yang perlukan bantuan ni."

Marisa meleretkan senyuman ke arah temannya itu. Carly a.k.a Brawn mengangguk kecil. Dia melambai ke arah pelayan untuk membayar bil.

"Kita nak ke mana?"

"Kita pergi tolong kawan awaklah."

"Oh.." senang sangat ni. Kau memang tidak berubah Brawn. Muka kau bolehlah kau tukar, tapi perangai setan kau itu tetap melekat dengan diri kau sampai bila-bila pun.

"Tapi tempat tu jauh. Mungkin saya boleh pergi dengan teksi je, tak pasal-pasal menyusahkan awak pula."

Marisa cuba bermain tarik tali, namun Carly sudah nekad.

"Please Marisa, saya nak temankan awak sepanjang hari ini. Okay, mari."

"Okay." Marisa mengangkat bahu apabila umpannya sudah mengena.

* * *

Gia menghidupkan alat pembesar suara serta alat pengesan yang dipasang di badannya. Kedua-dua alat itu hanya sebesar biji beras dan amat sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Pembesar suara itu diselitkan di antara gelang tangannya. Manakala alat pengesan itu pula disembunyikan di dalam bajunya.

"Kenapa tak pasang kamera sekali, kan lebih banyak input yang kita dapat?"

Gia bersuara.

"Actually, that speaker two in one Gia. Its also have a camera on it."

"Bagus. Sekarang macam mana aku nak pastikan kamera ni tidak bergerak banyak sangat? Yang korang pasang speaker ni di gelang tangan aku kenapa?"

"Kau ada pin tak? Pindahkan gelang tangan kau tu ke leher baju kau."

"You are fashion designer Miss Forest. You always have a creative idea for new look."

"Bagi aku sikit masa."

"Ten minute Miss Forest. Sam and Liam is almost there. Its mean, our suspect is also near you right now."

"Siap ni. Okay sekarang apa? Macam mana kalau doktor tu bawa pistol?"

"Kami akan dapat kesan sekiranya dia ada membawa senjata api. Sam dan Liam akan maklumkan dengan kami."

"Okay. Sekarang aku hanya perlu tunggu, kan?"

"Ya Gia, dan bawa bertenang."

Gia p.o.v

Macam mana aku nak bertenang? Aku bakal berdepan dengan orang yang selama ini menganggu kehidupan aku? Bagaimana kalau aku tersilap langkah lalu terbunuh orang itu?

Dear, GiaWhere stories live. Discover now