surprise
Gia p.o.v
Akhirnya kami tiba di rumah Hans setelah memandu lebih kurang 40 minit dari rumahku.
Seperti yang dijanjikan, Mila, Chris, Jeny, Teddy, Alia dan Hans berada di halaman rumah untuk menyambut kedatangan kami.
Mujurlah, Roger tidak memimpin tanganku seperti semalam, kalau tidak mesti menjadi bahan gurauan oleh teman-teman yang lain.
"Kau ada beli barang yang aku pesan tak?"
Hans bersuara.
"Ada, ni. Adoii.. penat betullah badan aku. Kenapa kau tak buat tempat berbaring di luar ni?"
Hans memandang Roger dengan pandangan pelik.
"Kau buat apa semalam sampai sakit badan?"
Kata-kata Hans membuatkan yang lainnya ketawa besar.
"Kau gila ke apa? Gia bawa aku bertinju di gym dialah. Hendak mati dia tinjukan aku. Konon nak balas dendam sebab dulu aku selalu buli dia."
"Padan dengan muka kaulah. Baru kau tahu ertinya sengsara dibuli. Kau jangan nak main-main dengan Gia sekarang ni. Patah riuk tulang belulang kau nanti."
Ha ha ha
"Sampai hati ke kau nak patahkan tulang aku?"
"Bergantung kepada keadaan."
"Selamat. Nasib kau baik sebab Gia sayangkan kau. Kalau tidak dah lama aku belasah kau ni."
Teddy mencelah membuatkan Gia terbatuk air sirapnya.
"Laa.. tersedak pula. Lemah semangat betullah kau ni Gia. Tabah sikit boleh tak?"
Roger menepuk lembut belakang Gia sambil menghulurkan sehelai tisu.
"Wah.. sejak bila pula kau begitu bersopan dengan Gia, Roger? Seingat aku tak pernah kau layan dia macam tu dulu."
Mila mencelah.
Roger tidak segera menjawab. Dia memandang Mila kemudian tersengih sendirian.
"Entahlah Mila. Aku rasa dah tak sesuai kalau aku buli dia ini lagi. Kau tengok sajalah, dia dah besar panjang lawa pula tu."
"Baguslah kau sedar dia dah besar panjang sekarang ni. Kau ingat Roger, sekali lagi aku tahu kau sakitkan hati Gia, aku sendiri akan kerjakan kau."
"Betullah tu. Jangan sebab kau dah tambah kacak, kaya, suka hati kau saja nak kenakan orang."
Alia menambah.
"Sudahlah tu, korang ni melebih-lebihlah. Kalau dia nak buli pun korang ingat aku akan biarkan? Cubalah kalau berani."
Chris tersenyum.
"Okay, cut! Sayang, awak pergi bawa girls gang awak ni buat air di dapur. Biar saya dan jantan-jantan ni semua panggang semua ni."
"Kau memanglah, Chris."
Teddy menggeleng perlahan. Sementara itu Roger terkulat-kulat apabila menjadi sasaran kemarahan girls gang itu tanpa diketahui sebabnya.
* * *
"Kau tak tinggal lagi dengan ayah kau di rumah tu? Sejak bila, Gia?"
Mila bertempik. Chris terpaksa memegang bahu isterinya itu.
"Dah lama. Aku pun tak tahu kenapa dia tinggalkan aku."
"Tapi kenapa kau tak beritahu dengan kami? Kalau jadi apa-apa dengan kau macam mana?"
Jeny mula beremosi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Gia
قصص عامةTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...