Life begin (3)
Akhirnya perkara ini terjadi. Kau tinggalkan aku demi kisah silam kau.
Kita saling mencintai tapi kau pilih untuk melukakan aku. Kau tinggalkan percintaan kita.
Brawn, alangkah bagusnya kalau kau pilih untuk melupakan mereka.
Aku tidak kisah hidup susah asalkan bersama-sama dengan kau.
Tapi sekarang kau sudah pergi buat selama-lamanya.
Bagaimana aku hendak teruskan hidup? Bagaimana dengan bayi yang sedang aku kandung ini?
Kenapa kau tinggalkan aku?
Apa yang akan terjadi kepada aku dan anak ini kelak?
Kita sepatutnya hidup bersama sebagai satu keluarga. Itulah rancangannya tapi kau rosakkannya.
Aku tidak menyesal sebab mencintai kau. Aku akan jaga anak ini sebaik mungkin.
Itu janji aku.
Selamat tinggal, Brawn.
Kayra mengesat air matanya. Berita kematian Brawn membuatkan dia hampir-hampir membunuh diri.
Dia tahu Brawn telah melakukan pembedahan plastik ke atas wajahnya. Dia juga tahu identiti wajah baru Brawn. Tapi itu bukan masalahnya.
Brawn sudah berjanji akan menjaganya seumur hidup. Itu sudah lebih dari cukup untuk meletakkan ke tepi masalah yang lain.
Lebih penting lagi, dia sedang mengandung.
Kalaulah dia sempat berjumpa dengan Brawn, keadaan pasti berbeza. Brawn pasti tidak terjebak dengan wanita itu.
Kalaulah dia tidak bersembunyi terlalu lama.
Kayra menangis teresak-esak di hadapan pusara Brawn yang masih merah.
Penyesalannya tidak bertepi. Dia menyalahkan diri di atas apa yang telah berlaku kepada Brawn.
Kalaulah dia tidak meninggalkan Brawn...
* * *

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...