Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Pinn!Pinn!Pinn!
Bunyi hon di luar rumah mengganggu konsentrasi Dee yang khusyuk melayan drama tv.Timbul rengusan kecil dari bibirnya.Pantas,dia menjengul kepalanya melihat gerangan yang menghon dari luar rumah.
"Poslaju rupanya."
Gumam Dee perlahan.Dia bingkas bangun dari sofa lalu bantal petak dilempar ke bawah.Laju dia berlari mendapatkan abang poslaju itu.
"Intan Diana Hadif?"
Soal abang poslaju itu.Dee angguk laju.
"Nah,sign."
Dee mengambil pen dari abang poslaju itu lalu dia menurunkan tandatangan pada kertas yang dihulurkan abang poslaju itu.Selesai menandatangan,Dee menyerahkan kembali.
"Alright.Nah."
Abang itu menghulurkan sampul surat berwarna putih yang tertera namanya.Dee menyambut huluran itu sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah.
Dee terus melompat duduk ke atas sofa.Surat tadi dibuka lalu dia baca teliti.
***
Intan Diana binti Hadif.
376,Jalan Permata Indah ,Taman Harmoni Seksyen 30,
40460 Shah Alam,SELANGOR DARUL EHSAN .
Tahniah,Cik Intan Diana.Anda telah ditawarkan satu kekosongan di syarikat kami.Berikut butiran butirannya.
NAMA SYARIKAT : AZE SDN.BHD
JAWATAN : Marketing Officer
ALAMAT : Kota Kinabalu,Sabah
TARIKH TEMUDUGA : 3/9/2017Sebarang pertanyaan,sila hubungi ibu pejabat 08-3760000 atau layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut .
***
Ternganga Dee membaca surat itu.Mulutnya ditekup perlahan.
"Ya Allah,aku mimpi ke ni?!"
Dee menampar pipinya perlahan.Mahu tahu adakah ini mimpi.
"Ni bukan mimpi.Terima kasih,Ya Allah.Alhamdulilah.."
Dee mengucap syukur.Tiba tiba fikirannya menerawang teringatkan Puan Akma.
"Takkan aku nak tinggalkan mama.Sabah bukannya dekat.Ya Allah..."
Dee terkenangkan Puan Akma.Wanita itu disahkan menghidap penyakit lemah jantung tiga bulan lepas.
Surat tawaran itu diteleknya buat kesekian kali.Lama lama,tangannya dibawa ke dahi lalu diurut perlahan.
Buntu!
Itu yang mampu menggambarkan situasi Intan Diana tika ini.Antara kerjaya dan ibu,yang mana lebih penting?
"Dee,menung apa tu?"
Soal Puan Akma.Dia mengambil tempat di sisi anak dara tunggalnya.Batuk kecil mula menjadi muzik latar belakang perbualan mereka.Pantas Dee mengusap belakang Puan Akma lembut.
"Takde apalah,mama.Dee cuma teringatkan drama tv.Dah banyak episod Dee terlepas."
Bohong Dee.Dia ketawa kecil.Surat tawaran itu dia selitkan di belakang tubuh.
"Dee,Dee.Drama aje tau!Hmm,Dee.Dah makan?Kalau belum jom mama siapkan."
Puan Akma mengusap tangan Dee.Anaknya menayang senyum lebar.
"Belum,jomlah kita makan."
Dee terus memimpin tangan Puan Akma ke dapur.Wajah tua itu tersenyum gembira.
Mama,macam mana Dee nak tinggalkan mama untuk pergi ke Sabah?Dee belum kejam.Biarlah Dee korbankan kerjaya Dee demi mama yang membesarkan Dee.I just cannot bear to lose you in my life.
Aisy memandang sepi iklan di atas mejanya.Dia sudah pening kepala memikirkannya.
***
Syarikat Budi Emas- JAWATAN KOSONG -
PENGAWAL PERIBADI DIPERLUKAN SEGERA .
✔ GAJI BERSIH RM10 XXX .
✔ ELAUN MAKAN , TEMPAT TINGGAL , BIL TELEFON DAN PENGANGKUTAN.
✔HARI BEKERJA MENGIKUT MAJIKAN
✔MEMPUNYAI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI .
✔BIJAK MENGGUNAKAN SERTA MENGAWAL SENJATA API .
✔TIDAK GENTAR MELAWAN MUSUH .BERMINAT ? TELEFON SEGERA 03 XXX XXX . ATAU HANTAR RESUME ANDA MELALUI EMEL SYARIKAT www.budiemascorporation@gmail.com .
***
"Lia!"
Panggil Aisy melalui interkom.
"Yes."
Jawab PAnya,Dahlia.
"Masuk office aku kejap."
Apabila mendengar respon Dahlia,Aisy terus mematikan talian interkom.Dia bersandar pada kerusinya.
"Gaji RM900 bising.Gaji RM10 000 pun tak cukup ke?Huh,gila!"
Tok!Tok!Tok!
"Masuk."
Pintu bilik dikuak perlahan.Terjengul wajah putih bersih Dahlia.
"Duduk ah."
Dahlia akur.Dia duduk sebelum membetulkan tudungnya.Wajah cemberut Aisy turut dipandang.
"So?"
Aisy menunggu respon Dahlia untuk soalannya.
"So?What so?"
Aisy merengus kasar.
"Interview?"
"Ohhhh."
Tarik Dahlia panjang dengan semangat.
"Belum ada lagi!"
Jawapan Dahlia buat Aisy mengeluh geram.Ah!Dia ni kan!
"Aku cekik jugak kau ni,Lia.Bunyi macam ada dah orang datang apply.Habis macam mana?"
Aisy makin bingung.Dia menongkatkan dagunya.
"Macam mana,macam mana apa?"
Saja Dahlia buat buat bodoh.
"Tolonglah,Lia.Dah sebulan kut kita iklankan vacancy ni.Asal takde yang apply?Apa surat khabar ni orang tak beli ke?"
Simpul Aisy.
"Hmm,entah.Tunggu jelah.Bukan rezeki kau lagi kut.."
Ringkas saja Dahlia menjawab.Ia mengundang jelingan maut Aisy.
Sayangku Mrs.Yusuf ,
15 Oktober 2017 .
*****
This is my fourth story . Keep on supporting me yah ? Maaf kalau prolog ni hambar . Tapi cerita ni Insha Allah akan menghiburkan my lovely readers 💕 .

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
Ficção GeralROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...