Nama aku Hakimah Binti Nik Adam Razali. Percaya? Tipu saja. Nama aku Irena Airish. Pandai-pandailah lidah kau orang nak sebut. Umur baru 17 tahun.
Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki di sekolah baru selepas sebulan lebih sekolah tutup disebabkan cuti akhir tahun.
Kalau dulu, aku masuk sekolah untuk hari pertama, pasti akan disambut dengan tepung dan telur ayam. Sekolah lama yang bersepah dengan manusia same-pah.
Namun, hari ini segalanya berubah. Aku seperti anak cicak yang baru keluar daripada telurnya, merayap-rayap di siling rumah manusia.
Semuanya baru. Manusia baru. Bangunan baru. Kelas baru. Kantin baru. Cikgu baru. Mangkuk tandas baru. Eh, perlu ke bagitahu? Lantak.
Aku berjalan seorang diri melepasi pintu pagar sekolah sebesar rumah gajah. Atau mungkin lebih besar. Semua orang riuh bercerita sesama sendiri. Hanya aku yang jalan seorang diri.
Apa yang boleh aku simpulkan di sini, sekolah ini memang sekolah untuk budak-budak kaya sekaya roti kaya. Sesiapa mak bapak dia ada pangkat datuk atau datin depan nama tu sudilah mendaftar nama ke sini.
Tengok dari model kereta yang mereka naiki, memang boleh tahu anak jenis apa dia orang ini. Kereta paling koman yang aku nampak setakat ini ialah kereta BMW 3 series.
Mujur aku tak noob sangat. Keluarga aku pun boleh tahan kaya. Sesuai la kot datang sekolah mewah tahap jingga ni dengan Kawasaki Ninja hitam aku ni.
Aku bergerak ke tapak perhimpunan memandangkan semua pelajar aku tengok pergi ke situ. Kalau di sekolah lama, kami para pelajar terus masuk ke kelas dan jalankan misi bersihkan kelas sehingga boleh nampak tahi mata kau melalui tingkap.
Tangan naik menggaru kepala yang ditutupi tudung putih. Sebenarnya dari tadi aku perasan yang banyak mata memandang aku pelik. Mungkin sebab baju aku lain dari yang lain.
Ini semua daddy tersayang aku punya pasal. Dia yang suruh aku pakai baju sekolah lama dahulu sebab dia lupa nak buatkan baju baru untuk sekolah baru aku ini. Akhirnya, muka aku yang terpaksa tampal dengan batu bata.
Masalahnya sekarang, mana barisan kelas aku? Semua kerusi aku tengok sudah diisi dengan pelajar-pelajar. Sekolah ini pelik sikit. Perhimpunan dijalankan di dewan tertutup yang terpasang sepuluh buah pendingin hawa dan setiap pelajar dan guru disediakan kerusi.
"Err..excuse me. Tumpang tanya. Mana eh kelas 5 Diamond?"
Terpaksa aku ringankan mulut menyoal seorang gadis yang berambut tocang satu. Dia memandang aku atas bawah. Serba salah aku tengok budak ni. Boleh cakap ke tidak? Atau dia pekak?
"Budak baru ke?"
Aku menghela nafas lega. Mujur pancaindera dia masih bsrfungsi dengan lancar. Kalau tak, memang mengalir air liur aku tengok dia berbahasa isyarat.
"Yup. Budak baru."
"Oh. No wonder baju pun lain. Bila masuk?"
Aku menggaru kening. Aku tanya dia pasal barisan kelas aku aje. Banyak soal pula budak ni. Kaki aku dah nak tersimpul kasih dah ni.
"Since sekolah pun baru mula hari ni, tak akan aku datang sini tahun depan kan? Haha."
Gadis itu memandang aku tak berkelip. Aku rasa aku dah buat lawak tadi. Kenapa dia tak gelak? Atau mungkin kotak ketawa dia rosak? Sadis hidup dia.
"Oh. Lupa. Tu barisan 5 Diamond."
Gadis itu menunding jari pada satu arah. Pantas mata cantik aku memanah ke arah yang ditunjuk. Tak jauh sangat dengan tempat yang aku tengah berdiri.
YOU ARE READING
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...