◾ 02 ◾

12.6K 1K 252
                                        

Selepas penat separuh hari menyumbat ilmu dalam otak, aku dan rakan sejagat melangkah keluar daripada kelas serba boleh ini selepas telinga menangkap bunyi loceng.

Untuk pengetahuan anda semua, loceng sekolah ini bukan berbunyi krinngggg.. yang selalu bikin jantung aku menari ballet itu. Bunyi loceng sekolah ini amatlah membuai bulu telinga aku. Lembut mendayu-dayu saja.

Pada mulanya aku tak tahu pun yang itu bunyi loceng. Aku ingatkan bunyi loceng panggil ayam masuk reban. Tak. Aku melawak saja.

Aku ingatkan nada dering cikgu yang mengajar kami. Baru aku terdetik dalam hati, noob gila cikgu ni. Zaman serba serbi moden ni dia masih pakai nada dering loceng.

Nampaknya aku kena minta maaf dekat cikgu ni sebelum habis hari raya tahun ni. Nak minta maaf awal-awal takut lepas ini aku TERkata lagi. TERkata bukan sengaja.

Sekarang aku masih lagi seorang janda yang kesepian. Masih belum ada manusia yang berkenan di hati untuk dipinangi sebagai kawan. Maka, berjalanlah seorang dayang menuju ke arah kantin.

Kepala aku terdongak ke atas, memandang papan perspek yang berwarna hitam. The Gerichte. Aku tak tahu bahasa apa sekolah ini guna.

Aku mula mengimbas suasana kantin sekolah ini. Seperti yang aku jangka. Semua dilengkapi dengan kemewahan.

Percaya atau tidak, setiap kerusi di kantin ini bukan dari besi, plastik mahupun kerusi batu. Tetapi dari span. Bukan semua span. Maksud aku bahagian yang kita labuhkan punggung itu dilapit span.

Aku pandang siling kantin. Mana tahu ada lampu chandelier lagi. Ternyata tiada. Namun, yang ini lagi membuatkan rahang aku longgar.

Bumbung yang terbuka berbentuk bunga dan ditutupi dengan bumbung lutsinar. Aku boleh nampak burung-burung tengah lawan aci ligan terbang. Lupa nak cakap, kantin ini asing dengan bangunan sekolah. Memang satu-satunya saja dekat sini. **hiperbola sangat tak? Hah lantak. Haaha**

Di setiap meja, tergantung kipas panjang. Sangat cantik dan tak perlu lagi aku berpanas terik, berhujan badai lepas ini. Masing-masing ada kipas sendiri.

Aku melangkah masuk ke dalam kantin dengan teragak-agak. Lantai kantin ini sangat bersih. Boleh betulkan tudung lagi dengan hanya memandang lantai. Aku pun was-was sama ada lantai ini ada bakteria atau tak.

Aku mendekati tempat membeli makanan. Mujur tak ramai. Macam mana nak ramai kalau bahagian makanan pun banyak. Macam-macam ada. Dari makanan jenis goreng sehinggalah ke pencuci mulut.

Selera aku mati hari ni nak makan makanan berat. Nafsu teruja aku berjaya melawan nafsu makan aku. Eh, teruja ada nafsu ke? Siapa tahu?

Jadi aku melangkah ke arah pencuci mulut. Mata aku bakal keluar bentuk hati. Macam-macam jenis pencuci mulut terhidang. Buatkan tekak aku bertukar jadi tekak Gopal. Aku memandang senarai menu yang tersedia.

Blackforest Cheesecake
Red Velvet Cheescake
Mint Oreo Cake
Tiramisu Cake
Chocolate Espresso Cake
Dark Chocolate Cake
Chocomint Ice Cream
Oreo Vanilla Ice Cream
Chocolate Chip Cookie Ice Cream
Coconut Milk Ice Cream

Aku dah kering air liur nak baca semua menu yang ada. Itu baru separuh yang aku baca. Masih banyak lagi yang menunggu giliran untuk disebut. Namun, malangnya lidah aku dah hampir berbulu.

Selepas memikirkan menu yang bakal merentasi skala esofagus, aku memilih untuk membeli Red Velvet Cheesecake sahaja. Cukuplah untuk hari ini. Selesai membayar, aku bergerak pula ke arah minuman.

Lagi rambang mata aku apabila melihat menu yang ada. Banyak betul minuman yang menjadi kegemaran aku selama 16 tahun 5 bulan ini. Masa aku masih bayi pun aku tak minum susu. Aku lebih memilih air mocha. Auta.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang