▪ 33 ▪

6K 473 395
                                        

             "Woih! Kau mamun apa? Aku depan mata kau pun still ingat lelaki lain?"

             Ajwad menolak kepala aku yang sudah ditutupi helmet fullface. Helmet aku buka dan wajah Ajwad aku pandang. Masih sihat walafiat. Kakinya pula aku pandang. Satu. Dua. Cukup!

             Ini tak boleh jadi. Aku nampak sesuatu yang buruk akan jadi kat budak ni kalau dia naik dengan aku.

             Ya, aku memang boleh nampak masa akan datang. Tapi, bukan ke depan sangat la masa depan tu. Setakat ni hanya tiga jam akan datang.

             Aku dapat gifted ni sejak umur 10 tahun. Kalau dulu, aku agak itu hanya kebetulan. Sebab kalau aku ternampak benda buruk berlaku, dalam beberapa minit selepas itu, benda tu akan terjadi.

              Mungkin dulu aku masih budak-budak. Jadi, aku tak ambil kisah dan aku enjoy dengan life kanak-kanak aku. Tapi, lepas aku ambil UPSR baru aku bagitahu mak aku. Dan baru aku tahu aku tak gila. Macam Goblin, kan? Well, aku pun ada rupa. So, tunggu kemunculan Goblin dua dengan Arjuna sebagai hero.

             "Juwad, kau balik je la dengan abang kau."

             "Alaaa. Tak nak."

             "Jangan nak gedik mengada-ngada dekat sini. Geli ketiak aku dengar."

            "Kau bawak aku tak trauma."

            Ting!

           Ayat tu. Telinga seperti mendengar bunyi jarum di tembak. Dan cahaya memancar. Alahhhh, macam cahaya yang keluar dalam Detective Conan masa dia dapat tau siapa pembunuh sebenarnya tu. Tak tengok DC, blah sana.

             "Aku nak palau kau hari ni. Sebab kau cukur bulu ketiak aku time aku tidur tadi, kan? Kau tak tahu ke aku bela baby lutiak ni sejak bulan lepas?"

              Aku mengetap bibir kuat. Panas hati bila sedar-sedar je aku tangan lengan sebelah kanan terasa ringan je. Baru nak pakai balik baju kemeja dekat badan, aku nampak ketiak aku suci murni. Hangin satu badan.

             Ajwad tersengih panjang. Tangan naik menggaru-garu belakang kepala. Motor aku hidupkan semula. Ajwad bertindak untuk memanjat belakang aku. Namun, cepat-cepat aku undurkan punggung aku ke belakang.

             Penuh seat motor dengan badan aku. Dapat bayang tak macam mana aku duduk? Badan condong ke depan, punggung ke belakang. Bawak motor gaya menonggek. Nasib punggung aku keluaran flat. Tak buncit macam lelaki lain.

             "Janam punya member. Aku sumpah kau jadi kodok."

            Ajwad menolak kuat kepala aku. Sebelum dia melarikan diri, sempat aku menampar kuat belakang badan dia. Lantak kau la paru-paru pecah ke apa. Nasib ilmu aku kena gam dah dalam otak.

             "Abang Juna.."

             Ah, sudah. Suara langsuir mana ngorat aku ni? Aku kalih tepi, kosong. Kalih kanan, zero. Kalih belakang pulak, sifar.

           Aku menelan liur. Jantung sudah berlari kejar bayang-bayang. Aku dongakkan kepala perlahan-lahan.

           Mata terus menangkap satu lembaga putih sedang bertenggek sedap di dahan pokok. Dia memandang aku tanpa perasaan sambil mengusap rambut sendiri sambil mengumum kecil. Bodoh!

             "Abang, nak tumpang. Rumah jauh."

             "Pergi balik neraka la, setan."

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang