▪ 49 ▪

5.2K 362 78
                                        

                  "Memandangkan hari rabu dah bermulanya SPM dan harini pulak hari terakhir kelas kamu dengan saya, saya nak ucapkan good luck untuk semua. Saya dah sehabis daya bimbing kamu sejak tahun lepas, apa yang saya harapkan kejayaan kamu semua. Bukan kejayaan bagi subject saya je. Tapi kejayaan bagi semua subject yang kamu ambil. Ingat. Ini perjuangan yang kamu pikul banyak harapan. Jadi, berjuang sehabis baik. "

               Cikgu yang mengajar kami subjek Fizik itu mula memberi kata-kata terakhir beliau sebelum pergi buat selamanya. Tipulah kalau tak rasa sebak langsung dekat dada ni. Cikgu inilah yang kami jumpa tiap minggu. Cikgu inilah yang paling kuat membebel. Walaupun garang nak mampus, namun beliau tetap comel. Rasa nak picit sahaja perutnya.

               Aku pandang pula wajah-wajah yang berada di sekeliling aku. Wajah hang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi yang dapat aku saksikan. Kurang dari tiga minggu sahaja masa yang aku ada bersama mereka. Aku pandang kelas aku. Hari ini merupakan hari terakhir aku duduk di atas kerusi. Kali terakhir aku belajar di dalam kelas.

               Setahun bagaikan seminggu sahaja rasa. Aku mengeluh kecil. Rindunya nanti nak melangkah masuk ke dalam kelas sambil kutuk Emy. Rindu nak gaduh lagi dengan Ramlah Oppo itu. Dan yang paling penting, rindu nak tidur lagi dalam kelas.

             "Akhir kata dari saya, jaga diri kamu bila keluar dari alam persekolahan. Jaga maruah keluarga. Jaga akhlak kamu. Saya menyusun sepuluh jari andai saya berkasar dengan kamu semua. Saya halalkan ilmu yang saya sampainya. I wish you all best of luck."

            "Hukk hukkk.... Huuuu... Huuuuuu..."

             Aku yang sedang berusaha gigih menahan air mata dari bergolek keluar dari mata terbantut terus apabila telinga aku dapat menangkap bunyi seseorang menangis sambil tersedu-sedan. Aku pandang tepi. Emy sedang mengelap air matanya dengan tisu. Wow, pantas betul air mata dia buat kerja. Air mata aku pun baru sahaja get ready nak keluar.

            "Kau apa hal meraung dekat sini?"

            "Huuuuu... Aku sedih sangat ni. Huwarghhhhhh ibuu!"

            Makin kuat raungannya. Terus semua mata memandang kami termasuk juga cikgu. Kami dipandang seperti Emy ini sedang membunuh orang. Ngeri pulak aku tengok.

             "Erkk..."

             "Huwarghhhh.. Ibuuu!!"

             Aku menampar dahi. Memalukan betul la minah ni. Terus aku tekan kepala Emy ke bawah. Mulut yang ternganga luas itu aku sumbat dengan tuala aku sendiri. Aku pandang cikgu dengan senyuman manis. Kepala Emy aku gosok-gosok, acah kawan mithali sikit.

             "Sorry, rindu mak dia ni. Teruskan, cikgu."

             Semua kembali memandang ke arah cikgu sebelum loceng sekolah menjerit kuat. Lega! Emy ni kacau mood betullah. Baru je tadi aku rasa sayang sungguh nak tamatkan waktu kelas. Namun, selepas raungan langsuirnya itu, terus rasa tak sabar nak blah dan rendam Emy dalam tasik. Tahap sedihnya tu macam kena tinggal dengan suami.

             "Okay, semua boleh kemas barang dan boleh balik."

              "Terima kasih, cikgu. Halalkan ilmu yang cikgu sampaikan kepada kami. Doakan kami dipermudahkan urusan."

             Fendi selaku wakil bagi kelas kami berdiri dan memberikan ucapan terakhir. Badan yang tinggi itu ditundukkan sedikit. Cikgu tersenyum kecil sebelum dia mengangguk. Selesai bersalam-salaman dengan guru separuh usia itu, semua mula beredar dari kelas.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang