Irena P.O.V
Sejak kes penampakkan jin jantan dan saka bertina dekat kantin haritu, kini sudah seminggu aku tak bersua muka dengan jin jantan itu. Eh lupa. Bukan jin tapi iblis laknatullah!
Bukan jauhkan diri tapi sebab sakit hati. Bukan sakit hati sebah suka tapi sebab tak dipandang. Aku yang sepatutnya duet dengan dia atas pentas tau. Bukan rambut negro tu.
Cikgu tengah mengajar di depan tapi aku memandang ke luar tingkap. Cikgu ni pun satu hal. Kelas ni besar macam separuh padang bola tau. Tapi suara tu macam tengah buat anak. Perlahan macam siput. Mak bapak orang ahhh pun lagi kuat. Eh? HAHAHAHA astaghfirullahalazim. Jangan faham kalau taknak masuk neraka.
Aku masih memandang ke luar tingkap yang bersih berkilau tanpa seurat habuk pun. Aku la tu yang setiap hari cuci tingkap. Tanpa aku, sekolah ni tak akan dapat anugerah sekolah paling bersih peringkat negeri tau. Hargai la aku sementara masih bernyawa.
Mata terpandang seekor tupai yang sedang berlari. Comel betul isi kat bontot dia. Gebu je dengan bulu. Tupai tersebut tetiba berhenti dan memandang aku. Mata dikenyit sebelum dia menebuk buah naga yang aku rasa dia curi daru makcik kantin. Tersentak aku. Gatalnya tupai ni. Kalau dia manusia, mesti rutin hariannya tebuk anak dara orang.
"Irena, sila jawab soalan 1.a."
Nama aku ke tadi? Aku pandang depan. Eh, kenapa semua tengah tengok aku? Anak tudung aku senget ke? Ke tudung aku terkena kuah laksa? Tadi aku rasa aku dah jilat kuah tu sampai hilang bau, warna dan rasa. Insecurity kills the cat!
"Irena! Bangun!"
Akibat terkejut, Emy terkentut kuat. Terus cikgu itu terdiam. Semua pandang Emy dengan mata terkebil-kebil. Emy tunduk dan menjawab soalan sambil bersiul kecil. Disusuli bunyu kentut yang dihasilkan oleh mulut, pura-pura buat beatbox. COVERRRR!!!
Dan....
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAAHHAHAAHHAHAHAHAHAAHHAHABABABABABABABAVABAVAHHAHAHAHAHAHAJSJAHAHUSAHHAHAHAAHJAHAHAHAHAHHAHAHA"
"BAPAK SELEKEH!"
"Perangai seburuk rupa!"
"Beatbox ciritttt!!!"
"Prottt pot pot pot kedebaboommm!"
Riuh kelas dengan gelak tawa semua orang. Aku sebagai rakan yang bertanggungjawab, tumpang gembira sekali. Terus aku menghamburkan ketawa kuat. Lagi kuat dari gelak budak laki. Bapak kelakar sia. HAHAHAHA!
"Weh, Irena. Cover la aku. Asal kau ketawa jugak?"
"Maaf, geng. Lawak kau tak boleh dibendung."
Terus aku tarik buku Emy. Bagus. Dah dijawab habis. Senang kerja aku lepas ni. Terus aku berdiri dengan penuh yakin. Yang lain masih lagi ketawa hebat. Ada yang sampai semput dan terpaksa sedut gasdari inhaler. Kalau mati tu confirm menuju ke neraka terus. Dosa akibat ketawakan aib orang.
"Silent please! Sudah la tu ketawakan orang. Takut nanti Allah turunkan bala. Kentut tak henti korang nanti."
Kelas senyap. Sentap la tu.
"Cikgu, saya nak baca jawapan ni. Dengar tau."
Cikgu itu peluk tubuh. Mata memandang aku. Aku membalas pandangan itu dengan senyuman. Aku dah sedia nak jawab. Pasti benar belaka.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Dla nastolatków[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
