◾ 05 ◾

9K 808 65
                                        

            Aku membelek jadual kelas yang berada di tangan. Memang tabiat aku membelek jadual kelas selepas kelas tamat. Bukan belek saja-saja. Aku mahu meninggalkan buku di dalam laci meja. Ingat aku rajin ke nak bawa buku yang sama setiap hari.

           Tapi aku pelik kenapa hari ini aku balik lambat. Mengikut jadual, kelas tamat pada pukul 2:30 petang kecuali hari Jumaat. Tetapi hari ini kelas tamat pukul 4:30 petang.

            Memandangkan ini minggu pertama aku bersekolah si Virtuoso ini, aku masih bersarang semut dengan rutin harian ini.

          "Err.. Delle, aku nak tanya kau ni."

            Aku menegur seorang gadis yang segak bertudung litup. Memandangkan Emy tidak hadir hari ini, aku terpaksa merajinkan mulut untuk beramah mesra dengan orang lain pula.

            Aku suka pandang Delle ni. Aku bukan serai. Suka tengok gaya dan caranya saja. Lembut dan sopan santun saja. Bukan seperti Emy yang sedikit kasar. Dan aku paling suka tengok warna anak mata Delle. Warna coklat muda campur hijau-hijau sikit. Macam mata Merlin gitu. Tahu Merlin tu siapa? Google sendirilah.

             "Apa?"

             "Kenapa waktu akhir ada subjek MDT? Pukul 3 petang pulak tu. Kita balik pukul 2:30 petang kecuali hari Jumaat, kan?"

           "Oh, kau tak tahu ke setiap khamis kita ada kelas Muzik Dan Tarian?"

           Dan otak aku terus bersarang tebuan apabila mendengar soalan Delle. Bila masa aku sertai kelas karut itu?

           "So MDT tu Muzik Dan Tarian la?"

           Delle mengangguk kecil. Aku ingat selama ni MDT tu Matematik Dan Tambahan. Kalau aku tahu, dah lama aku minta tukar kelas lain masa awal-awal aku masuk sini.

            "So, sekarang ni kena pergi mana?"

            "Sekarang semua budak-budak 5 Diamond dengan 5 Emerald kena tukar baju dulu then makan, solat semua baru pergi studio."

            "Eh, dua kelas gabung?"

            "Kelas 5 Diamond dengan 5 Emerald aje yang terlibat dengan MDT ni."

            Aku hanya mampu mendengar. Delle mula mengemas mejanya. Selesai menarik zip begnya, dia bangun dan mahu beredar. Dia mengalihkan badan menghadap aku yang masih dalam dilema.

            "Irena, tak nak pergi ke?"

            "Hah? Err.. Okay."

            Cepat-cepat aku kemas barang aku memandangkan kelas tinggal aku dan Delle saja. Buatnya makhlus hari itu datang lagi dan tuntut nyawa, mahu murung sampai janda aku nanti.

                 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

              Kami berkumpul di studio seperti yang Delle katakan tadi selepas selesai menukar baju, solat dan mengisi perut walhal aku tak makan pun. Terkena kejutan buaya mana nak ada selera.

             Aku duduk di sisi Delle dan Diandra di dalam studio. Diandra turut serta sebab dia kelas 5 Emerald. Hilang semangat kejakunan aku dengan kemewahan dan kebesaran studio ini disebabkan kelas MDT ini. Mata hanya memandang hadapan.

            "Assalamualaikum dan selamat petang."

            Kami semua menjawab salam yang diberikan oleh cikgu lelaki yang aku sendiri tak tahu apa namanya. Tetapi nampak seperti masih muda. Mungkin umurnya baru dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang