◾ 26 ◾

6K 582 103
                                        

             I malas nak cerita pasal waktu cuti diorang so I skip eh..

            Seperti yang aku cakapkan, exam bakal bermula selepas cuti. Dan otak aku sudah tercemar setelah dua subjek aku sumbat dalam otak.

            Esok pula subjek yang paling aku anti selama aku bergelar 'King Of Student'. Fizik dan Addmath. Aku tak faham macam mana arkitek hadap dua musuh negara ini.

         "Gelombang Electromagnet ialah gelombang.."

          "Kau buat apa, tempoyak?"

          Ian meredah masuk bilik aku yang memang sengaja aku biarkan terbuka. Tangan didepakan dan dia membuat aksi katak terbang. Bergegar satu otak. Cepat-cepat Ian memegang kepala aku semula.

           "Apahal kau ni?"

           "Nanti ilmu kau bercampur-aduk. Esok soalan suruh tambah, kau pergi jawab hukum istinjak."

          Aku menepis tangan Ian. Jawapan mintak kaki. Dia ingat ilmu tu macam bahan kimia ke yang boleh bercampur tu. Dia kembali membaringkan badan sambil memandang aku.

            Aku buat tak tahu. Otak terus menerima maklumat Fizik walaupun aku tak faham langsung tajuk ni. Sonar la ultrasonik la. Tolonglah jangan demand sangat. Masa umur lima tahun dulu aku belajar sambungkan titik huruf tu je. Itupun dikira susah dah.

             "Irena."

            Aku diam.

            "Irena!"

             Ian kuatkan sedikit suaranya. Aku pekakkan telinga.

            "Rena!"

            "Ren."

            "Tempoyak!"

            Aku mengangkat buku dan mengalihkan badan membelakanginya. Bising sangat. Ganggu aku nak fahamkan pengiraan gelombang bunyi ni.

           "Arjuna!"

            Terus aku menghempuk buku teks Fizik yang setebal kening lukis mama ke perut Ian. Tak cukup dengan itu, aku menendang punggung lelaki itu sehingga dia tergolek jatuh.

              "Tahu la kau stok geli-geli Arjuna tu. Tak payah nak kemaruk sampai dalam bilik aku ni."

              "Tak payah la sampai sepak bumper aku. Dah la bumper aku ni sedia kala leper. Lain la bumper kau yang kalah buger king tu."

             "Kau cakap banyak eh? Aku sepak anak kau, terencat sampai tujuh keturunan."

            Ian mencebikkan bibir. Dia duduk di tepi katil sambil menongkat dagu di atas tilam. Dia merenung wajah aku.

            "Kau dah kenapa?"

             "Irena, baru aku perasan yang kau ni cantik juga, kan?"

              "Kalau kau nak bersumbang mahram dengan aku, sorry. Tak berminat. Nyah kau."

              "Kau iras Juna la. Whuttt.."

             Ian bersorak bahagia sambil menepuk-nepuk katil aku. Kurang kuat, dia menepuk laptop aku pulak.

             "Kau nak mat.."

             "Kenapa muka merah-merah ni? Nak Arjuna? HAHAHA"

              Aku meletakkan buku ke tepi dan aku turun daripada katil. Ian pantas berdiri sambil memeluk tubuh. Aku berdiri betul-betul di hadapannya. Kepala aku dongak. Normallah kalau lelaki tinggi walaupun dia adik.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang