SPECIAL CHAPTER II

5.1K 502 99
                                        

🔥🔞 PENCURI IDEA AKAN DI TENDANG SERTA MERTA 🔞🔥

"Hye guys. Irena dah kembali semula ke dalam Virtuoso. So, automatically p.o.v bertukar menjadi Irena p.o.v. Yeayyy, tepuk tangan."

Irena bersorak seorang diri di hadapan camera fon sendiri. Emy memandang gadis itu sebelah mata. Siapa kisah?

"Jadi, bersempena nak cuti raya ni, saya dan Eblees akan turun Sogo pada 15 Jun ini pada pukul.."

"Apa kau mengarut ni, setan?"

Laju saja tangan Emy melempar gumpalan kertas ke arah Irena akibat tak tahap dengan perangai gedik perempuan tu. Terkinja-kinja depan camera macam beruk.

"Eh, aku teruja ni aku dapat masuk balik dalam Virtuoso setelah berchapter-chapter Iblis laknatullah tu amek."

Irena membuat aksi flip tudung sebelum menjeling Emy. Emy menarik hidung ke atas dan sambung menggunting bulu-bulu yang berkeliaran di dahi. Ah bulu-bulu kehidupan.

"Guys, dengar tak bunyi tok.. Tok... Tokk...?"

Semua diam. Telinga pantas dibuka lebar.

Tok... Tok... Tokk...

"Tu bukan bunyi tapak kasut..."

Kami semua berpandagan sesama sendiri dengan biji mata yang nak terkeluar. Jari telunjuk serentak naik ke atas.

"Cikgu Salasilah!"

Semua terus duduk di tempat sendiri dan kepala serentak dijatuhkan ke atas meja. Pura-pura tidur.

"Assalamualaikum."

Qokkk... Qokkkk.. Wurururu.. Qokk...

Kelas bising dengan bunyi dengkuran. Bayangkan eh bunyi macam dalam doremi tu. Alaa, cerita P.Ramlee dulu dulu tu. Abaikan.

Cikgu Salasilah melangkah masuk ke dalam sambil membawa kertas bertingket-tingket. Tunggu dia nak buat breakdance pulak.

Satu...

Dua...

Tiga...

"Yow.. Wassup? Erhh.. Yeahh.. Breakdance bertingket-tingket. Breakdance bertingket-tingket."

Cikgu lanjut usia itu menyeretkan kakinya ke lantai sambil menyanyikan lagu Breakdance bertingket-tingket. Tak la. Yang nyanyi tu Fendi. Bukan apa. Cikgu tu jalan spesies seret kasut. Malas nak angkat kaki.

"Bangun-bangun. Apa ni dah form five tidur lagi." *Ya Allah berdosa rasanya aku tulis part ni HAAHAHAHAH budak sekolah aku je tahu and aku tau ada budak sekolah aku baca gak story aku ni kan? Sorry cikgu HAAHHAHAAAHAHAHAHAH*

Semua mengangkat kepala dan pura-pura menggeliat. Ada yang menguap keluar bunyi macam badak sumbu.

"Laaa.. Cikgu Salasi.. Siah ke? Ingat ibu musang tadi. Baju serba serbi orange." *YA ALLAH AKU INSAF LEPAS NI SRS*

"Dah. Semua bangun. Mak ayah hantar kamu datang sekolah bukan untuk tidur. Dah tahu cikgu tak masuk tu, buka la buku. Buat ulang kaji. SPM dah nak dekat. Bukan buang masa dengan tidur. Masa itu emas. Kalau tak kejar dia, dia tak akan tunggu kita. Kamu ni pelajak. Kena rajin belajar. Pelajak yang baik adalah pelajak yang mendengar kata. Kalau dari sekarang tak mahu usaha..."

Semua menayangkan muka paling bosan pada abad ini. Fendi menongkat dagu dan menutup mata. Matanya selamat ditutupi dengan cermin mata DIY. Dia masih ada akal lagi la nak tidur depan cikgu bawang ni. Cermin mata eco dia tampal dengan gambar mata manusia. Tak kantoi.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang