"Emy, ada penghantar saka kirim salam dekat kau."
Selamba aku memberi tahu kepada Emy yang sedang menyapu sampah. Rajin betul minah ni bertugas. Aku yang kena susun meja ni pun tak pernah sentuh meja sendiri.
Tetapi aku pernah terbaca yang setiap tugasan merupakan tanggungjawab. Setiap tanggungjawab akan dihisab walaupun sekecil zarah. Dan aku rasa sedikit insaf. Sedikit aje la.
Bukan aku tak nak bertugas. Tapi tulang aku terlampau berat untuk aku bertugas. Lagipun meja mana bergerak sangat. Kalau bergerak tu pepandai la nak susun sendiri. Aku bukan kuli nak tolak meja orang.
Alah, Irena. Cakap aje la kau malas nak bertugas. Berani kau nak putarbelitkan ayat sedangkan maksud sama aje. Berubahlah, Irena. Donald Trumph pun dah tua kerepot tapi masih tak tahu nak belek cermin. Hah, tak ada kena mengena.
"Penghantar saka? Tak naklah. Nanti susah nak mengucap. Tak pasal mati kodok aku."
Aku menepuk dahi sendiri. Lantak kau la, Emy. Sebab kau la aku termalu sendiri. Baru aku nak acah hot tadi. Hot kan kalau setiap kali bertembung dengan manusia, mereka akan nyanyi tak tun tuang? Tak eh? Lantak.
"Irena. Kau siap tak lagi latihan Fizik?"
"Eh, ada ke?"
"Aku tak gila lagi tanya benda yang tak ada, gila."
Terus pucat muka aku. Satu benda yang kau tak patut buat bila kau bergelar pelajar tingkatan 5 Diamond. Kau jangan sesekali kosongkan setiap latihan Fizik. Kau tahu sebab apa? Sebab cikgu Fizik kami ini ada bau-bau bacang tikus mondok.
"Emy, nak buku kau."
"Buku aku pun kosong masalahnya. Gila aku nak buat kalau dia terang pun sekali jalan aje. Tak ada reverse langsung. Kereta mainan adik aku pun boleh reverse tahu tak?"
Tolong jangan suruh kami semua tanya cikgu Fizik soalan jika tak faham atau meminta penjelasan. Kau tanya cikgu tu ibarat kau tengah menyoal malaikat maut. Garang lahnat.
"Aduh, kenapa aku ada kawan macam kau ni? Satu benda pun tak siap."
"Wah, kau cakap depan lantai kantin, eh?"
Aku mencebikkan bibir. Buku latihan Fizik aku buka. Alamak, latihan 2.3 cikgu ada pesan suruh buat. Sudah la soalan aplikasi dan ada enam soalan. Aku bukan Ying nak tulis selaju yang mungkin.
Aku mengangkat kepala untuk mengimbas pelajar kelas aku. Bermula dari kanan hinggalah ke kiri. Aku patah balik ke kanan lepas aku ternampak tanda seru di belah kanan. Hah, acah Ejen Ali.
Terus jadi kecil anak mata aku. Malaikat maut dah datang. Terus aku tampar pipi aku. Hilang keberkatan ilmu aku sebab mengutuk cikgu.
"Kelas, tunduk hormat."
Bergetar tulang punggung aku nak bangun. Emy hanya rileks sahaja. Ah, dia memang suka aibnya terbang bebas. Aku pun pelik ke mana perginya sifat malunya.
Aku pernah terbaca, sebanyak mana sifat malu kita, sebanyak itulah rasa takut kita dekat Sang Pencipta. Eh, yang tu bukan sifat malu kepada kaum Adam ke? Aku agak kabur dekat sini. Tolong terangkan.*ini aku serius*
Selesai menjawab salam, kami semua duduk. Aku hanya duduk sepanjang kelas berjalan. Setakat ini, aku masih lagi bersyukur sebab cikgu ni sebut langsung pasal kerja sekolah yang dia berikan lima hari yang lalu.
![](https://img.wattpad.com/cover/130175910-288-k180311.jpg)
YOU ARE READING
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...