▪ 22 ▪

6.3K 588 39
                                    

Guyss aku tak tahu apa yang jadi but aku repub balik chap ni sebab dia unpub sendiri so sorry GOSHHHH WATTPAD DAH OKAY KE ? CHAP NI MUNCUL BALIK ALHAMDULILLAHHH KINDA HAPPY RN

Hari jumaat yang sungguh bermakna bagi aku yang masih bergelar sebagai seorang pelajar yang berpotensi untuk mendapat semua A+ dalam semua subjek. Aku tak riak.

Dengan penuh keceriaan yang menggebu di dada didi dudu ku ini, aku melangkah masuk ke dalam dewan terbuka. Kerusi paling hadapan aku pilih dan aku labuhkan punggung dengan penuh keayuan.

Tak ramai lagi yang datang ke dewan ini. Ada la dalam dua orang. Hanya pelajar terbilang macam aku je yang datang awal. Ada lagi sepuluh minit sebelum perhimpunan bermula.

Aku mengeluarkan iPhone yang tersimpan di dalam kotak baldu yang panjang. Camera aku tekan dan aku tayang menghadap wajah aku sendiri. Ambil gambar dulu. Aku kenyitkan mata sebelah dan membuat wajah beku. Okay, macho.

Seperti biasa, hari Jumaat memang semua akan mulakan hari dengan membaca surah Yassin secara beramai-ramai. Jadi, di tangan aku ini sudah ada senaskah Yassin yang berwarna ungu.

Aku membuka surah Yassin itu, membaca makna bagi ayat satu hingga ayat sepuluh. Aku pandang sekeliling sebelum aku pandang pula jam di tangan. Dah 7:40 pagi. Tapi kenapa tak ada orang pun? Dua orang makhluk tadi pun dah hilang.

Aku berdiri dan melangkah ke dewan tertutup. Entah kenapa aku terdetik nak berjalan ke dewan itu. Berkat aku mulakan pagi dengan makna sepuluh ayat pertama surah Yassin mungkin.

Oleh kerana dewan itu bersifat kedap bunyi, aku tak dapat mendengar suara di dalm dewan. Waswas aku nak buka pintu. Mujur aku baca An-Nas sebelum datang sekolah. Peratus waswas aku hanya ada 9%.

Aku menolak pintu dewan dengan berhati-hati. Kalau melulu nanti, risau pulak ada orang. Persis kata aforisme, biar berbulu, jangan dapat malu.

Dan tindakkan aku sama sekali salah. Semua mata tertumpu ke arah aku yang sedang berdiri Negaraku di tengah-tengah pintu dewan.

Seorang guru perempuan iaitu guru disiplin memanggil aku naik ke pentas. Halkum aku bergerak naik dan tak turun semula melihat wajah menyinga cikgu itu.

Kaki aku aturkan juga ke arah cikgu itu. Niat di hati nak pecut lari, tapi aku bukan budak bermasalah dan aku memang tak bersalah. Aku datang sepuluh minit awal tadi.

"Jam pasar malam mana kamu pakai ni? Perhimpunan mula pukul 7:30 pagi. What's time now?"

Aku pandang jam tangan aku. Jam Rolex yang mencecah RM1000 ni cikgu cakap jam pasar malam? Mungkin jam ini warna hitam dan muka jam saja yang berwarna silver. Tetapi, apa hak cikgu nak menghukum rupa paras jam aku?

"It's time for me to build a happiness with you. Di kocok kocok."

Selamba aku membalas kata-kata Cikgu itu. Geram punya pasal. Mujur tahap keimanan aku tebal sikit dari sel pipi. Aku masih hormat cikgu ini sebagai seorang cikgu dan aku menganggap dia mak aku.

"Tunggu lepas perhimpunan nanti."

"No problem."

Cikgu itu mengambil kerusi kosong dan dia letakkan di hadapan kerusi yang dia duduk sebentar tadi. Aku tersenget kepala melihat perilaku cikgu itu.

"Duduk sini."

Aku mengetap bibir. Anak iblis sudah beterbangan di telinga untuk menggoda aku menjadi anak murid tak diiktiraf. Namun, Iman aku mengatasi segalanya. Aku hanya senyum kecil ke arahnya dan aku duduk dengan cermat.

The VirtuosoWhere stories live. Discover now