"Irena Tak Tun Tuang."
Hari ini nama aku jadi famous dekat Virtuoso. Aku dah agak aku akan di bahan bila sampai di sekolah. Padahal benda dah jadi dua hari lepas.
Hah, aku lupa yang mereka ni semua golongan manusia. Golongan yang tahu nak malukan orang. Golongan yang selalu nampak kesalahan orang. Atau senang cakap, golongan gila aib.
Aku tak marah. Cuma tersentuh hati je. Pernah ke sejemput Irena marah orang? Paling kuat pun aku ceraikan dengan talak -0.00001/5. Aman hidup.
Aku malas nak marah orang bukan sebab apa. Nanti aku dibenci. Ku tak rela dibenci. Aiman Tino mungkin rela dibenci. Okay, fans Tino, tolong jangan kecam aku sebab aku Airish Tina.
"Irena, jom duit dengan aku."
Hah, cipanzi bodoh mana tu? Cikgu tak ajar ke apa? Duet la bengap. Nak bahan aku tapi aib diri sendiri yang terbuka. Hah, hidup ibarat roda. Kau malukan aku, esok kau termalu sendiri. Kau tunggu la.
"Aku tak duet dengan orang. Aku tahu mengaji dengan ustazah aje."
Bukan niat nak riak. Tapi aku tengah geram. Aku boikot Adam sampai aku tua. Tunggu kau, Adam. Sampai anak cucu kau aku akan hantar saka. Eh, kejap. Apa hal aku cakap macam iblis ni? Iblis yang ditugaskan untuk menyesatkan anak cucu Adam.
"Alahh.. Irena. Terasa ke? Chill la."
"Mana ada terasa. Aku suka kena bahan macam ni. Sebab aku pun selalu bahan diri aku sendiri. Teruskan. Pahala kau kan lagi berat pada dosa kau. Guarantee masuk syurga bulat-bulat."
Selesai menyembur dengan semburan berkala tiga, aku terus melangkah pergi. Hilang aura positif aku hari ni. Nasib aku sempat baca Bismillah sebelum keluar rumah.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas dengan rasa yang tiada rasa. Mungkin rasa marah. Mungkin rasa geram. Mungkin rasa nak tidur. Yeah, aku mengantuk. Penat layan peminat semalam.
"Haluuu, Rina."
Aduh, Jin bara mana seru nama aku tu? Seumur hidup aku bernafas selama nak masuk 17 tahun ini, belum pernah lagi ada makhluk yang memanggil aku Rina.
Terus keriting bulu ketiak aku. Anti betul aku dengan nama Rina. Pernah dulu seorang budak nama Rina muntah atas kepala aku sewaktu aku darjah dua. Rina pada waktu tu darjah lima. Aku tahu aku ni kecil comel lotey dulu. Dia ingat aku sinki ke apa?
Semenjak itu, aku terus memboikot nama Rina. Kalau kau nama Rina, minta jauhkan diri. Kalau tak tahan dengan aura aku dan masih degil mahu berkawan, tolong tukar nama kau. Aku lebih suka nama kau Sajat.
"Kau panggil aku Rina, jangan bermimpi kau akan bernafas guna oksigen."
Emy tersengih kecil. Nak aje aku koyak mulut dia biar tersengih lebar kekal abadi. Aku tengah panas, dia makin simbah cat pulak. Jantung aku bertukar jadi arang batu dah ni.
"Chill, Irena. Pepagi buta ni kau nak marah dah kenapa?"
"Banyak ahli syurga bersuara tadi. Aku tak selesa langsung."
Emy menggaru kepala. Aku lupa yang Emy pun noob macam aku. Eh, aku cakap aku noob ke tadi? Tak, Irena dulu mungkin noob. Irena sekarang bertukar jadi nice.
"Aku tak tahu kau ada deria ke tujuh, Irena?"
"Deria ketujuh jadah apa kau ni?"
Emy duduk di atas meja aku. Laju saja aku kepit punggungnya. Suka hati duduk atas meja orang. Tahu meja aku banyak aura positif. Emy kembali ke majanya.
"Deria keenam boleh nampak makhlus. Kau boleh dengar ahli syurga bercakap means kau ada deria ke tujuh la, kan?"
Dan itu kata-kata terakhir Emy selepas aku melontar pemadam Faber Castell yang bersaiz paling besar dengan megahnya tepat ke dalam mulut Emy. Terus tertutup mulut makhluk murai itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
