Seperti yang telah dikhabarkan hari tu, beta akan mempublish special chapters untuk rakyat rakyat jelata . mungkin dalam 3 chapter sahaja atau mungkin dua hahaahahahaa . chapters yang akan dipublish ni bukan sambungan chapter lepas eh . ini more to chapter jatuh ke riba so time raya , jangan kacau ketenteraman beta bersama ahli keluarga beta eh so letsss
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
The Eblees p.o.v
"Laparnya."Ajwad mengeluh perlahan sambil menepuk-nepuk perut kempisnya. Dia bersandar pada sofa bersebelahan dengan Arjuna.
"Juna, tengok baby kita. Kesian dia dah leper dalam ni."
Tangannya mencapai tangan sasa Arjuna yang sedang menari di atas skrin phone lalu diletakkan di atas perutnya. Arjuna menjeling Ajwad tajam.
"Lapar eh, baby papa ni? Nak nasi? Ke nak ni?"
Terus dipulas kuat perut Ajwad. Menjerit kuat lelaki itu sambil tangan menepis laju tangan Arjuna. Tangan menggosok-gosok perut yang perit.
"Kau la iblis yang paling liat diikat. Bodoh berpanjangan."
Ajwad bergerak ke cermin. Baju kemeja diselak ke atas menampakkan perut berketaknya. Apa? Ingat sengal-sengal pun tak ada six packs ke?
"Kesian baby walid."
Bibir tercebik-cebik sambil mengusap perutnya yang sudah merah. Arjuna memandang lelaki itu dengan pandangan yang paling menyampah. Entah bila lelaki ni nak dilupuskan dari story ni?
"Kau tu syaitan yang tak sedar diri. Dunia kata pergi, neraka kata mari. Maju lu ke neraka, syaitan."
"Sialan kau, Arju.."
"Anjenk-anjenk upahan, silalah tutup mulut dan diam. Bulan puasa patutnya banyakkan baca Al-Quran bukan bergaduh. Ada jugak yang kena bukak puasa guna kaki."
Adam sudah meletup. Pening kepala dengar perang mulut antara Ajwad dengan Arjuna ni. Bising macam sepuluh orang tengah sorak bola. Makcik bawang pun diam sikit.
"Tak boleh baca Al-Quran. Uzur."
Ajwad membuat muka bulan hitam. Adam mengetap bibir. Dia pantas berdiri dan bergerak ke arah Ajwad yang masih berdiri di hadapan cermin. Ajwad sudah telan liur.
"Ap..apa kau nak?"
Adam diam. Dia membongkokkan badan dan terus menarik seluar Ajwad ke bawah. Akibat terlupa nak memakai tali pinggang, terus melurut jatuh seluar Ajwad. Semenjak puasa ni, seluar pun dah semakin longgar. Maka, tinggallah sehelai boxer Calvin Klein berwarna hitam di bahagian kaki Ajwad.
"Woihh, gangguan seksual. Aku tahulah aku ni cantik kalau jadi perempuan, tapi tahan la nafsu kuda kau tu. Kita ni adik beradik. Sumbang mahram itu berdosa!"

ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...