"Semua pelajar tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan tiga puluh minit sebelum peperiksaan tamat.."
Aku menguap besar mendengar taklimat ringkas dari pengawas peperiksaan. Ini bukan ringkas. Sudah sepuluh minit dia membebel di hadapan tu. Nak tidur, rasa berdosa. Sudah la lagi beberapa minit je nak mula SPM aku ni. Karang tak pasal hilang barakah.
Mata mengerling ke arah Emy yang selang beberapa meja sahaja dari aku. Mulut minah tu terkumat-kamit membaca sesuatu. Tengah jampi seranah mungkin. Ataupun tengah ingat balik apa yang dia hafal.
Selaku pelajar paling pintar di Virtuoso, aku dengan berbesar hati melarang anda semua dari meniru aksi tidak sihat Emy ni. Percayalah tindak-tanduk makhluk halus itu yang menjadi punca kita gelabah biawak kalau terlupa satu huruf. Nanti mulalah ehh lepas huruf z, huruf apa eh? Selepas tu mula la rasa nak berak la itu la ini la. Tidak bagus ye anak anak.
Ikut gaya hidup sihat aku. Masuk dewan exam dengan zikir. Kalau boleh bawak tasbih tu silalah bawa. Ingatlah bahawa peperiksaan itu hanyalah duniawi. Kalau fail tu bukan rezeki. Kalau straight A tapi banyak buat maksiat pun tak ke mana. Pengajarannya, biar banyak E tapi jangan buat maksiat. Pintarkan saya? Ya, saya tahu. Jangan puji.
"Okay, dengan lafaz bismillah, boleh mula menjawab."
Terus tangan aku menyambar pen biru di hujung meja. Akhirnya dapat juga hidayah dekat cikgu tu untuk berhenti membebel. Sikit lagi telinga aku nak tersedut masuk dalam.
Eh, nanti. Aku merenung soalan-soalan yang tersembul tak reti malu di atas kertas. Aku pusing ke halaman utama. Betul ke aku tengah jawab soalan SPM ni? Soalan Mathematic jenis apa ini? Kenapa macam soalan sekolah rendah?
Tak mencabar langsung soalan ni. Aku boleh jawab sambil cabut bulu pipi. Baru 30 minit masa berlalu, aku sudah berjaya menyiapkan sebanyak 20 soalan. Ini kalau cikgu aku tengok ni, menangis berguling-guling dia.
Percaya atau tidak, lantak kau la. Ada aku kisah. Yang aku tau aku dah siap semua soalan dalam masa satu jam. Dah jangan puji aku. Aku tau aku bijak tahap Leonardo De Caprio. Ada yang sudi masuk meminang tak? Saya single ni. Ihik!
Aku meletakkan pen di atas meja. Pantas kepala aku kalih ke arah Emy. Aku dah sedia nak gelakkan minah tu nanti. Kedutan dekat dahi dia memang tak boleh bawak bertendang. Siap ketuk-ketuk kepala dengan mainan kanak-kanak tu. Apa entah nama saintifiknya? Calculator eh?
Aku dah sediakan cara gelak yang sesuai untuk Emy nanti. Aku akan gelak sampai dia koyak tak makan seminggu. Aku ajak study, sibuk nak tengok movie la cabut bulu kaki la. Rasakan tu. Tampallah bulu kaki tu dekat ruang jawapan.
Masa berbaki lagi satu jam setengah. Kalau tidur ni sempat lagi aku mimpi kahwin dengan sugar daddy. Semua tengah khusyuk menjawab. Benda apa yang lama sangat aku pun tak tahu. Soalan tak ada yang kbat langsung. Ke otak aku yang terlebih sel darah putih? Mak aku la ni punca. Selalu sangat minum soya.
Aku meletakkan kepala ke meja. Satu benda yang wajib kau buat masa kau di bangku plastik sekolah. Kalau sekolah kau tak ada kerusi plastik tu lantak kau la. Kau wajib tidur time exam. Nikmat dia lagi hebat dari cium ketiak lelaki. Tak tipu. Aku tidur sampai keluar habis air liur. Al maklumlah satu jam je masa aku jawab soalan. Ohok!
Aku memusingkan kepala ke arah kanan. Bak kata aku sendiri, lebih afdal dahulukan belah kanan. Tapi entah kenapa rasa tak sedap pulak tidur belah kanan. Tak senikmat cium ketiak lelaki. HAHAHAHA pengotor sia aku ni. Ahhhh, janji cantik.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
