◾ 10 ◾

7.2K 791 55
                                        

               "Irena! Aku tak suka kau, kau tahu tak?"

              Entah dari mana datangnya seorang lelaki datang menyerang aku. Aku kenal lelaki itu. Lelaki yang sama semasa aku memukul seorang lelaki yang aku sangka makhlus itu.

           "Kau dah kenapa datang tak diundang, pergi tidak dihalang tiba-tiba nak menyerang?"

              Aku duduk di tempat aku sambil menongkat dagu. Wajah lelaki itu aku pandang tanpa perasaan. Nak tengok jugak aku macam mana bentuknya kebodohan manusia ini.

             "Aku tak suka kau sekolah sini la, perempuan!"

             "Aku peduli apa kau suka ke tak. Rasulullah yang mulia itu pun tak semua suka. Inikan pulak aku yang biasa ni."

           Selamba aku menjawab. Au dah bosan dengan ayat tak suka. Lantak kau la nak suka aku ke tak. Aku tak pernah paksa orang untuk terima aku. Janji aku tahu yang peminat aku suka aku.

            "Kau blah la dari sekolah ni. Kau tak layak."

            "Apa mandat kau nak halau aku? Setakat member Eblees, aku tak hairanlah. Kau lebih layak jadi iblis."

             "Mulut kau ni layak aku sagat dengan kasut bola Ajwad aje."

           Terus dia mengambil tindakkan drastik. Pantas dia meluru ke arah aku dan mencekik leher aku sekuat hatinya.

           "Mati kau, seton."

           "Sakitlah, iblis."

            Aku mencakar-cakar tangan besar lelaki yang mencekik leher aku yang jinjang ini. Wajah aku bertukar menjadi warna Frankenstein.

             "Lepaskan akulah, lahnat."

             "Irena!"

             "Lepaskan."

             Aku memberontak kuat. Nafas aku kian sempit apabila tangan besar lelaki itu menghimpit ruang antara asofagus aku.

            "Irena. Bangun!"

             Terus tercelik mata aku. Badan aku tegakkan semula dan tangan memegang leher sendiri. Mana lelaki gila tadi? Aku mimpi ke?

             "Mak ayah kamu hantar sekolah bukan untuk tidur, untuk belajar. Kalau nak tidur sangat, pergi kubur. Tidur selamanya dalam tu."
 
            Berdesing telinga aku dengar ayat mengancam Cikgu Bahasa Melayu ni. Aku tidur aje pun. Itu pun nak kecoh satu bangunan. Macamlah dia tak pernah tidur sebelum ni.

            "Cikgu pun tidur setiap kali masuk kelas form 2."

            Entah hantu apa yang merasuk aku sehingga aku berani melawan cakap Cikgu Patimah ini. Terus mengharimau muka cikgu itu.

           "Cikgu tidur sebab cikgu letih. Kamu tu bukan buat apa pun. Tidur aje tahu."

           "Eh, bukan Cikgu tak ada anak ke?"

           Terus aku menampar mulut aku sendiri. Kenapa lancar sangat mulut kau ni, Irena? Kecewa cikgu tu, tak berkat ilmu kau.

            "Errr.. Maksud saya, anak saudara."

            "Sudah. Cikgu nak kamu selesaikan soalan dekat depan."

            Terus aku memandang di papan putih yang diconteng dengan marker pen biru. Satu-satu ayat aku baca.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang