▪ 43 ▪

3.4K 342 22
                                        

Irena P.O.V

Aku memandang siling bilik yang bewarna kelabu itu. Sudah dua hari aku tidak ke sekolah. Ini semua angkara cipan bertopengkan manusia itu. Aku malu sampai demam tau.

Sepanjang hari aku hanya berkurung di dalam bilik dan menghayati lagu Kelmarin. Entah kenapa aku rasa nak insaf bila sakit ni. Elehh, time sakit je la nak insaf. Bila sihat, lupa daratan. Sibuk dengan duniawi. Human be like.

"Irena."

Suara mama kedengaran dari sebalik pintu. Aku tak larat nak menyahut tapi aku gagahkan diri jugak. Nampak tak tahap kritikal aku ni macam mana?

"Ye, mama."

"Kawan Irena datang ni. Nak turun bawah ke nak suruh dorang masuk bilik?"

Kawan? Aku ada kawan ke? Eh, Emy and the geng tu apa? Oh, mereka itu tempat melepaskan kebosanan je. Eh, astaghfirullahalazim. Ingatkan sakit sakit ni nak insaf bertafakur. Rupanya masih tak ingat mati lagi.

"Suruh dia masuk bilik je la."

Malas aku nak turun bawah. Setiap jejak langkah itu memerlukan 500 tenaga tau. Sudahlah nak makan pun tak ada selera. Mahu tandus badan aku nanti. Hilang kejelitaan tau.

Seminit kemudian..

Ketokkk ketokkk tokk tokk..

"Assalamualaikum."

"Kami sayang mama papa."

"Kami sayang kawan kawan."

"Kami sayang semua."

"Ooooo. Ooooomar dan Hana."

Anak siapa yang menyanyi tu? Ada jugak aku lempar dalam gaung nanti. Aku tak larat ni. Kenapa suara suara tu datang dari sebalik pintu bilik aku? Dan kenapa suara itu bukan seorang? Lebih dari seorang.

"Assalamualaikum. Irena oooo Irena. Kami datang nak beraya ni. Bukak la pintu."

Aku memejamkan mata untuk seketika. Emy ohhh Emy. Berikanlah aku kesabaran yang paling tinggi. Aku hanya mahu merasai ketenangan pada ketika ini.

"Woi, tempoyak. Bukak la pintu kau. Rimas aku dengar member kau ni memekak."

Ian menjerit dari luar. Eh, wujud lagi ke budak ni. Selalunya lepas balik sekolah, dia terus keluar pergi padang main bola. Mimpi apa entah tiba-tiba berkurung dalam rumah ni.

Aku menggagahkan diri untuk bangun dan melangkah ke arah pintu. Sudahlah pintu bilik ni jauh bertapak tapak kaki dari katil aku. Penat tau nak jalan.

Tombol pintu aku pusing mengikut arah jam.

"Apa kau na.."

"Hai, Irena!"

Tiga orang jejaka menjerit suka sambil melambaikan tangan ke arah aku.

"Arghhhhh!!!"

Bedepapp!!

Aku menghempas kuat pintu bilik. Rambut aku. Kaki aku. Tangan aku. Sudah hilang maruah!

"Agak-agaklah terjah bilik orang. Lain kali cakap la kau tu lelaki! Aku tak pakai tudung tau. Dosa aku yang kena tanggung. Rambut aku yang kena bakar nanti. Aku yang nak kena soal kat akhirat nanti! Korang bertiga kahwin dengan aku nanti. Aku tak kira!"

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang