◾ 11 ◾

7.1K 677 24
                                        

             "Irena, jom sabtu ni ikut aku."

            "Tak nak aku. Aku nak dengar ceramah Ustaz Kazim."

           Aku tersengih jahat sambil memandang wajah Emy yang sudah cemberut. Emy menampar kuat lengan aku. Sudahlah tangannya seluas langit bumi. Perit!

           "Sakit, seton."

           "Aku tengah serius, kau nak bagi ayat sentap tu apa pasal?"

          "Aku memain aje."

          Tangan aku laju mengusap tempat tamparan Emy. Mahu ungu terus lengan aku nanti. Cacat generasi aku yang akan datang.

          "Okay, fine. Party apa? Birthday party? Alahhh.. Baik kita pergi kenduri tahlil. Lagi bagu.."

          Emy menjeling aku tajam. Hidung dan telinganya berpusu-pusu asap keluar dengan wajah yang sudah memerah. Emy tengah marah yeay.

           "Okay, tak. Bila?"

           "Sabtu ni."

           "Aku pergi dengan kaulah eh? Aku tak tahu dekat mana."

            Emy mengangguk kecil. Terus dia pandang hadapan. Merajuk la tu. Mengada betul. Tak pernah pun selama ni dia nak merajuk. Ingat aku kisah. Gelak jahat sikit.

             Aku turut memandang hadapan. Bosannya hidup sebagai seorang pelajar. Setiap hari duduk dalam sekolah dan belajar. Mujur sabtu dan ahad bukan hari persekolahan. Kalau tak, aku rasa sawan terus semua budak sekolah.

              Tak ada ke cara pembelajaran yang menarik? Contoh macam gallery walk ke main teka-teki ke? Tak ada la aku tidur setiap hari. Kalau tak, sia-sia duit Papa bayar yuran sekolah.

             Bunyi saja loceng sekolah menandakan tamat waktu persekolahan, aku terus mengemas beg dan keluar dari kelas. Emy aku tinggal di belakang.

               Aku bergerak ke kereta aku yang terletak di tepi pos pengawal. Hari ini aku rasa malas nak parking kereta dekat bangunan letak kereta. Bukan apa, banyak sangat kereta mewah. Aku rasa macam kayu padi aje bila letak kereta dekat situ. Kereta Audi model lama. Audi A7 aje pun.

              Kaki melangkah riang menuju ke kereta aku. Belum sempat aku mendekati kereta aku, seekor kereta Audi namun model yang berbeza datang dari belakang dan terus bergesel dengan badan kereta aku.

            Ternganga terus mulut aku. Beg Adidas melurut jatuh dari bahu. Nasib tudung aku dikunci dengan jarum peniti di atas kepala. Kalau tak, dengan tudung sekali terbang entah ke mana.

            Kereta itu mengundur ke belakang semula. Bertambah geseran pada body menggoda Audi aku. Manusia bijak manalah tu. Selepas mendapat semula semangat jawa aku, beg aku ambil semula dan aku sangkutkan pada bahu.

            Aku mendekati kereta aku yang cedera parah. Tangan aku angkat untuk mengusap kesan tercalar, namun lain yang jadi. Cermin sisi sebelah kiri selamat gugur syahid. Hati aku seperti daun kering yang gugur pada musim luruh.

             Kereta kesayangan aku yang papa hadiahkan tahun lepas. Nasib hadiah tahun ini papa nak kasi Audi TT. Aku minta Audi R9 tapi papa membakang keras. Dia takut aku melayang masa pandu nanti.

            Cermin sisi aku ambil dan aku pandang kereta tadi. Sedap saja manusia dalam tu berholiday dalam kereta dan tak terdetik nak keluar melihat anak aku yang sudah hilang telinga ni.

             Terus aku mengatur langkah ke arah kereta itu. Cermin tingkat aku ketuk bertalu-talu dengan cermin sisi yang dah syahid itu. Kuat aku ketuk. Mujur tak pecah tingkap itu.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang