▪ 32 ▪

5.4K 537 181
                                    

    The Eblees P.O.V - Arjuna

               Minggu exam. Hari ni bermula la exam percubaan pertama. Sekolah aku ni ada tiga kali percubaan sebelum hadapi SPM yang sebenar. Motif? Untuk elakkan berlakunya kejutan SPM. Ceh!

             Budak lain mungkin sekarang ni tengah struggle habis-habisan untuk cedok balik ilmu yang selama ni diorang biarkan mengalir begitu sahaja. Bila nak exam, baru sibuk nak kutip balik. Apa tujuan sebenar kau belajar ni?

             Namun, tidak pada aku and the geng. Alah, aku dah pandai. Nak baca buku lagi buat apa. Adam mungkin la. Dia paling lembab antara kami.

              "Juna, boleh tolong tak?"

             "Apa?"

             "Nak kasih sayang kau. Muka kau cute sangat. Aku geram."

            Ajwad menyondol-nyondol bahunya pada bahu aku. Aku mengecilkan mata. Tahan, Juna. Budak lagi tu.

          "Adam tak bagi kasih-sayang dekat kau ke?"

          "Adam tak cute. Kau cute. Boleh tak, Abang Juna? Ajwad rindu."

          Jarinya naik berlari-lari di sekitar dada kiri aku. Brengsek ini budak. Pantas aku tekapkan ketiak aku dekat muka Ajwad. Cantik sangat aku pakai baju lengan pendek dan aku selak lagi ke atas sehingga mendedahkan ketiak aku.

           "Weh, hanat la. Kau tak shave. Bodoh! Busuk. Bulu ketiak keriting."

           Aku ketap bibir. Ajwad menolak kuat lengan aku dan berlari ke bilik air. Aku mengendap ketiak sendiri. Ceh, tak keriting pun. Lurus saja package dengan warna perang lagi. Tak salah kan sapu pomade dekat ketiak. Bulu ketiak pun nak bergaya jugak.

             Aku bergerak ke bilik air dan pantas mengunci pintu bilik air dari luar. Biar mati kering budak tu. Kritik ketiak aku sangat.

          "Weh, Dam. Aku gerak dulu la. Lambat-lambat nanti bising lak bini aku kat rumah."

          "Okay. Kirim salam dekat bini kau."

          Kami melagakan buku lima sebelum merapatkan bahu sendiri. Kunci motor aku capai dan melangkah keluar dari bilik Eblees.

           "Woii!! Setan mana kunci aku ni? Arjuna, aku dapat kau, aku cium kau puas-puas. Tak guna."

            Aku buat pekak dan beredar dari situ.

               🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

           Keesokkan hatinya, aku melangkah masuk ke dalam kelas dengan malasnya. Ada ke lelaki yang rajin datang sekolah? Geng ulat buku mungkin la bersemangat. Tapi tak bagi aku.

            Sebatang pen hitam, pen biru dan sebatang mechanical pencil hitam Pilot aku keluarkan dari poket seluar. Beg sekolah? Minggu exam, kan? Ingat aku macam budak perempuan ke yang usung beg sekolah padahal dalam beg hanya ada pencil case dengan bedak je?

            8:00 pagi dan peperiksaan Sejarah kertas 2 bermula. Dalam banyak kertas, kertas 2 paling aku anti. Bukan sebab susah ke apa. Tapi sebab jari aku bakal kecut lepas jawab soalan essay.

            Soalan pertama aku belek. Apakah punca Limbong menentang penjajah British? Kacang!

          30 saat untuk aku jawab soalan pertama. Soalan ke dua, apakah tindakkan Limbong dalam menentang penjajah Barat? Pulut!

The VirtuosoWhere stories live. Discover now