▪ 42 ▪

3.3K 355 54
                                        

              Sebelum memulakan permainan, kedua-dua centre perlu merebut bola bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan permainan. Eddy selaku pengadil, berdiri di tengah tengah antara kedua centre. Bola dilambung tinggi. Centre dari The Bark-tin iaitu Adam melompat tinggi bagi menangkap bola tersebut. Centre dari The Mee-yucks Lein-tuck iaitu Arif juga mencuba merebut bola tersebut namun tidak berjaya. Kumpulan kami mula dulu.

           Kami semua kembali ke tempat asal dan bersedia untuk memulakan permainan. Menyampah aku apabila Arjuna yang menjadi penjaga aku. Tolonglah!

        Adam mengerling aku sikit, aku paham isyarat itu. Aku kelip mata, menandakan faham. Arjuna di sebelah aku buat tak tahu. Aku sudah sedia nak lari ke hadapan.

         Pretttttttt..

         Wisel berbunyi menandakan permainan bermula. Terus aku lari keluar dari barisan putih dan menjerit memanggil nama Adam. Adam dengan pantas membaling bola ke arah aku. Laju aku menangkap. Aku memandang kiri kanan. Alamak! Semua macam anak shrek. Tinggi! Aku tak nampak la.

         "Irena!"

         Adam! Alhamdulillah. Aku nampak jugak kepala Adam. Baru aku nak baling, tiba-tiba Arjuna datang betul-betul di hadapan aku. Dia tunduk memandang aku dan aku pulak mendongakkan kepala memandangnya. Dia tundukkan badannya ke arah aku. Matanya tepat memandang mata aku. Oh my! Drama apa pulak ni? Jangan la kiss aku. Public ni!

         Tup!

         Bola aku hilang dari tangan. Kurang ajar! Dia curi bola tu dari tangan aku. Mana aci! Taktik menggoda diharamkan la. Dia tersenyum kecil sebelum bola dilambung jauh kepada Goal Defence iaitu Faiq.

         Aku menghentak kaki, geram. Jangan harap nak gol kalau main kotor. Tak ada berkat hidup! Tak bau syurgalah!

         "Goal!!!!!"

          What?!! Mana mungkin? Main kotor pun boleh gol ke, hah? Tak sampai sepuluh minit main kot. Tak adilla.

          1-0

         Ohh, tunggu kau, Arjuna. Jumpak kat padang Mahsyar nanti.

         Semua pemain kembali ke tempat asal masing-masing. Permainan dimulakan oleh pihak lawan. Jangan harap kali ini mereka dapat menjaringkan bola. Memang tak akan!

          Preettttt!!

          Aku mengawal pergerakkan Arjuna. Lelaki itu hanya memandang hadapan. Dia ni nak main ke tak? Tak bergerak pun dari tadi. Sia-sia je aku jaga dia ni. Huh

           Terus aku berlari ke tengah, memandangkan geng The Mee-yucks Lein-tuck berkumpul di tengah. Arjuna aku tinggalkan di belakang. Lantak kau la.

          "Arif."

          WD pihak lawan menjerit memanggil nama si kerdil ini. Kali ini bola itu pasti menjadi pihak aku. Amir selaku Wing Attack pasukan aku terus mengangkap bola yang dilambungkan bole Arif. Yes!

          Aku berlari mencari kawasan yang kosong tanpa secubit makhluk perosak itu. Setelah memastikan keadaan sudah stabil, aku menjerit memanggil Adam yang sedang memegang bola. Terus sahaja Adam melemparkan bola ke arah aku. Aku dah dekat dengan palang gol!

           "Amir! Masuk dalam!"

           Amir terus berlari masuk dan aku terus memberi bola kepada Amir. Aku pula terus berlari masuk ke dalam kotak jaringan. Bola diberi kepada Afnan selaku Goal Shooter pasukan aku.

         "Irena!"

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang