Aku menguap besar apabila mendengar berita bahawa petang ini ada tuition Bahasa English. Bahasa mudah itu pun perlukan kelas tambahan ke? Sorok dalam plastik beg kalau Bahasa English boleh failed. Hashtag done takbur.
Mujurlah UP1 ni hanya seminggu saja. Kalau berminggu-minggu, mahu cramp otak aku. Sabar, Irena. Baru UP1. Kau belum hadap lagi tuan besar di penghabis tahun.
Tepat pukul tiga petang, aku sudah terpacak di depan bilik English. Bilik yang disediakan khas untuk para cikgu menjalankan tuition English. Begitu juga untuk subjek-subjek yang lain. Boleh bayangkan betapa besarnya sekolah aku ni?
Ketika aku sedang menghembus-hembus tudung yang tak mahu dengar cakap aku hari ini, para Eblees melangkah masuk ke dalam bilik ini dengan selamba badak. Mimpi apa entah tiba-tiba datang awal hari ni. Kalau tak, dia orang paling lambat.
"Yow, Rene!"
Ajwad dari jauh sudah melaung nama aku. Sudahlah sesuka hati dia aje dia pendekkan nama aku. Rene terlalu lembut untuk aku yang macho ni okay?
Aku buat tak tahu. Kepala hanya tunduk memandang buku latihan English yang sudah aku isi dengan jawapan. Aku kan rajin. Rajin untuk subjek yang tak perlu perah otak sangat la. Kalau subjek Addmath, mohon ampun siap-siap. Aku angkat bendera Kuala Lumpur eh.
"Alahh. Sombong dah dia sekarang ni. Tak apa la. Kita ni siapa aje nak dapat lambaian kasih dia tu."
Ajwad membuat suara yang memang dahagakan cendol dawai besi. Aku membuat mata juling ke atas. Menyampah!
"Aku tak bercakap perkara yang sia-sia. So, maaf."
Ajwad mencebikkan bibir sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Arjuna. Mereka duduk selang satu baris dari tempat aku duduk. Sibuk aje nak duduk dekat-dekat dengan aku.
Dewan kini sudah dipenuhi oleh para pelajar. Aku mengeluarkan module English lalu muka surat 20 aku buka seperti yang di arahkan oleh cikgu.
"Okay. I think I've told you to finish your homework during the school holidays and I'm pretty sure all of you already did it, right?"
Eh, ada ke? Kenapa aku tak tahu pun? Ah, minggu lepas aku tidur setiap hari sebab penat sangat kerah otak. Ingat waktu cuti aku tak sentuh buku ke? Aku sedarlah yang aku ni nak SPM. Cuma aku pegang buku selama sepuluh minit aje la.
"So, let's discuss the answers together before we start our class today."
Cikgu itu mula menyelak module itu. Mata aku dapat menangkap tangannya yang menarik keluar beberapa helai kertas yang dikepit bersama. Aku rasa aku tahu itu kertas dari keturunan apa.
"Okay. I'll call your name from this list. So, the lucky one, please read your answer loudly."
Kertas keturunan baka. Kertas yang memang menjadi punca para pelajar menundukkan kepala. Dan sekarang semua pelajar menundukkan kepala kecuali Eblees. Ah, mereka tu makhluk kunyit. Apa nak kisah.
"Teacher tak kenal aku. Teacher tak kenal aku."
Berkali-kali aku membaca mentera itu. Manalah tahu rezeki aku pada hari ini nama aku tak dipanggil. Emy yang berada di sebelah aku menahan diri daripada gelak. Karang terlepas, tak pasal-pasal dia yang kena baca jawapan.
"I'll call someone that I never seen before."
Alamak! Cikgu ni berpaling tadah pulak. Selalunya dia akan panggil orang yang dia kenal. Mati aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
