▪ 46 ▪

2.8K 284 61
                                    

               "ARJEUUNARHHHHHH QUEE!!!!"

               Aku menjerit kuat apabila terpandang dua susuk tubuh yang berada di atas tanah. Lagi memeranjatkan apabila Arjuna sedang menghempap tubuh seorang lelaki. Aku macam pernah lihat wajah lelaki itu. Tapi macam tak pernah nampak. Agak pelik.

               "Kau buat apa kat sini, hah?"

               "Aku buat apa kat sini tu tak penting. Yang jadi isu sekarang ni, apa yang kau buat ni hah?"

                Arjuna pandang aku tanpa perasaan. Aku pandang wajahnya dia perasaan emm penuh emm chenta. Eh? Shhh rahsia kita.

                "Aku buat apa? Tak nampak ke aku tengah bermanja dengan dia ni?"

                 Arjuna kembali memandang wajah lelaki yang aku rasa seperti jeruk itu. Tangannya naik mengusap pipi dan dagu sambil tersenyum kecil. Seperti pasangan yang dilaknat Allah.
    
                "Ta.. Takk... Tak mungkin.."

                "Yes, Irena. Aku bukan lelaki normal."

                 "Ap.. Apa maksud kau?"

                  Arjuna menarik tangan lelaki yang masih misteri namanya itu lalu mereka berdiri bertentangan antara satu sama lain. Aku hampir putus nafas melihat Arjuna yang mula mendekati lelaki itu.

                 "Aku gay!"

                 Arjuna terus memeluk lelaki itu dan pandangan aku dihalang oleh kepala Arjuna. Aku tak bayangkan apa yang mereka sedang lakukan. Aku tak sanggup!

                 "ARJUNA GAYY!!"

                 "Hoi! Kau dah kenapa jerit kuat-kuat?"

                  Kepala aku ditolak kasar oleh seseorang. Terus aku mengangkat kepala. Eh, aku berada di dalam kelas? Bukan ke tadi aku dekat tandas? Dan sedang menyaksikan aksi songsang Arjuna?

                 "Kalau ye pun rindukan Arjuna tu, jangan la sampai terbawak masuk mimpi. Jatuh tujuh keturunan aku sebagai kawan kau dengar kau jerit tu."

                 Emy bisik perlahan. Terbeliak mata aku memandang wajah buruk Emy. Aku jerit nama Arjuna ke tadi? Itu merupakan perkara yang sangat malu selepas menguap sehingga pin tudung tercabut!

                "Ehemm.. Ehemm.. Ada apa-apa ke sampai mimpikan Arjuna tu?"

                "Tu la tu. Patutlah aku lalu sebelah tadi macam ada bau roh gatal."

                Si lembut yang tak pernah puas dengan hidup aman aku ini pula menyampuk. Irena, sila benam muka kau dalam kawah dodol sekarang.

               "Mak aku cakap, kalau kita mimpikan seseorang maknanya dia jodoh kuat kita."

                Amind yang jarang sekali bersuara turut mengambil tempat ke tiga di dalam acara makcik bawang sedunia. Aku menjeling tajam wajah lelaki itu.

              "Amind Hycarl Aleeyaz Fahmee Bin Abu Daud, mak aku cakap, orang yang selalu mereka-reka cerita dan menyebarkan fitnah balasan dia NERAKA JAHANAM! NYAH KAU IBLIS!"

              Marah aku dengan penuh sifat geram di dada ini. Amind tersengih nakal sambil mengenyitkan matanya. Tahu handsome tapi sedikit pun aku tak cair. Meluat adalah.

             "Eh Eblees? Parah betul rasa rindu kau dekat Arjuna eh? HAHAHAHAHAHAHAHA"

             Sekali lagi aku dimalukan. Wajah aku bagai disimbah api cinta. Merah semerah padi. Malas nak melayan, akhirnya aku pekupkan muka dengan buku Addmath. Cepatkanlah masa. Aku pengen pulang!

The VirtuosoWhere stories live. Discover now