▪ 23 ▪

6.4K 619 85
                                        

             Pagi yang indah. Angin pun turut membuai-buai para pelajar TV. Angin yang terasa menyentuh kulit namun tidak kelihatan bentuknya.

           Aku mendepakan tangan ke udara sambil mendonggakan kepala ke atas. Mata aku pejam rapat sehingga bulu mata atas dan bawah bercium sesama sendiri. Aku menarik nafas sedalam-dalam rindu. Segar betul.

             "Semua pelajar, masuk dalam barisan rumah sukan masing-masing."

            Telinga aku sayup-sayup menangkap bunyi seperti katak itu. Tenangnya rasa hati pada pagi ini. Aku terasa bagaikan baru dilahirkan ke dunia. Seperti bayi yang dibalut dengan tuala putih. Sungguh indah.

             "Yang tengah buat aksi dilwale tu buat apa lagi tengah-tengah alam ni? Cepat masuk barisan."

           Aku membuka mata secara perlahan-lahan. Bibir tersenyum indah. Namun bibir aku terasa seperti terkena mata kail. Semua kepala tertala ke arah aku. Apa dah jadi?

            Semua pelajar sudah masuk ke dalam barisan rumah masing-masing. Hanya aku yang berbaju hitam ini masih tercegat di tengah padang. Laju kaki aku melangkah ke arah kelompok manusia yang turut berbaju hitam.

              "Tahu la semangat kesukanan kamu tinggi. Tapi sekarang ni masa untuk warming up. Bukan masa bina angan-angan Shah Ruk Khan."

             Sumpah aku tengah malu sekarang tapi aku hanya acah selamba. Bukan tadi aku dalam kalangan geng-geng aku ke? Kenapa aku boleh berdiri sorang pulak tadi?

              Aku berdiri di bahagian tengah. Mata aku panahkan ke hadapan. Adam dan Ajwad mengiringi aktiviti memanaskan badan hari ini. Tapi aku tak pandang langsung wajah Adam. Hanya pandang badannya saja.

             Handsome dia pagi ini lain macam. Wajahnya berseri-seri tambah-tambah apabila disimbah dengan cahaya mentari. Matanya bertukar menjadi warna coklat cair. Boleh aku nampak anak matanya. Bulu mata pula bertambah panjang dan melentik. Hidung semakin tinggi.

             Daripada aku jatuh cinta pandang ke dua, ada baiknya juga aku tundukkan pandangan. Tapi badannya pula yang menjadi masalah. Terlampau cantik dengan memakai baju sukan warna merah dan sedikit ketat, menampakkan four packs. Tak tahu la mana perginya two packs lagi.

            Apabila bila kalihkan badan ke sisi, mata aku terjatuh di bumpernya. Subhanallah, indah benar ciptaanNya. Bumper idaman aku adalah bumper Adam. Flat saja. Ah! Jaga pandangan, Irena. Pantas aku pandang ke arah Ajwad pula.

             Selamat sikit mata dan iman aku. Ajwad tak segantang abangnya. Jadi aku boleh rileks lagi. Aku dah anggap dia sebagai adik ipar aku dah. Eh?

             Selesai sesi memanaskan badan, kami bergerak ke tengah padang. Cikgu mula mengarahkan setiap rumah sukan untuk bergerak ke khemah masing-masing.

            Rumah merah atau dikenali sebagai Pluto mula  bergerak ke khemah mereka yang berada di tepi padang. Diikuti rumah sukan biru atau lebih sedap didengari sebagai Uranus. Kemudian, rumah sukan ungu atau Jupiter pula mula mengorak langkah.

            Rumah terakhir iaitu rumah sukan hitam atau terkenal sebagai Neptune melangkah sederap dengan bangga. Neptune yang sering dinobatkan sebagai juara setiap tahu dan memegang title 'King Of Field' selama lima tahun. Tak sia-sia aku masuk rumah sukan ini memandang di sekolah lama, rumah biru selalu menjadi yang terakhir.

              Bahagia aku tengok khemah yang sudah dihias cantik oleh guru-guru yang bertugas. Khemah bertemakan hitam membuatkan aku rasa nak angkut khemah ni balik rumah dan pacakkan di tepi rumah. Cantik sangat.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang