Sepanjang kelas Fizik berlangsung, aku rasa tak tenang. Ada sesuatu yang harus aku langsaikan sekarang. Ia terlalu mendesak aku untuk keluar.
Aku mengangkat tangan tinggi ke udara. Bukan untuk menanyakan cikgu soalan, tapi untuk meminta kebenaran keluar kelas untuk seketika.
"Yes, Irena?"
"Izinkan saya keluar kelas untuk seketika, cikgu."
"Ke mana?"
Ke mana ya? Ke tandas? Malulah pula. Ke bilik yang digelar air? Macam pelik. Keluar ke tempat yang cikgu selalu pergi? Kalau cikgu ni jarang masuk tandas macam mana? Kalau aku jujur cakap nak keluar kencing apa jadi eh?
"Errr.. Ke toilote."
"What?"
"Ke tarn-dusk, cikgu."
Sebenarnya aku sememangnya malu nak cakap ke tandas. Sebab aku rasa pelajar lain tahu apa yang aku akan buat di tandas. Kalau di sekolah lama, aku berada di barisan hadapan. Boleh la aku bisik-bisik.
Eh, kejap. Kenapa aku tak bangun dan berjalan ke arah cikgu? Lagi senang. Aku bisik betul-betul dekat lubang telinga dia. Tak ada siapa dengar.
"Okay. Tulis nama dekat iPad cikgu."
Cikgu Aina menghulurkan ipadnya kepada aku. Laju saja jari aku menekan-nekan keyboard di skrin iPad itu. Sudahlah pundi aku mahu bocor dah ni.
Peraturan sekolah ini, semua pelajar yang ingin keluar kelas semasa pembelajaran, harus memberi nama terlebih dahulu di dalam iPad yang diberikan kepada setiap guru. Baru pelajar dibenarkan keluar.
Selesai huruf terakhir, terus aku serahkan iPad itu dan laju aku berjalan keluar dari kelas. Tandas, kau tunggu aku datang!
Nampak saja simbol seorang gadis memakai baju kembang di bawah itu, aku terus meredah masuk. Tiba-tiba..
"Woi! Kau buat apa dalam ni, lahnat?!"
Terdengar suara jeritan seorang lelaki. Terus blank otak aku. Lelaki itu kalut mengalihkan badan, membelakangi aku sambil tangan sibuk menarik zip seluarnya. Sumpah, mata aku masih suci.
"Kau tunggu apa lagi? Blah la."
Lelaki itu menjerkah aku lagi. Dan otak aku baru dapat cerna. Aku salah masuk tandas atau lelaki itu yang buta nak baca simbol?
"Argghhhhh.."
Okay, aku tak cliché nak jerit-jerit macam toyol. Terus aku mengalihkan badan dan melangkah keluar. Kepala mendongak memandang simbol di dinding hadapan tandas.
Gambar seorang gadis memakai gaun. Betullah aku masuk tandas perempuan. Aku memandang pula simbol di tandas lelaki.
Eh? Kenapa simbol lelaki pun pakai gaun? Cuma dia berwarna pink dan ada tocang. Aku pandang balik simbol yang aku sangka tandas perempuan itu. Juga memakai gaun tetapi tak ada tocang dan berwarna biru.
"Tandas ni untuk pondan ke?"
"Bukan untuk pondan. Memang macam tu simbol tandas lelaki. Itu bukan gaun. Itu baju. Faham? Baju."
Lelaki tadi berdiri di sebelah aku. Terus membahang wajah aku apabila terpandang lelaki itu. Minggu ni saja, entah berapa puluh kali aku memalukan diri sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
