▪ 45 ▪

3.2K 280 26
                                    

         "Sorry, Irena. Kita orang tak dapat buat yang terbaik."

         Aku duduk di atas kerusi di tepi gelanggang  sambil memeluk tubuh. Mata memandang barisan lelaki yang hanya menunduk di hadapan aku. Seorang demi seorang aku tenung. Eh, nanti. Kurang seorang.

         Arjuna. Berani dia hilangkan diri.

         "Mana Arjuna?"

         Memasing mengangkat muka dan memandang kiri dan kanan.

         "Tak tahu. Tapi dia punca kita kalah!"

         "Betul! Dia tangkap bola macam tangkap lalat."

         "Dia pass bola macam pass bulu ketiak!"

         Arif, Eddy dan seangkatan dengannya bersuara tidak puas hati. Aku tak tahu apa yang terjadi sebab ada seorang mamat mana entah datang ajak berborak.

Flashback

           "Okay guys, hari ini hari penentuan masa hadapan kita sebagai lelaki serba guna. Kita lelaki tak boleh kalah. Tak boleh mengalah. Anggap bola tu hati wanita yang kita cintai."

           "Tapi, aku tak sanggup lempar hati wanita yang aku cintai."

           Ajwad si pembaris mencelah.

          "Kau sanggup ke tengok hati perempuan yang kau cintai direbut orang?"

           "Langkah rambut aku dulu."

           "Dah. Aku suruh sorak kata semangat. Bukan bukak gelanggang motivasi."

            Aku memotong mesyuarat tingkap para lelaki itu. Kalau dibiarkan mahu tahun depan baru mula lawan.

            Wisel dibunyikan dan para pemain mula melangkah masuk ke dalam gelanggang bola jaring. Aku memilih untuk duduk di atas kerusi panjang manakala juru latih yang lain sibuk berdiri di tepi gelanggang. Alah, buang masa dan tenaga je berdiri. Team aku pasti menang.

             PRITTTTTTT...!

             Permainan dimulakan. Seperti yang aku agak, permaikan dimulakan oleh pasukan aku. Terima kasih diucapkan kepada Amri selaku Center yang handal.

             "Amri, sini."

              Adam selaku Goal Defense terus berlari keluar dari tempatnya. Amri terus melempar bola ke arah lelaki itu.

            "Adam!"

            Arjuna mengangkat tangan. Dua pemain pasukan lawan mengawal ketat pergerakan Arjuna. Tanpa ragu-ragu, terus bola dilambung tinggi ke arah Arjuna. Jeng... Jeng.. Jeng...

            Arjuna melonjakkan badan tingginya dan terus menangkap bola tersebut. Rambut yang jatuh ke atas diselak dengan sebelah tangan.

            "Oh my Arjuna."

            "Handsomenya calon kepada datuk kepada ayah kepada anak-anak aku nanti."

            Terus aku pandang ke kiri. Eh, kau. Sedap-sedap je kau cop Arjuna ni datuk kepada anak-anak kau. Kau ingat kau bidadari langit nak cakap macam tu.

            "GOLLLLLL!!!!"

            Hah? Gol? Sapa gol? Ishhhh, aku dah terlepas gol pertama.

The VirtuosoWhere stories live. Discover now