◾ 04 ◾

10.5K 835 135
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam perpustakaan sekolah. Tergantung perspek hitam tertulis The Bücher. Ini kali pertama aku jijakkan kaki ke dalam gudang buku ini.

Kenapa aku ke sini? Sudah semestinya aku mahu mengulangkaji mata pelajaran tingkatan empat. Aku tahu mungkin mustahil bagi pelajar lain dan mungkin ada yang mengatakan semua ini mengarut.

Tapi tak bagi aku. Semenjak sebulan lebih aku terperangkap di dalam rumah, aku diberikan hidayah dan taufiq. Baru aku nampak sinar-sinar kekesalan sebab sebulan lebih tak buka buku.

Kini baru aku sedar yang tahun 2018 ini aku sudah terlahir sebagai pelajar tingkatan lima yang bakal berkahwin dengan spm.

Jadi, sebagai persediaan awal, aku rajin-rajinkan diri untuk berdating dengan buku setiap kali habis waktu sekolah. Tak rela aku lepas kahwin dengan spm nanti bercerai macam itu saja.

Aku mencari tempat duduk yang jauh daripada manusia walaupun tiada manusia di dalam perpustakaan ini. Aku memberi ruang kepada penghuni lain. Percaya aku ada deria ke enam?

Punggung yang ditutupi dengan baju sekolah aku labuhkan ke atas kerusi perpustakaan yang empuk lagikan lembut itu. Baru aku perasan, jarang sekolah ini pakai kerusi plastik. Apa mereka ingat kerusi plastik itu murah sangat ke? Atau mereka tak tahu yang kerusi plastik boleh membakar lemak manusia?

Buku nota Sejarah aku keluarkan. Mujur aku bijak nak beli buku nota yang digabungkan bab tingkatan empat dan tingkatan lima. Senang aku nak cover tidur masa subjek ni sebab buku nota ni boleh tahan tebal. Tak nampak sangat mata aku yang tertutup. Okay, tak.

Aku mula membaca bermula daripada bab terakhir. Tips untuk kau berjaya dalam subjek Sejarah. Jangan baca dari awal bab. Mula dari bab terakhir. Sebab apa? Sebab kebanyakkan soalan akan banyak disoal pada bab belakang.

Empat tahun aku amalkan tips ini dan alhamdulillah. Aku tak pernah bercerai dengan A lagi setakat ini. Tak percaya? Kau nak aku tunjuk SAPS aku? Tapi untuk subjek sejarah aje la. Huhu.

Aku mulakan dengan bab 10 iaitu dasar British dan kesannya terhadap ekonomi negara. Dan mulut aku mula menguap kecil.

Inilah sebabnya aku malas nak ulang balik subjek Sejarah. Aku tak tahu saka apa melekat dekat buku ini. Atau aku rasa nama Sejarah kena tukar kepada Cinta Terdahulu. Mungkin cara ini rasa mengantuk yang menghantui pelajar akan hilang.

Aku celikkan mata luas-luas. Aku kena lawan Jin mengantuk ni. Kalau asyik kalah sebelum berperang, memang aku kena cerai talak -1 satu dengan SPM nanti.

"Ekonomi Tradisional. Antara kegiatan ekonomi tradisional masyarakat melayu ialah menanam padi, menanam tanaman sampingan, menternak ayam, itik, lembu dan kerbau, menangkap ikan dan mendulang babi."

Apa pasal aku rasa lain macam dengan ayat hujung sekali? Bunyi macam buruk dan tak bertamadun.

"Mendulang babi? Biar betul buku ni?"

Aku menggosok-gosok mata aku dan aku pandang betul-betul pada perkataan yang aku rasa kabur tadi.

"Lah.. Mendulang bijih. Nampak macam babi tadi."

Inilah akibatnya kalau mata tak larat diangkat dah. Lain yang ditulis, lain yang aku nampak. Nasib tak ada orang dengar. Kalau tak, terpaksa aku sarung muka aku dengan topeng wajah Aiman Tino.

Ya, semenjak peristiwa aku gelak besar sebab nak tutup malu itu, aku berhasrat untuk mencetak wajah orang lain dan aku pakaikan ke muka jika aku tengah malu. Aku harap cara ini berkesan. Mungkin?

Tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng yang bergetar dalam otak aku. Pantas tangan mencapai beg sekolah Adidas yang aku letakkan di kerusi kosong sebelah aku.

The VirtuosoWhere stories live. Discover now