"Imperialisme ialah dasar sesebuah.."
Aku menongkat kepala apabila mendengar suara senada cikgu ini. Sudah bulan tiga, tapi dia masih ulang bab satu. Sampai aku pun dah boleh agak ayat dia seterusnya.
"Cikgu, kenapa cikgu suka ulang bab ni? Cikgu kenal tak erti kebosanan dan kepisangan?"
Lancang saja mulut Farid bersuara. Cikgu Fatimah mengangkat kepala dan memandang tepat ke dalam mata lelaki itu. Cikgu tersenyum kecil.
"Tak kenal sebab cikgu mengajar kerana Allah."
Farid terpaku dan terkelu. Terus dia mengangkat buku dan melindungi wajahnya. Malu la setelah terkena tembakan padu.
"Jose Rizal merupakan tokoh yang..."
"Salam sejahtera suara bergema. Diminta pelajar pelajar berikut datang ke studio sekarang."
Kelas sepi. Cikgu itu berdiri keras dan turut memasang telinga. Aku harap sangat nama aku dipanggil juga nanti. Aku dah tak rela bertapa dalam kelas Sejarah ni. Ada lagi satu jam untuk menadah telinga dengar lerekan suara cikgu.
"Irena Airish."
Yes. Ini yang kita mahukan. Laju saja aku berdiri dengan penuh kebahagiaan.
"Emyra Alaki."
Emy turut bangun sambil tersenyum indah. Padahal dia yang tersengguk-sengguk tahan kantuk tadi. Nampak tak bertapa sukanya syaitan terhadap Sejarah. Dia akan datang menempek masa Sejarah saja. Tamat saja waktu, sibuk terbang ikut buntut cikgu.
"Diandra Al Sandra. Chrisstal Aisya."
Apahal satu geng aku kena panggil pulak ni? Jarang nama aku kena mentioned. Memang la jarang sebab baru tiga bulan aku di sini.
"Armind Heycarl dan Armand Aqil. Sila datang ke studio sekarang. Terima kasih."
Kami berempat melangkah keluar dari kelas dengan besar hati setelah meminta kebenaran daripada cikgu. Sempat aku membuat lambaian kasih kepada mereka yang lain.
Aku dan Emy berpecah dengan dua ekor Shytan itu. Entah ke mana mereka pergi. Dating mungkin. Malas nak ambil tahu, kami meneruskan langkah ke studio.
Tiba di studio, aku memandang Emy yang turut memandang aku dengan penuh tanda tanya. Pelik apabila studio ini sepi tanpa manusia.
"Masuk aje la."
Chriss yang memang terkenal sifat cool itu melangkah masuk je dalam studio. Entah bila dia sampai aku pun tak tahu. Kami semua mengikut langkahnya.
"Makhluk mana yang nak jumpa aku ni? Sudahlah ganggu aku nak belajar."
Chriss mendengus kasar. Tangan menyeluk poket dan sehelai kertas ditarik keluar. Aku memanjangkan leher untuk melihat isi kertas itu. Dan apa yang mampu aku ungkapkan ialah tiada kata kata yang mampu aku ungkapkan. Dia baca nota poket Sejarah! Syaitan tak ikut dia ke? Oh, lupa. Dia pun macam syaitan.
"Lambat dua saat. Ketuk ketampi lima kali."
Serentak kami berempat memandang ke hadapan. Eblees dan dua Shytan berdiri sebaris di hadapan kami. Semua menayangkan wajah selamba kecuali Arjuna yang serius memanjang. Hanya dia saja yang bersandar pada kerusi hitam sambil memeluk tubuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Novela Juvenil[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
